BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday

Kek Puding Karamel


Buat kek Puding karamel... kek ni dah lama nak terai buat tapi tak terbuat-buat, terus lupa sampai la teringat balik nak buat bila tengok banyak kek karamel pakat duk posing di sana-sini.. he he

Resepi pakai guna resepi puding telor dan kek span yang sedia ada tu je. Alhamdulillah boleh tahan sedap, InsyaAllah kalu buat lenkali nak tambah serve ngan jelly/agar2... kira ala-ala triffle gitu... :)


**update:
Resepi mudah sukat cawan google di internet, senang untuk rujukan bila2 nak buat. Di-olah sedikit ikut cara saya. Terimakaseh buat tuan punya resepi.. Jazakillah hu khairon.

Kek Puding Karamel

Bahan2nya:

Bahan A (Gula Hangus)
2 sudu besar gula

  • Tabur gula ke dalam loyang dan masak atas api yg kecil hingga gula bertukar perang (ketepikan)

Bahan B ( Puding Karamel)
1/2 tin susu cair
1/2 cawan gula
1/2 sudu teh esen vanila
3 biji kuning telur

  • kacau semua bahan sampai sebati
  • Tapis dan tuang adunan ke dalam loyang yang dah disalut Bahan A ( Gula Hangus )

Bahan C ( Kek )
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
3 biji kuning telur
1 cawan air
1 sudu teh baking powder
1/2 cawan minyak masak

  • Pukul kuning telur bersama gula hingga nampak berkrim.
  • Masukkan air dan minyak, pukul lagi hingga sebati
  • Masukkan tepung dan baking powder sedikit demi sedikit dan kacau adunan hingga sebati.

Bahan D (Meringue)
6 biji putih telur
1/2 cawan gula halus

  • Satukan semua bahan, pukul hingga betul2 kembang (bila terbalikkan mangkuk adunan tak tumpah).

Hiasan antara lapisan
Serbuk koko


Cara membuat Kek Puding Karamel:
  • Satukan Bahan C ke dalam Bahan D. 
  • kacau dengan senduk kayu.
  • Bahagikan adunan kepada tiga bahagian; warna ori, pink dan purple.
  • Sendukkan adunan ori ke dalam loyang yang berisi karamel. (jangan risau, memang adunan akan terapung-apung).
  • Tapiskan serbuk koko rata2 memenuhi permukaan lapisan ori sebelum melapis dengan lapisan warna berikutnya. 
  • Ulangi proses hingga adunan habis.  Selang selikan warna adunan.
  • Bakar secara double boil/steam bath (Letak air panas ke dalam loyang) pastu letakkan loyang kek ke dalam bekas air panas tu. Bakar selama 45minit - 1 jam, suhu 170'C.

Tuesday

Buah Strawberi fresh dari ladang

Alhamdulillah, sume kalut pakat petik buah stoberi fresh...

esoknya terus buat pavlova(sila klik)

.. ni pavlova yang hidang dekat Zharif kawan anaknda .. buat lagi pavlova tu sebab hari Ahad last anak2 kat rumah sebelum sume balik hostel..

Monday

Singgah Makan Bekal


Hari Raya ke 2 Eid ul Adha tempohari, sempat bawak anak2 jalan. Kesian pulak, semua baru lepas demam periksa sebelum raya hari tu. Jalan dekat2 je, hanya ambik masa 2 jam setengah perjalanan.

Di tengah laluan, nampak dari jauh macam ada taman... lapang, cantik dengan rumput carpet-nya.... kira pot yang elok sangat la untuk kami singgah makan bekal. Dah ada dua tiga keluarga kat situ, tengah duk menjamu selera makan bekalan masing-masing.


Kami pun bentang la canvas serbaguna yang selalu standby ada dalam bonet kereta. Bukak bekalan... makan nasi dengan lauk faveret Sambal Kacang Ikan Bilis, Sambal Tumis dan Ayam Bakar versi Oven.. alhamdulillah.. :)

Sunday

Tepung Bukuh


Macam biasa, kalau pegi pasar memang tak lupa beli Tepung Bukuh (Tepung Bungkus) yang pakcik depan pasar jual. Memang sedap, cukup rasa.. kueh just nice tak lembik tak keras. Tu yang tak miss beli time pegi pasar. Beli selalu takat dua tiga inggit je, cam hari ni beli RM2 untuk dapat 5 biji Tepung Bukuh.

