BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday

Sambal Kacang Ikan bilis


Masakan ini berkonsep kering dan amat sesuai jika hendak dijadikan sebagai makanan ringan. Sedap dimakan begitu saja atau dijadikan inti bagi roti keping. Kalau untuk dibawa berkelah elok benar sebagai lauk tambahan bagi nasi lemak. Saya boleh kata selalu lah juga buat sambal kacang ikan bilis ni untuk dijadikan bekalan anak2 yang tinggal di asrama. Lebih2 lagi jika di bulan puasa, ianya dapat jadi lauk alternatif buat anak2 saya waktu bersahur di dewan makan asrama kalau kebetulan lauk di DM kurang kena dengan selera atau anak2 sendiri kurang berselera. Jika disimpan di dalam botol kedap udara InsyaAllah kerangupan ikan bilis dan kacang tetap terpelihara dan tahan lama. Kalau kena gayanya boleh tahan sampai 2 minggu.

Caranya mudah sahaja....

Bahan-bahan:

  • Ikan bilis yang dibeli siap bersih(dah dibuang kepala) RM5
  • kacang tanah segenggam
  • bawang merah besar 1 labu(2 kalau yang agak kecil)
  • bawang putih seulas
  • Cili kering 5 - 6 biji *direndam seketika, dibasuh dan dimesin bersama bawang merah dan bawang putih*
  • air asam jawa
  • garam
  • gula
Cara membuatnya:
  1. Mula2 panaskan minyak di dalam kuali. Setelah dibasuh bersih dan ditoskan, goreng kacang tanah sehingga masak dan kelihatan rangup. Api jangan terlalu besar, dikhuatiri kacangnya tak masak sebaliknya hangus.
  2. Selepas keluarkan kacang dari kuali, goreng pula ikan bilis yang telah dibasuh bersih. Gorenglah sehingga masak dan juga sampai kelihatan rangup. *hendaklah digoreng kacang terlebih dahulu, kalau goreng ikan bilis dulu minyak akan kotor dan tak boleh digoreng kacang selepas itu* Setelah siap, ketepikan buat sementara.
  3. Buang minyak di dalam kuali, gantikan dengan minyak lain untuk menumis.
  4. Tumis bahan2 yang dimesin. Biar sampai masak dan bertukar warna.
  5. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.*lebihkan kuantiti gula supaya dapat kurangkan rasa masin ikan bilis*
  6. Gunakan api yang kecil supaya sambal masak cantik dan likat. Setelah agak pekat dan warna dah jadi agak gelap tutup api dan biarkan sejuk untuk seketika.
  7. Campurkan sekali ikan bilis, kacang dan sambal yang sudah ditumis, gaul rata dan biarkan sejuk baru boleh dimasukkan ke dalam botol.

8 comments:

Unknown said...

panda betul mung masok...anok tino sapo ni..utong..utong..kalu sapo dapat bini panda masok..

fzi said...

Alhamdulillah... timakasih ;D

Anonymous said...

Salam singgah.... menu ni ada time kenduri kawen kite ritu.. amik katering orang kelantan jgk.hehe

fzi said...

Wsalam...
Ohh iya ke? Sambal kacang ikan bilis ni memang dapat jadi pelengkap dalam satu2 hidangan. Waah kalu amik katering orang kelantan tu sure ada gulai kawah as a main menu(pandai2 teka) ...bestnyer...hehe

Anonymous said...

Memang gulai kawah kak.. gulai buku besar.hehe... tp sebab jd pengantin tak sempat nak merasa.. bleh makan ayam percik putih yg best tu jer.hehe..

fzi said...

oh iya ke....laa kesian nyer pengantin...hehe
Takpe la Ijan, dapat ayam percik tu kira dah dapat cover semua... makan saja pun sedap ayam percik...nyum nyum nyum.... :D

cikgu aida said...

salam kak fzi...teringat masa kecik2 dulu arwah mak memang suka bekalkan sy dengan sambal ikan bilis gini masa sy kat asrama sebab dia tau peberet sy...pastu simpan dalam botol nescafe...sy makan sikit2 sebab sayang cepat abis.....inilah kasih seorang ibuuu...

fzi said...

Wsalam cikgu...
Itu la...time duk asrama memang suka sangat le kalu dapat bekalan sambal kacang ikan bilis ni... time tawar2 mulut tak berapa lalu nak makan lauk dekat DM tu, jadi lalu bila ada sambal kacang ikan bilis... ratah saja pun jadik..hehe

Menu A - Z