Roti Jala ini sesuai sangat untuk dihidangkan sebagai sarapan pagi, minum petang atau untuk meraikan tetamu. Bahan2 untuk resepinya pun tidaklah rumit, kalau dah ada tepung tu dah kira boleh buat. Yang lain2 tu benda2 sampingan je. kalau tidak ada masih jadi juga roti jala....hehe... Satu lagi yang kena ada tentulah alat untuk menjalanya. Satu masa dulu saya gunakan acuan yang jenis tembaga tu. Tapi bila dah lasak digunakan, patah lah pulak salah-satu corong matanya. Dah tak boleh nak guna. Nak senang cerita, selepas kejadian itu, saya beli je acuan plastik. Rasanya lebih senang, reliable dan praktikal.
Bahan-bahan roti jala:
- tepung 500gm ditapis(setengah supik)
- telor 1 biji
- santan pekat 1/4 cawan
- secubit kunyit
- garam secukup rasa
- air secukupnya
- Campurkan kesemua bahan dalam satu mangkuk, kacau-kacaukan.
- Masukkan adunan ke dalam mesin pengisar jus, mesin hingga sebati.
- Panaskan ceper dan lenserkan minyak dengan menggunakan daun pandan yang digulung dan diikat.
- Mula mengirai roti jala. *Kecairan adunan lebih-kurang sama macam nak buat kueh ketayap/kueh gulung. Kadar pekat cairnya boleh di tambah atau dikurangkan bergantung kepada tahap lajunya adunan keluar dari acuan roti jala. Jika keluarnya agak laju, eloklah ditambah sedikit tepung agar lebih lambat flow nya*
- Biarkan masak selama beberapa minit, boleh terus diangkat tanpa perlu dibalik-balikkan kepingan roti jala. Tindankan roti jala yang sudah siap selapis demi selapis dalam pinggan sehingga adunan habis dijalakan.
- Roti jala yang dah siap boleh digulung seperti menggulung kueh ketayap/di lipat menjadi bentuk kipas sebelum dihidangkan. *Sedap dihidangkan dengan gulai ayam/daging*
0 comments:
Post a Comment