BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday

Rai-kan Kak Salmah dengan Pulut Seri Muka


Alhamdulillah, pagi semalam rumah kami dikunjungi Kak Salmah, salah seorang kakak saya yang tinggal di PJ. Kak Salmah datang bersama anak menantu serta dua orang cucu. Walaupun dah dimaklumkan kak salmah nak datang hari Ahad, tapi saya duk ingat petang. Jadi saya dengan mood hari minggunya relek je, 'tok berloghak alah mano' masuk dapur..

Kul 10 baru mula kukus Pulut Seri Muka.. tak sangka pulak tiba-tiba Shalimi anak kak Salmah kol kata dah sampai Rawang dah. "Ya Allah, apa nak hidang ni?", mula menggelabah bila pk tak sempat nak buat apa yang plan nak buat. Dah citer kat hsbd sebelum tu, plan nak bergulai ayam + nasi minyak.. pastu nak kirai la sikit roti jala wat pelengkap gulai. Pastu kuehnya pulak muffin yang best ever tu dengan Pulut Seri Muka (yg ni je selamat kukus).

Tapi pulut seri muka lom boleh hidang sebab baru masak dan masih lembik. Yalah plannya nak makan petang. Sudahnya hidang kek buah ngan cookies raya je... :)

Tapi masa cepat berlalu, dalam tengah borak2 tu jam dah tunjuk dekat pukul 12. Saya pun lari jap ke dapur nak cuba tengok dah boleh potong ke Seri Muka. Ohh alhamdulillah, agak2 boley la.. jadi terus hidang pada kak salmah walaupun rupa-paras seri muka kurang cantik sebab kueh belum pejal.. :)
Tapi mujurlah semua nampak suka makan..
laris, tegheh satu loyang.. alhamdulillah.


Jam bergerak lagi. Excuse lagi ke dapur buat Macaroni Tomyam. Tu je lah yang sempat terjah buat sambil2 layan borak ngan kak salmah yang ikut ke dapur. Kak Salmah pun minat orkid, time saya masak kak salmah keluar tengok2 pokok2 dan rumah orkid saya.. (tapi time ni okidnya tak berbunga, mogok ke aper...semua pasu duk sebok lebat dengan daun je.. ha ha)

Orite, siap macaroni tomyam walaupun hanya dalam versi sempoi-sempoi jeh.. he he (tak banyak akseseri hanya masuk kobis ngan ayam je) Takpe lah janji ada yang dapat dihidang time makan tengahari tu.

TQ kak salmah datang ziarah. Didoakan agar kak Salmah sihat sentiasa... aminn


~~~~~~~~~~~~

Pulut Seri Muka (Resepi 2)

Bahan lapisan pulut:
Satu cawan setengah pulut
santan cair paras2 tenggelam pulut
sesudu besar gula
sedikit garam


Bahan lapisan atas:
Setengah cawan tepung kastard
3/4 cawan gula
sesudu besar tepung ubi
santan pekat 2 cawan
sebiji telor
secubit dua garam
pes daun pandan(mesin 5 helai daun pandan + sedikit santan dari 2 cawan tu)
sedikit pewarna hijau

Cara membuatnya:

  1. Kukus pulut selama 15 minit.
  2. Bila masak, tekan2kan biar padat pulut. Kukus lagi selama 5 minit.
  3. Sementara itu campurkan kesemua bahan dalam satu mangkuk, kepok2kan sebelum dicurah kesemuanya ke dalam blender jus. Blend biar sebati.
  4. Masak sekejap atas dapur supaya likat sikit sebelum dituang ke atas pulut.
  5. Kukus kueh selama 20 minit.
  6. Tunggu sejuk dan pejal baru dipotong-potong.

Menu A - Z