BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday

Plain Muffin

Bermuffin lagi kita..... Kali ini nak share resepi plain muffin a.k.a basic muffin yang sangat mudah dan cepat nak buat. Alhamdulillah.... kalu time takde ubi atau pisang untuk digodek2 wat kueh untuk minum petang, wat plain muffin canggini pun dah kira orite...okay laa, boleh tahan la sedap.... yang penting kenyang wat alas perut sebelum sampai time nak makan dinner pulak.... ish fzi, pk pasal makan je ya.... :))


RESEPI PLAIN MUFFIN/Basic muffin/muffin asas

Bahan2nya:
  • 1 biji telor
  • 1 cawan tepong *ditapis*
  • 1 sudu kecil baking powder *ditapis*
  • butter/margerin 1/2 cawan
  • 1 scop vanilla
  • 1 - 2 sudu besar air
  • 3/4 cawan susu pekat(kalau takde susu pekat, boleh gantikan dengan 1/2 cawan gula)
Cara membuatnya:
  1. Panaskan oven 180'
  2. Putar butter, telor, vanilla, air dan susu pekat.
  3. Masukkan tepong dan baking powder, kacau sebati.
  4. Bahagikan adunan ke dalam mangkuk kertas sehingga 3/4 penuh.
  5. Bakar lah selama 15 - 18 minit.
  6. Sedap dimakan panas2 dengan Kopi O *uncang* cap Hang Tuah... :))

Ucapan Selamat menyambut Hari Raya Eidul Adha dari fzi buat semua rakan blogger tak kira di mana saja anda berada. Moga beroleh rahmat Allah sentiasa hendaknya....aminn



4 comments:

izahdaut said...

akak..slmt hari raya haji buat akk sekeluarga juga..muffin nmpk sedap tuu

Chik Mimi said...

selamat hari raya aidil adha kak,wah best tu muffin akak menggunung tuu

fzi said...

Slamat hari raya... izah sama duk kL kan?
Raya haji, InsyaAllah jenuh makan daging qurban le kita, jaga2 kolestrol... hehe
Alhamdulillah, boley tahan best muffin tu..., tapi rasanya bab2 muffin ni, izah lagi terer...akak reti yang senang2 je... :)

fzi said...

Selamat hari raya buat chik mimi kat Penang... :)
...itu ler naik menggunung le pulak muffin akak yang ni... ada gak kadang agak landai gitu...hihi

Menu A - Z