BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday

Ondeh-ondeh Merdeka


"Wuuuh... meriah nyer kaler ondeh-ondeh!", saya hampir menjerit bila lihat kaler ondeh-ondeh yang berwarna-warni ni... hahaha... terpegun bila tengok ondeh2 ada kaler2 gini pulak... :)

"Mama..... kita kan dah dekat nak sambut merdeka ni, so kenalah kaler-kaler sikit ondeh-ondeh nya...ni balik2 kaler ijau...boring...boring..."

Ohhh kok gitu...hehe... sebab merdeka rupanya... Tapi betul juga, selama ari ni kaler ondeh2 semua orang tau 'hijau' jeh... So anak2 ku telah memecah tradisi, buat warna-warni pulak... maklumlah sesuai dengan jiwa remaja, sentiasa ceria...hehe

Apa2 pun tqvm anak2ku... sebab tolong mama sediakan kueh buat bukak puasa semalam. Sedap ondeh2 kakak n shilah buat tuh, papa pun nampak suka... :)



Monday

Jeruk Kedondong


Sebenarnya teringin nak makan jeruk pauh. Tiba-tiba je... Tapi yang problem, pauhnya la pulak takde. Kebetulan nampak ada kedondong kat pokok depan rumah tu, jadi menjeruk kedondong je lah jawabnya... heheh


Ingat lagi, semasa kami di rumah lama dulu, saya sering la jugak buat jeruk pauh dan jugak jeruk kedondong ni. Sebabnya pokok kat rumah sana, sekali berbuah memang lebattt sangat buahnya. Bukan takat boleh dibuat jeruk untuk makan sendiri je, tapi boleh bagi2 lagi sikit sebanyak dekat jiran keliling taman.


Sekali menjeruk, dapat satu besen besar. Alhamdulillah...banyakkk.... Anak2 excited tiapkali ada projek jeruk, itu yang timbul idea diaorang nak jual kat kawan2 sekolah. Saya pun segera sampaikan hajat diaorang yang baru2 terai nak belajar meniaga tu. Pack kan jeruk tu dalam plastik kecik sesuai untuk harga 50 sen sepaket. Ok jugak la, sambutan amat menggalakkan...tiap-hari balik sekolah, anak2 tunjuk senarai panjang nama kawan2 yang tempah jeruk....hehe... Tiga empat round jugak le sempat buat, sementara nak habiskan buah-buah kat atas pokok tuh... :)


Jom kita tengok langkah demi langkah camane nak menjeruk ni... sure ramai yang dah tau buat ni... so akak kasitau pada yang belum pernah terai lagi lah ya.... :)


...mula-mula kupas licin kulit kedondong tu... ricih kedondong kecil-kecil...ada juga yang suka buat secara sebijik2, tak diricih..



....siap semua tu, rendam dalam air garam, biarkan selama 3 - 4 jam sebelum ditoskan kedondong.... lepas ditos, biar betul2 kering airnya baru gaulkan kedondong dengan gula *tak perlu tambah air, cukup dengan air kedondongnya yang nanti keluar sendiri*



Last sekali... hiaskan jeruk dengan cili merah yang dimayang nipis. Bila tengok butir2 gula yang digaul tu hilang dari pandangan, bermakna jeruk dah ready untuk di serve kan... mmmmmmm :)

Sambal Putik Pauh


Ada satu weekend tu saya beli mangga muda....sebijik je sebenarnya....Tak tau mangga jenis apa, besarnya ada la kecik sikit dari tapak tangan. Terbayang waktu tu, sedap mangga ni kalau buat sambal putik pauh. Dah lama tak makan. Akhir-akhir ini asyik duk ulang jamu papa dan anak2 dengan sambal belacan atau sambal tempoyak je tiap kali makan.... jadi tukar menu sambal pulak lah... kita buat sambal putik pauh pulak.

Tapi balik2 umah, ntah macam mana takdan nak buat sambal hari tu. Simpan dalam peti-ais je buahnya berhari-hari. Semalam baru teringat balik pauh yang duk dalam peti. So, kira confirm jadi sambal putik pauh akhirnya, lepas slot 'maghi teghingak' *kembali ingat* tu... :)

Nak buatnya senang je.... tapi hasilnya InsyaAllah tidak mengecewakan. Memang menyelerakan tambah jika dimakan semasa nasi tengah panas2 tu...


