BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday

Nasi Minyak

Nasi Minyak membuka tirai juadah raya di rumah kami. Balik kelate hari tu dah siap2 beli beras nasik dagang 10kg, tapi sampai hari ni tak terusik lagi. Masih duk terperuk kat tepi dinding sekali dengan barang makanan lain yang beli hari tu.

InsyaAllah kalu tiada aral minggu depan baru jadi misi nasi dagang, khusus buat jiran2 keliling rumah, kengkawan ofis papa, kengkawan rapat serta mana2 rakan anaknda yang belum datang.

Minggu lepas 2 hari berturut2 buat nasik minyak. Menu tu je yang rasa cepat siap dan tak banyak hal. Lauk sudah semestinya gulai ayam kelate. Yang mula2 tu hanya sempat buat acar mentah dan sambal lada je sebagai rencah sampingan sebab berlari2 sikit kat dapur, nak buat camne pagi tu baru nak mula buat semua benda .

... pk pulak lepas makan nasik, mesti nak kena ada dessert, jadi berungga la adun carrot cake, buat BeKe sebutir dan tak lupa masak agar2 merah *ada yang bagi gelaran 'beledo bodo' je kat agar2 kosong tu, tapi saya yang tak sanggup untuk sama2 praktikkan gelaran tersebut...hehehe*

Esoknya anaknda kata ramai yang dijangka hadir, jadi di samping gulai ayam masak daging masak hitam dan kacang panjang goreng sambal. Alhamdulillah cukup makanan buat sume yang datang beraya tuh... :))


RESEPI NASI MINYAK
(gandakan sukatan untuk lebih kuantiti)
Bahan2:
  • 2 cawan beras
  • 2 cawan air
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • sedikit susu cair
  • rempah 4 sekawan - kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih
  • bawang puteh 3 ulas - cincang
  • bawang merah 5 ulas -mayang
  • halia 1 inci - mayang nipis /cincang
  • garam 1 sudu kecik
  • asam limau 1 slice je
  • sedikit kunyit debu
  • 2 helai daun pandan - disimpul
  • kismis sebagai hiasan
    Caranya:
    1. Tumis rempah 4 sekawan, bahan yang dimayang sampai kegaringan.
    2. Masukkan air.
    3. Bila mendidih air masukkan beras, bubuh daun pandan, masukkan susu, kunyit debu, garam dan perah asam limau.
    4. Tudung periuk, biarkan masak sendiri.
    5. Bila nasi dah masak, bolehlah taburkan kismis. Tutup balik periuk biar kismis kembang sikit sebelum hidang nasi.
    ***jika guna rice cooker, tumiskan bahan atas dapur gas dulu, bila dah selesai perah asam limau, baru alihkan periuk ke rice cooker.

    *** saya pakai beras Jasmin(gambar Jalaluddin Hassan pakai kot kelabu). Jadi sesuai sukatan beras dengan kuantiti air. Kalau guna beras siam, kena tambah lagi air.

    Menu A - Z