BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday

Sup Gear Box/Sup Tulang (Cara ke 2)

Genap2 setahun post citer pasal Sup Gear Box dulu.  Bersempena Raya Haji/ Aidil Adha 10 Zulhijjah 1431H, saya postkan lagi sekali cerita berkenaan dengannya... al-maklum lah kitaorang dapat tulang gear box yang fresh hasil dari Program Ibadah Kurban kat Masjid Bukit Sentosa semalam. 

Alhamdulillah kali ini dapat ilmu dari kengkawan kaum ibu yang sama2 duk tolong tolong masak di bahagian dapur.  Kalau selama ini saya tak blend bahan2 yang masuk dalam sup, kali ini lain caranya.  Hasil dari cara yang ini, saya rasa supnya lebih berganda2 berperisa dan ada lebih umphh!...hehe...

Jom kita tengok caranya camane...


RESEPI SUP GEAR-BOX/SUP TULANG (CARA KE 2)

  • tulang gear-box/tulang rusuk lembu
  • Bawang merah besar 1 labu  **
  • bawang puteh 5 ulas **
  • halia muda 3 inci **
  • rempah 4 sekawan: buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang dan kulit kayu manis
  • rempah sup adabi 1 paket
  • garam secukup rasa
  • bawang goreng
  • cili api(jika suka)
  • daun sup
  • perahan asam limau nipis

Cara Membuatnya:
  1. Rebus tulang sehingga empuk (saya rebus menggunakan rice-cooker selama 1 setengah jam, alhamdulillah sempurna empuknya)
  2. Blend bahan2 bertanda ** lalu ditumis, diikuti pula dengan rempah 4 sekawan.
  3. Bila dah masak cantik, masukkan pula rempah sup adabi...kaup balikkan biar sebati dengan bahan tumisan tadi.  Masak lagi biar agak garing (mesti selalu dikacau2 supaya masaknya serata dan tidak hangit)
  4. Bila dah agak2 garing, bolehlah dituangkan tumisan  ke dalam periuk rebusan tulang.
  5. Biarkan mesra kesemuanya, perasakan dengan garam secukup rasa.
  6. Semasa menghidang bolehlah ditaburkan bawang goreng, hirisan cili api,daun sup dan perahan air asam limau nipis.
  7. Sedap dihidangkan panas2.... 
** pesanan penaja khusus buat yang terchenta: .... beringat2 lah kita semasa makan daging lembu/kambing di musim perayaan Hari Raya Kurban ini.  Terlebih memakannya boleh membuat banyak sakit2... AWAS, Ingat pesanan doktor ya....  :))


Menu A - Z