Ohh tambah bersemangat dengan Shilah yang tengah cuti sekolah, untuk nak teruskan diet kitaorang sebabnya semalam husband bawak balik info kesihatan dari ofis. Ada group datang kasi briefing pasal pemakanan dan gaya hidup sihat, itu yang papa pun share le sama info-nya dekat kami2 yang kat umah ni. Belum sampai balik lagi dah tiga empat kali sms pesan itu ini...
...tak lupa pesan, "mama jangan lupa aerobik ek" ...hehe.... akceli saya maintain bersenam-robik setiap petang sekarang ni, without fail. Kira dah hampir dua bulan la jugak... Alhamdulillah dapat le turun dua tiga kg.... :)) Weekend pula kami dah stat jogging balik, keliling satu taman perumahan menghirup udara segar di kawasan yang berbukit-bukit ini. Lepas aerobik tiap petang tu, saya siap completekan pakej exercise dengan minum air pegaga/jus lemon, tak pun jus limau nipis.... alhamdulillah rasa ringan le sikit badan.... :)
Amboi.. intro Macaroni Tomyam sikit punya panjang... sajerrr nak kongsi info gaya hidup sihat... harap2 tak jadi hal ya... :)
Tengahari ni saya ngan Shilah makan macaroni tomyam je... dah plan kalau boleh nak makan nasik sekali sehari je. So malam karang InsyaAllah masak le nasik... Makan macaroni pun kenyang, yang penting sedap... tapi yang tak tahan nya sambil2 nak diet tu, licin satu mangkuk besar tu kami dua orang makan... hehe...
jom kita tengok resepi...
RESEPI MACARONI TOMYAM
Bahan2nya:
- macaroni 3/4 cawan *direbus kemudian toskan*
- sekeping besar isi ayam *boleh tambah udang/sotong jika suka; saya just tambah hati dan pedal ayam sikit*
- 1 - 2 kiub tomyam *saya pakai kiub knorr*
- sayur bunga kobis
- bawang puteh 2 ulas *diketuk*
- halia muda 2 inci *diketuk*
- bawang goreng
- daun limau purut 2 - 3 helai
- secubit dua garam
Cara membuatnya:
- Dengan hanya tambahkan sedikit air, masak isi ayam hingga ayam kecut dan air hampir kering. Kemudian baru ditambahkan air masak sebanyak yang diingini untuk kuah tomyam.
- Terus masakkan hingga kuah menggelegak baru dimasukkan kiub tomyam, halia dan bawang puteh.
- Masukkan sayur dan daun limau purut.
- Tambahkan garam jika kurang rasa diikuti dengan macaroni yang dah siap direbus.
- Sedia untuk dihidangkan bersama dengan bawang goreng.
10 comments:
salam fzi,
wah nampak best... nak try buat juga ni, nanti ambil resepinya ya..
Assalam kak wah best ni menu macaroni tomyam
Makanan yg sihat. Highly recommended by dietician especially for guys with high cholestral level or overweight problem. Elok juga for dinner menggantikan nasi. Lazat dan sedap, cubalah..
wahh...hebatnya plan diet kak fzi....tapi pasal macaroni tomyam ni boleh la saya cuba ye..tapi hari tu ade kawan buat macaroni sup..sedap juga..
selamat jaga diet..
Wahwah! Nanti datang pa mesti ade perubahan. kami sekeluarga memang suka tomyam.Nanti nak cuba pulaklah macaroni tomyam......
Wsalam ibu intan...
Alhamdulillah memang sedap... try le, tak try tak tahu dah try baru tahu...hehe
Wsalam chik mimi...
Menu sempoi2 je tu chik mi... tapi alhamdulillah menambat selera...hehe
Pa,
Menu faveret seisi keluarga kan... pasta bersup2 gitu.. :)
cikgu aida...
Jemput terai buat cikgu... menu ni selalu akak terjah buat kalu dapat kol dari kawan yang on the way nak datang.. senang dan cepat siap.
...plan diet tu harap2 nya berpanjangan cikgu...hehe..jangan semangat akak separuh jalan dah.. :)
Mona...
Sila lah terai buat mona... kita gerenti awak mesti sukee..hehe
Pasal bersenam robik tu, kita ambik masa 45 minit je tiap petang mona... harap2 slim le sikit pasni..hihi
Post a Comment