BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday

Gulai Darat

Assalamualaikum wrt...
Bertemu kita di tahun baru 2010...alhamdulillah....

Lagi.... menu daging lagi kita kali ni. Bergulai darat lah pulak! Tapi saya buat gulai pakai daging lembu cincang... Kalu ada yang bertanya camne gulai ni boleh digelar Gulai Darat...maka tidak lah dapat hamba nak menjawabnya.... tok tahu salsiloh...hehe

Bila sebut 'daging cincang' ni pula, teringat pesanan kawan kelate saya sorang tu, "kalu nok cari daging cicce ni, kena gi ppagi sikik ppasar.... Ma kalu tettu nok daging cicce keno ttolok deghumoh puko 7 lagi....kalu lambak tok dde kkito, ppagi lagi oghe beghebuk nok daging cicce nih..." :D

Sedap kalau dapat bergulai darat ni sekali-sekala. Tak nak buat guna daging cincang, nak ganti dengan ayam atau daging lembu biasa pun boleh.... no hal.....hehe


Resepi Gulai Darat
Bahan2nya:

  • setengah kilo daging lembu cincang
  • santan RM1
  • lada kering 3 - 4 tangkai **
  • rempah ketumbar setengah sudu besar **
  • 7 - 8 biji lada puteh/hitam **
  • kunyit hidup **
  • 4 - 5 ulas bawang merah **
  • 1 ulas bawang puteh **
  • halia **
  • 1 hiris lengkuas
  • 1 serai diketuk
  • 2 sudu besar kerisik
  • garam
  • manisan
  • asam keping
  • daun kesum
Cara:
  1. Tumbuk bahan yang bertanda **, kemudian gaul dengan daging, serai dan lengkuas.
  2. Masak sampai kering air.
  3. Masukkan santan.
  4. Masukkan asam keping.
  5. Perasakan dengan garam dan manisan.
  6. Dekat nak angkat baru dibubuh nyior goreng(kerisik) dan daun kesum.
  7. Sedia untuk dihidangkan.

Menu A - Z