Assalamualaikum...
Kali ini masih lagi dengan menu yang mengenyangkan buat seisi keluarga... Roti Canai vs Roti Boom... :))
Sebut roti canai, teringat saya masa kecik2 dulu pagi2 ralik sangat *kusyuk* tengok Mokcik Ndok tibar roti canai kat rumah dia, rasa mata tak berkelip-kelip.. :).
Mokcik Ndok memang meniaga roti canai tapi hanya secara kecil-kecilan dan beroperasi kat rumah je. Tapi walaupun hanya kecil-kecilan, customer berjujuk *berderet* pagi2 duk tunggu giliran nak dapatkan roti canai Mokcik Ndok.
Bermula dari situ lah saya jadi berminat nak cuba buat sama, dah pasang angan2 masa tu... "...satu hari nanti nak buatlah jugak..." hehehe...
Alhamdulillah masa tengah remaja, ada gak la buat sesekali. Tapi tak reti nak tibar punya pasal, saya just guna dulang besi yang besar*yang muat banyak pinggan, siap untuk satu hidangan* untuk tarik roti jadi nipis... Dah terai menibar ala2 kedai mamak tu tapi masih fail, takpe slow2 bulih belajar lagi... mesti ada formula tu... hihi
Apa2 pun, mari kita tengok resepi... :)
RESEPI ROTI CANAI
Bahan2nya:
- Tepung 1kg
- air masak yang dah sejuk 2 ¼ cawan
- margerin planta 60g
- gula 3 sudu besar
- garam 1 sudu besar
Cara membuatnya:
- Margerin dicairkan terlebih dulu. Biarkan sejuk sebentar.
- Garam dan gula dibancuh dengan air masak.
- Campurkan kesemua bahan, uli sampai jadi doh. *air seeloknya jangan dimasukkan sekali gus, biar berperingkat takut terlebih air.
- Biarkan doh selama setengah jam sebelum sambung menguli dalam 15 minit lagi.
- Bulat2kan doh dan timbang seberat 60 g setiap satu.
- Salutkan doh yang dah dibulat2kan dengan margerin/minyak sapi dan biarkan dalam bekas tertutup selama semalaman.
- Pagi esoknya dah boleh buat roti canai.
Jom tengok langkah demi langkah caner nak canai roti canai @ roti boom *saya guna tudung periuk besar buat tempat mencanai...huuuu*
- Leperkan doh, kalu nak tibar, bolehlah tibar...macam saya tibar lebih kurang je, pastu tarik2 adunan roti biar penuh satu tudung periuk
- Renjiskan sedikit minyak masak di atasnya.
- Angkat separuh darinya kemudian lepaskan biar jadi bertindan-tindan. Ulangi langkah pada belah yang separuh lagi.
- Pusingkan roti dalam gaya berpusar, bila hampir sampai ke penghujung pusingkan hujung yang satu lagi dalam arah yang bertentangan.
- Satukan hujung yang kecil ke dalam pusaran roti yang lebih besar.
- Setelah dileperkan roti boleh lah digoreng roti canai di atas ceper/pan dengan hanya menggunakan minyak yang sedikit. Goreng hanya dengan api yang kecil sehingga masak.
- Sedap dicicah dengan gulai ayam, kuah kacang dal dsb.
- Untuk tujuan frozen, gorengkan hanya separuh masak, tunggu sejuk baru dipackaging.
** ROTI BOOM
Kaedahnya sama dengan roti canai. Beza antara ke duanya hanya lah roti canai leper manakala roti boom tebal, struktur roti boom lagi lembut dan amat sesuai untuk kanak2. Makanya adunan yang dah siap dicanai untuk roti boom hanya perlu ditekan sedikit sahaja sebelum digoreng, tak payah dileperkan cam nak buat roti canai.
Sekian Wassalam.