Nak buat tepung bukuh ni senang sangat tak payah resepi sebenarnya. Inti dia sama dengan inti kueh gulung dan pulut berinti tu. Bulat2kan je inti pastu golek2kan dia dalam tepung pulut biar bersalut inti.

Ada sikit tips yang nak dikongsi pasal daun pisang yang kita nak guna untuk bungkus Tepung Bukuh. Daun pisang kalau kita ambil hari ni, esok dah kecut dan lembut... boleh terus diguna, tak payah dilayur atas api. Lain la kalau ambik dan-dan tu nak terus guna, tu kenalah layur kejap atas api baru boleh wat lipat2 bungkus kueh.

Cara lipat pun bukan macam nak bungkus pulut berinti.. Untuk Tepung Bukuh, temu-kan ke dua-dua ujung lipatan daun kemudian di-lipat dua kali sebelum yang final lipat di kedua-dua atas dan bawah kueh.

~~~~~~~~~~~~

Resepi Tepung Bukuh aka Tepung Bungkus

Olah2 sikit resepi yang di-copy dari MyResipi.com) tq
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 cawan santan
  • secubit dua garam
  • daun pisang di layur sekejap atas api kecil

utk inti:
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 1 keping nise kampung/ 2 keping nise siam
  • sehelai daun pandan di simpul
  • sedikit tepung pulut untuk golek2kan inti (Kaler tepung pulut boleh diceriakan lagi dengan menitikkan kaler2 yang disukai secara berasingan samada nak merah ke, hijau, kuning, pink atau purple. Campur sedikit air biar jadi doh macam doh nak buat onde onde. Ambil secubit, leper2kan nipis untuk membalut inti, bentuk jadi bebola).

Cara-cara

  1. Kelapa yang di parut (bahagian putih sahaja) dimasak bersama sedikit air, nise dan daun pandan sehingga hampir kering. Bulat-bulatkan dan golek di atas tepung pulut. Ketepikan dahulu.
  2. Bancuh tepung beras bersama santan dan masukkan sedikit garam. Kacau hingga separuh masak. Ambil dua sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Susun 3 bebola inti dan tutup dengan dua sudu lagi tepung. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun. Kemudian kukus selama 15-20 minit.

Sekian wassalam.

Thursday

Buat Satay





Alhamdulillah semalam selamat buat Satay aka Sate yang istimewa. Dapat daging kurban yang elok hari tu, daging musir yang amat sesuai kalu nak di-panggang atau di-goreng buku. Sehari sebelum raya dah siap2 beli isi ayam tanpa tulang khusus untuk tujuan buat satay ni. Jadi ada dua2, Satay Daging ada Satay Ayam ada... alhamdulillah.


en hsbd tolong cucuk satay


satay yang dah siap cucuk


kuah satay yang istimewa


dah siap untuk hidangan

Kali ni bakar satay versi dapur gas. Bab ni anak bujang yang tolong. Bakar satay atas dapur gas lagi senang, cepat siap, pressure pun kurang.. he he

Resepi dan cara buat satay pernah dulu citer kat SINI...
Sekian wassalam.


Puding Telor aka Puding Gula Hangus


Resepi sejak zaman sekolah... pernah terai buat guna susu sejat tapi rasa lagi sedap rasa puding pakai resepi yang lama tu. Puding Telor aka Puding Gula Hangus ni boleh buat mana2 versi samada nak kukus boleh bakar pun boleh. Kalu time express rakyat, saya kukus je. Kalau nak bakar dalam oven kena bakar dalam tin/loyang lain yang berisi air panas(cara stim bath)


Resepi Puding Telor aka Puding Gula Hangus
**Edited
Bahan:
  • telor 10 biji (saya pakai gredC)
