BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday

Ikan Singgang

Dah dua trip pegi pasar lepas raya kurban ni, cari ikan je... dah berhari2 asyik duk masak daging kurban je... kena berenti jap... lauk ayam pun rasa tak nak... Jadi mata melilau cari ikan,udang dan sotong je kat pasar... tukar menu seafood pulak lah sepanjang minggu... hehe

Ikan singgang memang salah satu menu faveret kalau dapat ikan tenggiri fresh kat pasar. Memang best makan nasik kombain makan dengan budu dan ulam-ulaman. Untuk tambah lauk, goreng la pulak telor dadar 2 bijik... :)


RESEPI IKAN SINGGANG - Kelate

Bahan2:
  • ikan tenggiri 2 keping
  • bawang puteh 2 ulas *dimayang*
  • lengkuas dua tiga hiris
  • asam keping 1
  • cili api lima enam bijik
  • garam buku secukup rasa
  • secubit dua gula *ganti aji-no-moto*
Cara membuatnya:
Semua bahan kecuali garam dan gula dimasukkan ke dalam periuk. Tambah air paras2 tenggelam ikan. Renihkan hingga masak ikan. Akhir sekali baru masukkan cili api, garam dan gula. Sedia untuk dihidangkan... :)


Menu A - Z