BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday

Sup Ayam

"Malam ni mama masak sup ek.."

...tu permintaan anak saya yang paling kecik semalam.  Kecik tak kecik mana pun dah form 3 dah...  hehe... 

Badan Shilah agak panas petang semalam.  Bermula dari sakit tekak, pastu terus jadi selesema.  Nasib baik takde tambah dengan batuk.  Tapi badan dah hangat2 sikit la... 
Itu yang barangkali mintak dibuat sup tu.  Sup ayam memang jadi faveret Shilah.  Dalam seminggu, mesti kurang2 sekali buat sup ayam untuknya.

Saya gorengkan sekali sotong garam kunyit untuk digandingkan dengan sup ayam semalam...

**info fzi: Bila berpeluang sesekali balik Kelantan tuh, saya tak lupa untuk beli 'satu papan' terus rempah sup bunjut dari sana   Senang bila nak buat sup, benda dah ada.  Kalau nak beli satu...satu...dekat sini memang agak terlebih mahal lah...hehe...satu uncang sup bunjut pun rega sampai seringgit lebih...uish!


Jom kita tengok resepi sup ayam.... mudah je buat sup ni.... semua tentu tahu kan... Tapi takpe lah saya n3 kan jugak khusus buat anakku dan memana adik2 yang baru belajar masuk dapur tu.. moga ada manafaatnya ya... :)


RESEPI SUP AYAM
Bahan2:
  • Isi ayam 2 keping besar *boleh campur2 dengan bahagian tekak & kaki ayam*
  • ubi kentang 1 @ 2 biji
  • halia 2 inci diketuk
  • bawang puteh 3 ulas diketuk
  • sup bunjut
  • rempah sup 1 sudu kecil
  • rempah 4 sekawan: buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang
  • bawang goreng
  • sehiris perahan limau nipis
  • cili api 5 - 6 biji
  • daun sup *jika ada*
Cara:
  1. Isi ayam dipotong kecil2 kemudian direbus dalam sedikit air.  Sampai agak2 hampir kering air, baru dimasukkan air masak dalam kuantiti yang banyak. *tujuannya agar isi ayam kental dan tidak lembik*
  2. Masak sampai menggelegak baru dimasukkan sup bunjut, rempah sup, halia dan bawang puteh. 
  3. Masukkan kentang yang dipotong 4. Teruskan memasak menggunakan api yang kecil.
  4. Sementara itu buat bawang goreng, angkat.
  5. Keluarkan minyak biar tinggal sedikit sahaja, kemudian goreng rempah 4 sekawan. Tutup api.
  6. Masukkan rempah 4 sekawan yang digoreng bersekali dengan minyak yang melekat di kuali itu ke dalam periuk sup.
  7. Perasakan dengan garam dan tambah cili api yang di potong dadu
  8. Masukkan sedikit bawang goreng, tutup periuk dan tutup api dapur.
  9. Panaskan balik sup sebelum mula menghidang.
  10. Dalam mangkuk besar, perahkan air asam limau nipis dan taburkan daun sup serta bawang goreng yang selebihnya.

Sekian, Wassalam.

Menu A - Z