BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday

Chocolate Pavlova sambut abang balik




Petang semalam buat pavlova lagi... Tapi kali ni tambah buat yang perisa coklat, atas permintaan Shilah.

Jadi tak pepasal ada 2 bijik pavlova sambut anak bujang saya balik dari Gombak kelmarin. Alhamdulillah, boleh tahan best yang rasa coklat tu.


Yang kesiannya kakak lah... Kakak lom dapat rasa lagi pavlova sebab tak balik minggu ni. Jumaat petang kakak still ada kelas, pagi Sabtu pulak ada test. Kesian anakku.. takpe nanti mama buat lagi hari lain InsyaAllah
...


PAVLOVA COKLAT

Chocolate Pavlova Recipe: (Joyofbaking.com)

6 biji (180 grams)puteh telor (saiz besar)

1/4 sudu kecil cream of tartar(saya tak letak)

1 1/4 cawan (250 grams) gula

1 sudu kecil cuka

1 sudu kecil vanilla

1 sudu kecil tepong jagung

3 sudu besar serbuk koko

55 gram semi-sweet or bittersweet chocolate, chopped


Topping:

1 cawan (240 ml) heavy whipping cream

1 sudu besar (14 grams) granulated white sugar

Fresh Fruit - raspberries, blackberries, strawberries, and kiwi fruit are some good choices


Cara buat Pavlova Coklat:

  1. Pukul puteh telor sampai kembang dan jadi kental.
  2. Masukkan gula sedikit demi sedikit.. jangan sekali gus, pukul lagi.
  3. Masukkan tepung jagung, serbuk koko dan vanilla, time ni kacau dengan senduk kayu je.
  4. Last sekali masukkan cuka, kacau2 biar serata.
  5. Goreskan bulatan atas kertas minyak. Saya ambik ukuran pinggan kueh je, tak besar tak kecik.
  6. Sendukkan adunan puteh telor memenuhi bulatan yang ditandakan.
  7. Bakar pada suhu 140' C selama sejam.
  8. Lepas masak, biarkan ia di dalam oven selama 5 minit dengan pintu oven terbuka.. baru dikeluarkan.
  9. Bila dah agak2 sejuk sikit boleh lah hias pavlova dengan whipping cream, parutan coklat masakan dan buah-buahan segar yang masam. Rasa masam buah akan cover rasa manis pavlova. Selamat mencuba... :))



7 comments:

ijan said...

Salam Kak Fzi,
Pavlova ni dah lama masuk list tp tak dapat buat2 lagi. cantik j akak letak buah2 fresh macam tu. Teringin pulak nak buat.hmmmm :)

Akak, nak tanya kan. Kenapa saya masak sagu jadi hancur ek? tengok sagupal akak tu cantik je. saya letak sagu dlm air paip pastu masak. tp tak smpat air didih lagi, sagu dah hancur. Sagu kecik ok sagu besar, mata ikan tu yang tak jadi :(

fzi said...

Wsalam Ijan..
Kurang2 pavlova ni dah lama masuk list ijan.. yang akak pulak baru tau baru kenal.. hehe
Sagu tu rasanya ijan kena masuk time air dah gelegak, cam kita rebus nondey.. tak boleh sama naik masuk dia dan air paip.. yang penting satu lagi time nak kepal2kan sagu tu, make sure tuang air mendidih dekat sagu...

Nur-nba said...

Sedapnya.. Bilalah agaknya dapat menjamah kek ni..

Ijan said...

Saya pun bila dok tgk tv sini baru kenal kak. Hehehe.. Nanti saya cuba rebus sagu cam akak bgtau tu. Sayang bila tgk sagu tu hancur adlm air je sebelum ni.terima kasih kak fzi :)

fzi said...

Nur-nba..
Senang je buat pavlova.. cuma kalu nak buat kena pk terus telor kuning nya nanti nak buat apa.. bukan apa takut membazir.. :)

fzi said...

Ijan..
Oya ke, tengok kat tv sana.. orite le tu ijan jommm pavlova!
K pasni InsyaAllah sagu dah tak hancur dah.. :)

School Of Tots said...

Pavlova yg lazat. Mula2 tak suka tapi kini sangat suka...he he.

Menu A - Z