Bahan2nya:

  • pauh(mangga) muda *tak kira pauh jenis apa.. tapi pauh ringan lagi elok, rasa lebih masam*
  • ikan tawar *yang direbus/panggang*
  • cili api 9 biji *terpulang tahap kepedasan masing2*
  • garam
  • gula
  • asam limau nipis *kalau nak lebih rasa masam*
Caranya:
  1. ricih pauh halus2.
  2. tumbuk cili api, kemudian masukkan ikan tawar diikuti dengan pauh muda yang diricih halus.
  3. tambah rasa masin manisnya. Tumbuk lagi biar mesra rasa kesemuanya... biar ada 3 in one rasa.... masam, masin dan manis sikit2. *Macam saya, sebab tak dapat cari 'pauh ringan', kena perahkan sikit asam limau nipis nak bagi rasanya lebih masam sikit*
  4. sedia untuk dihidangkan... :)

Saturday

Jom Makan Nasi Berlauk dan Pulut Pagi



Nasi belauk lagi lah pagi ni....

Semalam saya masak gulai ikan aya seekor je....tapi dah tau mesti berlebih sebab kami minggu ini ada 3 orang je kat rumah....anak2 yang dua lagi tu tak balik. Jadi bila dah ada 3 ketul lagi ikan gulai tu dah set siap2 pagi ni boleh la buat nasi belauk.

Tup2 papa ajak keluar riadah keliling taman perumahan, merentas lereng2 bukit nih.... dah elok2 keluar peluh tuh, balik2 umah breakfast nasi belauk pulak...lepas tu makan pulak pulut pagi yang lebih buat tempohari(saya simpan dalam freezer dan kukus balik pagi ni).... sudahnya kenyang macam lepas makan tengahari pulak....
heavy breakfast punya pasal....hehe


***nota:

Gulai ikan ni lagi sedap kalu yang buat semalam, makan pagi ni....lagi lebih terasa asam garamnya.... orang kelate kata 'berpalut'.... :)

Selain dari gulai ikan tongkol, sedap juga makan nasi belauk ni berlaukkan Gulai Ikan Masin.


Wednesday

Cempedak Goreng



Malam tadi dah dekat pukul 10 dah baru teringat nak goreng cempedak. Buah cempedaknya papa beli time singgah balik keje petang semalam. Nak sampaikan hajat Shilah yang dah dua tiga kali sebut nak makan cempedak goreng... dari minggu lepas lagi duk sebut-sebut...kesian anakku...

So akhirnya sampai lah hajat Shilah semalam. Kira
supper la kot pukul 10 malam duk bersila makan cempedak goreng dengan minum NescafeO kow punya. Penangan dek tersilap kow kopi tu, jadi keras le pulak mata kamiorang bertiga... payah betul nak lelap malam tadi...hehehe

Ada tip yang elok untuk dikongsi bersama bagi sapa2 yang tak begitu familiar dalam bab2 kupas cempedak ni. Sebelum mula belah cempedak tu elok le dilumur minyak masak dekat tangan kita beserta dengan pisau2 nya sekali. Barulah smooth je potong cempedak tu dan kopek keluar isi-isi cempedak tanpa tangan dan pisau melekat2 dengan getah cempedak.


Dah tu, satukan tepung beras + air masak + garam + secubit kunyit + secubit kapor makan dalam mangkuk. Bancuh jangan terlalu cair, jangan pula terlalu pekat *
Kalau campurannya pekat sangat, cempedak gorengnya nanti jadi tak rangup malahan keras...tak sedap pula dimakan*.

Dah tu, celupkan ulas2 cempedak dalam campuran tepung beras dan goreng lah dalam minyak yang penuh. Sambil2 tu, sediakanlah siap2 tisu untuk sejatkan cempedak yang akan diangkat dari kuali.

