BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday

Gulai Ikan Masin

Saya selalunya namakan gulai ini dengan nama Gulai Kunyit Kkuah(gulai kunyit lengkuas maksudnya). Kalau time tak lalu makan nasi, sedap sangat kalau ada gulai ikan masin ni. Membangkitkan selera, orang kata... hehe

Sepanjang pengalaman tinggal di luar Kelantan selama lebih 17 tahun, dan berada pula dalam lingkungan kawan2 yang bukan dari kelate, maka ternyata berbeza cara masakan untuk memasak ikan masin ini. Kawan2 saya kebanyakannya masak ikan masin style masak lemak cili api dan juga masak kari. Jadi bila dah berkawan tu, mereka pun cuba2 la masak style saya pulak.... tukar2 menu gitu.... ;D


Bahan2nya:

  • Ikan masin selar kuning 6 ekor
  • santan RM1 @ tiga suku cawan(3/4 cawan)
  • cili kering 3 - 4 tangkai
  • bawang merah besar 1 labu
  • bawang putih 1 ulas
  • sedikit kunyit hidup
  • sedikit lengkuas
  • asam keping(asam gelugur)
  • garam
  • gula
  • jika suka tambahkan timun batang yang dipotong kecil2
Cara membuatnya:
  1. Ikan masin dibasuh bersih dan direbus sekejap. Bila menggelegak terus tutup api dan toskan ikan masin.
  2. Cili kering direndam dan dibersihkan. Kupas bawang, kunyit dan lengkuas.
  3. Sementara itu masak santan yang ditambah air sesuai dengan kuantiti ikan masin. Masukkan sesudu besar minyak masak. Biarkan masak dengan api yang kecil.
  4. Tumbuk cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit dan lengkuas.
  5. Masukkan bahan yang ditumbuk ke dalam periuk santan yang sedang dimasak.
  6. Masak hingga kuahnya sebati dengan api yang kecil.
  7. Masukkan ikan masin dan timun batang(jika suka) dan asam keping.
  8. Tambahkan sedikit garam sahaja kerana ikan masin dah sedia masin....hehe... kemudian masukkan gula.
  9. Dah siap pun.....sedia untuk dihidangkan...

8 comments:

suami misali said...

Nampak lazat dan menyelerakan walaupun sekadar ikan kering. Saya kalau lauk ni, sah 2 pinggan makan nasi. Kena pulak ada tempoyak sebagai side kick, silap haribulan 3 pinggan...he he susah gak nak control berat badan yg dah agak meningkat ni...

cikgu said...

Kat trganu panggil gulai kunyit kkuah jgk...kalernye lagi kuning.hehehe..kalo mkn dgn sambal belacan lg sedap.

fzi said...

Ohh kaler lagi kuning cikgu? Waahh ni mesti rasa betul2 KAWW punya...hehe

Rasanya lauk kita banyak yang lebih kurang sama je kan cikgu...maklum le dua2 dari pantai timur... negeri pulak sebelah sebelah...hihi

cikgu said...

Betul..betul...:-)

Unknown said...

thenks kongsi resepi...nak cuba ni..utk makan malam org bujang..keh3..sy ore kelate jugak duk di melaka

fzi said...

Azmi....
Sila lah terai buat... InsyaAllah menjadi tu...
Thx singgah sini... :)

Anonymous said...

jumpa jgk resepi ni..sy memang dh lama teringin nak makan gulai ni..tp xtau nak masak..mak kt kg selalu masak..memang klu makan, berselera sakan...

fzi said...

admin...
Alhamdulillah... dah jumpa ni, ley la buat kan... Pendek gak, namboh la makke nasik kalu ada gulai ikan kering ni..hehe
Thx ya, jemput singgah lagi.. :)

Menu A - Z