  • susu pekat 1 tin
  • air panas 1 tin(guna tin susu pekat)
  • vanilla
  • gula +- secawan untuk buat gula hangus
Cara:
  1. Masak gula hingga gula jadi perang kegelapan. Cepat2 alihkan dari dapur. Kacau2kan ia biar serata dan tuang dalam bekas/loyang yang nak buat puding. Golek2kan biar gula hangus serata di dasar dan tepi loyang.
  2. Telor dikepok2 dengan vanilla. Satukan susu pekat dan air panas. Campurkan kedua2 adunan telor dan susu.Tapis ke dalam loyang yang dah disalut gula hangus. Kukus selama 30 minit. Jika versi oven, bakarlah secara water bath selama sejam.

sekadar info:
  • masa zaman susu pekat tin rendah, pakai telor hanya takat 7 - 8 bijik.
  • untuk kek puding karamel, buat puding hanya 1/3 atau separuh dari sukatan adunan.(bergantung pada saiz loyang/nak puding tebal mana)
Sekian Wassalam.

Wednesday

Nasi Dagang di pagi raya

Di pagi hari raya pertama Eid ul Adha, buat Nasik Dage Kelate berlaukkan Gulai Ikan Aya versi Terengganu. Rebus telor sekali untuk dimasak dalam kuah gulai*ambil sedikit kuah gulai ikan untuk buat Gulai Telor*. Masak lama2 sampai kuah gulai sebati dengan telor. Rencah sampingan cam biasalah sambal nasi dagang yang kalu tak buat nanti akan rasa macam ada benda hok ttingga..

Selamat Eid ul Adha al-Mubarak dari kami sekeluarga, maaf zahir batin.



Resepi Nasi Dagang Kelate

  • 1kg beras nasi dagang *dibasuh dan direndam semalaman*
  • santan kemancar(santan cair) 1 mangkuk
  • santan pekat 1 mangkuk
  • bawang merah 5 - 6 ulas
  • halia 1 inci
  • sedikit halba
  • garam
  • gula
Caranya:
  1. Beras yang direndam dibasuh bersih kemudian ditoskan.
  2. Sementara itu mayang halus bawang serta halia.
  3. Kukus nasi dagang selama 15 minit.
  4. Angkat dan alihkan dalam besen besar kemudian di arung dengan santan kemancar. Arung biar sebati santan dengan nasi yang separuh masak itu.
  5. Kukus lagi selama 20 minit.
  6. Angkat dan akhirnya arung dengan santan pekat yang dah dicampur garam dan gula + bawang merah + halia + halba.
  7. Biarkan selama beberapa ketika baru boleh dihidangkan.

Resepi Gulai Ikan Aya Terengganu
  • ikan (direbus dengan garam buku, nise, lengkuas dan asam keping)
  • santan RM1 @ tiga suku cawan dicampur dengan air masak sesuai dengan kuantiti ikan(gandakan santan jika ikan lebih)
  • lengkuas 2@3 hiris **
  • halia muda 2 inci **
  • bawang merah besar 1 labu **
  • bawang puteh 1 ulas **
  • sedikit kunyit hidup **
  • cili kering 2 tangkai **
  • 2 sudu besar rempah kari ikan
  • asam keping 1
  • garam
  • gula
  • lada hijau
Cara:
  1. Renihkan santan sambil dikacau sekali sekala.
  2. Semua yang bertanda ** dimesin kemudian dicampur dengan rempah kari...jadikan pes.
  3. Tumis bahan tersebut hingga hilang bau kari dan rempah dah sebati dengan minyak.
  4. Bila tumisan dah masak cantik tuangkan ke dalam periuk santan.
  5. Teruskan masak dengan menggunakan api yang kecil.
  6. Masukkan asam keping.
  7. Kemudian diikuti dengan lada hijau dan ikan rebus.
  8. Perasakan dengan garam dan gula.

Resepi Sambal Nasi Dagang

Bahan2nya:
  • Ikan kembong besar 1 ekor - dipanggang/direbus dengan sedikit air
  • nyior goreng/kelapa parut setengah biji - digoreng tanpa minyak hingga garing