Sunday

Lempok Durian


Dah lama sebenarnya teringin nak makan lempok durian. Tup-tup hajat kesampaian bilamana kawan yang datang ziarah hari tu tiba-tiba unjuk buahtangan yang bila bukak2...woahhh...LEMPOK!
Ohh..sampai hajat...tenkiu my friend....hehe.

Tapi nampaknya kisah lempok tak habis macam tu je...

Semalam Sabtu, pagi2 lagi saya dengan berbasa-basi sampaikan hasrat dekat suami...errr...nak buat lempok... Nak cuba buat ikut citarasa sendiri. Papa yang duk tekun baca paper terus tiba-tiba pandang saya dengan wajah 'bertanda-tanya'....hehe... mungkin rasa pelik sebab kami tak pernah pulak buat lempok ni...terbayang nak buat pun tak pernah selama ni....hehe

Lepas convince convince, papa akhirnya... bagi le green light. "YES!", seronok saya. Anak-anak masih tidur waktu kami keluar bersarapan nasi lemak di jalan kasturi, kemudian singgah cari lauk di pasar dan selepas itu melilau2 mata mencari orang jual durian. Tak ada la pulak.... so papa dengan penuh yakin terus memecut ke arah Sg Choh sebab di pertengahan jalan ke Rawang ada deretan panjang gerai jual buah-buah termasuk durian ni. Yakin mesti ada kat sana.

Dipendekkan cerita..... dapat lah durian dalam satu bakul besar dengan harga RM30. Murah pakcik tu bagi *semoga beliau bertambah-tambah rezeki*

Berbunga-bunga rasa hati, dah terbayang dah Lempok Durian di ruang mata..hehe

******


OK...Jom tengok langkah-demi-langkah kami dalam menyediakan lempok ini.

peringkat awal 'kacau lempok'


guna dapur arang


50% lagi nak siap


lempok dah sekhing *kering sempurna*


dah siap dipack kan,
senang untuk anak bawak bekal balik hostel
dan simpan untuk bekalan bulan puasa


p/s: penat memang penat, makan masa lama +_ sekerat hari... semua gotong-royong tolong gilir2 kacau lempok. Anak2 yang tak berapa familiar dengan lempok ni pun, jadi lebih tahu. Alhamdulillah puas hati dengan finishing product yang amat bermutu, sedap, takde mana2 bahagian yang hangus walaupun ini adalah percubaan kali pertama.... mission accomplished! :))

Pulut Pagi



Pulut pagi memang juadah sampingan yang sedap dimakan pagi-pagi. Tu le sebabnya dipanggil 'Pulut Pagi' kot....hehe Nak masaknya boleh samada dikukus atau ditanak je. Pagi ni saya terlebih rajin, kukus lah... sebab nak dapatkan presentation yang lebih cantik untuk dimuatkan gambarnya dalam 'MENU'....hehe

Ok... kita tengok cara nak buatnya camane... Bagi anda yang dah biasa tu memang le tak jadi hal...tapi bagi yang belum pernah terai nak buat tu, boley le akak perturunkan ilmu nya di sini... :)



Bahan-bahannya:

  • beras pulut 1 setengah cawan *rendam 2 - 3 jam*
  • manisan kampung 2 @ 3 keret*bergantung pada tahap nak manis masing2*
  • daun pandan disimpul
Cara nak buatnya:
  1. Beras pulut ditoskan air lalu dikukus hingga masak.
  2. Dalam pada itu masak manisan dengan sedikit air sampai agak cair2 likat.
  3. Keluarkan pulut, arungkan dengan air manisan.
  4. Kukus lagi sehinggalah masak sepenuhnya
  5. Sedia untuk dihidangkan dengan kelapa parut yang dah siap dibubuh garam.....nyum nyum nyum... :)

Gulai Nasi Belauk



Kalau duk Kelantan, pagi-pagi beli nasi belauk je lah. Merata gerai orang meniaga. Tak payah susah2 nak masuk dapur pagi2, bermacam2 juadah dah tersedia di gerai2 berhampiran rumah. Nasi kerabu, nasi belauk, nasi dagang, pulut pagi....semua ada.... tinggal pilih dan bayar je... hehe

