BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday

Lawar... Menu ulam-ulaman

Assalamualaikum...

Ada yang pernah makan LAWAR? Rasa-rasa...tentu ada yang pernah.... :)

Menu yang sempoi2 je LAWAR tu tapi tersangatlah best, sihat dan bermutu. Terdiri dari ulam-ulaman, sesuai sangat buat mereka yang vegetarian... :)
Kalu kena hari tak makan ulam cicah budu tu boley la kalu nak terai test buat LAWAR ni... sedap sebagai side-kick lauk2 lain... lebih-kurang fungsi cam sambal putik pauh la, kalu ada dia jadi agak terangsang selera makan..

Resepi asal, LAWAR pakai ikan mentah... kira cam shushi gitu... tapi kalu pakai ikan mentah, komfem saya tak dapat lah nak menelannya..hehe...jadi ubahsuai resepi, rebus ikan sepertimana nak buat kerabu.



Bahan:
5 - 6 ekor ikan tamban (direbus)
1 bawang merah besar tapi saiz kecil *dicincang halus*
4 - 5 biji cili api *dicincang halus*
kacang panjang *dihiris halus*
bunga kantan *dihiris halus*
daun kesum *dihiris halus*
timun batang *takde stok, tak taruk kali ni*
2 biji limau nipis (ambil jusnya)
sedikit belacan
garam
1 sudu besar budu *jika suka*

Cara:
  1. Ikan yang direbus direndam dalam jus limau nipis.
  2. Sementara itu gaulkan semua bahan lain diikuti dengan ikan rebus.
  3. Perasakan dengan garam.
  4. LAWAR nak kena ada rasa masam, masin dan pedas.
  5. Sedia untuk dihidangkan... :)

Menu A - Z