  • bawang merah besar 1 labu (saiz kecil)
  • halia muda 1 - 1 setengah inci
  • serai 1 batang di ricik halus
  • lada hitam 7 - 8 biji
  • garam
  • manisan +- 1 keret
Cara:
  1. Tumbuk lada hitam, diikuti dengan serai, halia dan bawang merah.
  2. Keluarkan dari lesung, kemudian tumbuk pula nyior goreng diikuti isi ikan bakar tawar.
  3. Kemudian tumbuk pula manisan dan garam kemudian lecek2kan semua bahan bagi serata semua rasa.... mmmm...wangiiii bau sambal nih... :)

Thursday

Lompat Tikam aka Lopak Tike


Semalam teringat-ingat nak makan Lompat Tikam. Walau pun masa tu dah terlepas time minum petang, dah dekat 6.30 dah pun tapi di-teruskan jugak misi melompat tikam tu.


Makan nasik kira lambat lah sikit sebab dah kenyang make lopak tike. Buat lauk pun yang simple je. Hanya bakar ayam dalam oven pastu buat kuah paprik..dah..
Alhamdulillah :)


Resepi Lompat Tikam

Bahan yang diperlukan:

pulut 1 1/2 cawan

santan cair
pewarna merah
garam secubit dua
daun pandan

tepung beras 3/4 cawan
santan cair 1 1/2 cawan
1/2 cawan pati pandan (mesin dari 5 helai daun pandan)
sedikit pewarna hijau
sedikit kapur makan
garam secubit dua

tepung beras sesudu besar (umbu)
santan 2 cawan
garam secubit dua
daun pandan

nise kampung 1 - 2 karet
daun pandan
air


Cara buat Lompat Tikam:

  1. Pulut - Secawan setengah beras pulut direndam dalam air yang dititik sedikit pewarna merah (saya masukkan banyak titik... nak kasi kaler dia ngancam sikit) - Rendam 10 minit pun OK lepas tu toskan dan kemudiannya dikukus dengan sehelai daun pandan yang disimpul(kalau guna kukusan yang berlubang besar, lapikkan beberapa keratan daun pandan sebelum diletak pulut di atasnya) - kukus selama 10 minit - keluarkan dan arung dengan santan kemancar(santan cair) yang dibubuh garam - kukus lagi selama 10 - 15 minit(kali ni dah tak payah lapik daun pandan, letak terus atas kukusan berlubang)
  2. Tepung Hijau - Sementara pulut di atas dapur, bancuh 3/4 cawan tepung beras dengan 2 cawan (santan cair dan pati pandan) + secubit kapur makan + sedikit garam - masak atas api - bila sudah masak dan pekat tutup api, tuang dalam loyang *kukus pulak dalam 10 minit*
  3. Santan pekat(kepala santan) - Bancuh sesudu besar tepung beras + dua cawan santan + sedikit garam + sehelai daun pandan yang di simpul - masak sampai cair-cair likat - tutup api dan sejukkan
  4. air manisan - Cairkan nise/gula melaka ketul + air + sehelai daun pandan yang disimpul - masak sampai likat - tutup api dan sejukkan.
Nota: Ada yang kukus pulut terus dalam santan bergaram sepertimana cara kita nak buat Pulut Seri Muka, tapi rasa2nya pulut untuk dimakan dengan lompat tikam ini InsyaAllah akan lebih enak dan terampil cantik jika dikukus kosong terlebih dulu.

Sekian, Wassalam.


Tuesday

Collek Buah ke Collek Nise?


Banyok terik sikit buat collek dua tiga menjak ni... guna kaedah asli pakai tumbuk dalam lesung.
Masa tengah makan collek tu, ada satu soalan timbul... "..oghe panggil collek ni, Collek Buah ke Collek Nise, cey teka..." :))

Bahan2nya hanya terdiri dari: Nise kampung, lada kering(rendam dalam air panas), belacan bakar, garam buku, air asam jawa/sedikit cuka, air panas..

Menu A - Z