Tapi bila duk jauh ni, kena la buat sendiri. Ada tu ada dijual di beberapa gerai kakak2 kelate yang dah jadi geng tu, tapi kadang malas le nak keluar pagi2... bukan dekat pun, kena keluar dalam 4 km baru dapat beli nasi belauk nih... Tu yang jadi lebih rajin buat sendiri jerk...
Nak lagi sedap, gulainya elok dibuat malam kalau nak makan pagi.... lebih terasa 'hawas'nya *orang kelate kata....hehe*


Bahan-bahannya:

  • Ikan tongkol direbus *cara merebus sila klik di sini*
  • santan RM1
  • cili kering 4/5 tangkai
  • bawang merah 1 labu besar
  • bawang putih 1 ulas
  • lengkuas 2/3 hiris
  • sedikit kunyit
  • asam keping 1
  • garam
  • gula
  • timun batang dan kacang panjang*jika suka*

Cara membuatnya:
  1. Santan yang pekat itu dicampurkan dengan air masak kemudian direnehkan di atas api sehingga keluar minyak sikit2.
  2. Sementara itu tumbuk cili kering, lengkuas, bawang merah dan bawang putih.
  3. Masukkan ke dalam santan tadi. Biarkan masak dalam api yang kecil.
  4. Bila dah kuah nampak masak cantik, baru di masukkan asam keping dan sayur2 (timun batang dan kacang panjang) yang dah dipotong kecil.
  5. Masukkan ikan yang dah siap direbus sebelumnya.
  6. Perasakan gula dan garam.
  7. Dah siap......

Ikan Rebus


Teringat waktu sedang berbual-bual dengan rakan saya sewaktu kami sedang makan tengahari di dapur, timbul cerita tentang ikan rebus. Kami berdua makan agak lewat dari yang lain sebab rakan saya tu tak makan nasi kerabu. Saya biarkan semua tetamu lain, suami serta anak2 makan duluan sementara saya krung krang kat dapur tanak nasi putih dan masak lauk lain untuk rakan saya itu. Masak lebih, sekali arung dengan masak untuk bekalan anak balik hostel hari tu.

Jadi sementara semua yang lain duk rancak berbual, ada yang masih di ruang makan, ada yang di ruang tamu, saya dan rakan diam2 menjamu selera di dapur sambil borak-borak masalah 'negara'...hehe
Sambil makan sambil terkeluar le satu cerita ke satu cerita yang lain sampailah ke cerita ikan rebus yang jadi salah satu hidangan tengahari kami itu.

Rakan saya sebut pasal beliau yang kekadang membeli ikan rebus di pasar. Ouhhh tidak!! Saya dengan hati yang luhur*cieywah* menasihatkan agar rakan saya itu segera berhenti beli ikan rebus yang dijual dipasar itu. Banyak info negatif yang didengar berkenaan ikan rebus ready-made itu. Ikan tu kita tak tau siapa yang buat dan apa bahan yang dimasukkan....wallahu'alam.... Dan lagi cara buatnya tak dapat kita pastikan tahap kebersihannya.... tak nak tuduh macam2 tapi fikir2kan lah.... sesungguhnya mencari yang halal itu fardhu bagi kita semua....

Jadi senang cerita, buat sendiri je ikan rebus ni. Mudah sangat..... dan hasilnya boleh dibuat macam-macam samada untuk digoreng semula, digoreng celup tepung, dimasak gulai, isinya ditumbuk untuk berbagai rencah masakan atau ikan rebus itu dimakan begitu saja cicah sambal/budu.

Cara-caranya:

  1. Ikan dibersihkan dan direbus dalam air paras2 separuh tenggelamnya ikan.
  2. Masukkan tiga empat keping asam keping, taburkan garam buku(garam kasar), beberapa hiris lengkuas dan sedikit manisan(jika suka).
  3. Tutup periuk.
  4. Rebuslah sehingga hampir kering air rebusan.

Ikan yang direbus banyak2, disimpan dalam tupperware
then masuk petiais.
Bila nak masak senang, benda dah ada...

Menu A - Z