BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday

Gulai Kawah Daging Cincang


"Nanti anak2 balik, mama wat lagi ek... kakak suka nih...."

Kata2 yang bagaikan peransang untuk kembali gigih buat gulai kawah... ha ha

Saya buat pakai daging lembu cincang... alhamdulillah best gulai kawoh guna daging cincang ni. Nak dapatkannya, kena la pegi pasar pagi2. Kalu tak, memang awal-awal lagi orang dah rebut.. :)



RESEPI GULAI KAWAH

Bahan2nya:

  • Daging lembu cincang tempatan setengah kg(direbus hingga empuk, jangan sampai kering air.. airnya nak guna)
Nota: Cara sebenar, masukkan daging selepas rempah sempurna ditumis. Kira semua sekali tugas buat dalam satu kawah tu je... Saya rebus dulu sebab dapat pendekkan masa bergulai. Nak empukkan daging cincang jimat masa dan wang ringgit kalau guna rice cooker. Maklumlah gas sekarang dah RM26 satu tong.. kalu nak tunggu daging empuk alamat jenuh tukar gas... :)
  • rempah gulai Kelate/tenganu 3 sudu besar
  • # bawang merah besar(bawang India) 2 labu
  • # halia 1 setengah inci
  • # bawang putih 2 ulas
  • # cili kering 5 tangkai direndam, dibersihkan
  • rempah 4 sekawan(kulit kayu manis +++)
  • santan dari setengah biji kelapa ~ saya dah tak beli pati santan dah, now beli kelapa parut, blend sendiri.. banyak dapat santan *fyi idea berjimat-cermat ni datang dari sorang kawan :))*
  • asam keping 1
  • garam secukup rasa
  • manisan/gula melaka secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
bahan bertanda # dimesin sekali


Cara membuatnya:

  1. Tumiskan rempah 4 sekawan diikuti dengan bahan yang dimesin. Dikacau-kacau sebentar sebelum dimasukkan rempah gulai yang telah dijadikan pes(campur sedikit air masak)
  2. Biarkan rempah betul2 masak... guna api kecil, jangan sampai hangit... kalu hangit...habis.. dah tak sedap gulai, hilang wanginya..
  3. Kemudian masukkan daging bersekali dengan air rebusannya. Kacau-kacau biar bersalut dengan rempah di dalam periuk.
  4. Masukkan asam keping diikuti dengan santan. Godek2kan santan dan air rebusan daging biar bercampur.
  5. Biarkan gulai masak dengan menggunakan api kecil. Kacau kadang-kadang takut santannya berbintil.. dah nanti tak elok jadi gulai...
  6. Akhir sekali perasakan dengan garam dan manisan.

info: Satu lagi gulai yang best sangat kalau buat pakai daging cincang ni ialah GULAI DARAT... kalu rasa tawar-tawar mulut, memang sedap makan nasik lauk gulai darat..
:)


Menu A - Z