Semasa ke NSK beli barang dapur, beli sekali tepung attar hajat tu nak buat chapati. Kiranya ni nak sokong usaha hsbd yang sedang berkira-kira nak jaga makan.. konon nya la.. :)
Sampai2 kat rak bahagian tepung, nampak ada satu je tepung attar yang tinggal.. yang bukan saiz sekilo punya tapi plastik yang 2.5 kg... aishh ni macam nak suruh buat chapati hari-hari nih..
Masa tengah Q bayar, senyum2 le kat Aci yang tengah beratur depan saya. Bila berbalas senyum tu, saya ringan kan mulut tanya, "Aci nak buat chapati kena taruk air panas ke?"
"Tader, tader... air suam saja masuk.. air jangan kasi panas.. tader cantek itu chapati..."
Alhamdulillah dapat ilmu dari Aci. Balik google lagi cari..
Jom tengok video ni.. saya senyum sensorang tengok.. hehe
Ok kita tengok pulak video aci ni buat chapati...
dan yang ni..(teringin nak dapatkan roller macam tu.. )
Tu la rupa chapati yang buat semalam. Makan dengan gulai ayam.. alhamdulillah lembut je rotinya.... sume suka, kenyang dan mintak buat lagi... :)
Update: Khusus buat Mona yang maybe takleh nak access you-tube kat ofis..
RESEPI CHAPATI
1 cawan tepung atta
garam secubit dua
air suam secukupnya
minyak untuk sebatikan doh. *lebihkurang 3 sudu besar*
CARA NAK BUAT CHAPATI:
- Satukan tepung atta dengan garam dan air suam, gaul hingga jadi doh yang lembut.
- Renjiskan sedikit demi sedikit minyak sampai doh jadi sempurna, agak licin dan dah tak brape melekat di jari.
- Perapkan sekejap bawah mangkuk selama 10 - 15 minit.
- Mula panaskan kuali leper*kuali kena betul2 panas semasa memasak chapati*
- Bahagikan doh pada 8 bebola. Bulat2kan dan leperkan. Celup dua tiga kali dalam tepung attar semasa mencanai *agar tidak melekat di jari/penggelek.
- Mulakan memasak chapati dengan api yang kecil.
APA AKAN JADI SEMASA MEMASAK CHAPATI?
- Akan kelihatan gelembung2 selepas seminit dua dimasak.
- Terbalikkan, biar kelihatan lagi gelembung2 seperti yang mula2 tadi.
- Terbalikkan lagi (second round) kemudian tekan2 permukaan chapati dengan sodep... kita boleh nampak chapati pakat2 menggelembung naik.. :)
- Terbalikkan yang sebelah lagi (final).
- K dah siap, angkat dari kuali.
- Chapati yang dah siap disapu dengan sedikit minyak sapi... waktu ni terbit aroma yang wangiii sesangat... :)
- Terus mencanai chapati yang seterusnya hingga habis.
- Sedia untuk dihidangkan dengan gulai ayam atau kuah sardin.. :))