BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday

Pulut Sekaya



Assalamualaikum....

Sebut pasal kueh, selalu tak lepas citer pasal pulut....hehe.... saya memang suka makan pulut. Kalau banyak stok pulut kat rumah, rasa senang hati. Boleh buat macam-macam. Tiap kali buat pengat memang tak miss tanak pulut sama dalam rice cooker paling kecik yang just nice boleh muat untuk secawan dua beras pulut.... :)
Selain untuk Pengat dan makanan asasi kami iaitu Pulut Pagi, saya variety kan lagi penggunaan pulut dengan buat kueh2 lain seperti Kueh Lopes, Pulut Seri Muka, Ketupat Sotong dan sesekali buat Pulut Kuning makan dengan Gulai Ayam....mmmmm best!

Kali ini nak tunjuk Pulut Sekaya pulak untuk variasi pulut nih. Pulut Sekaya memang sedap dan cepat nak membuatnya. Senang, jika tiada bahan2 lain untuk buat kueh minum petang, kalu ada pulut, manisan dan telor...hah jadik.... akan terhasillah Pulut Sekaya satu loyang buat hidangan minum petang sekeluarga.... hehe
Jom kita tengok resepinya camne..... :)

RESEPI PULUT SEKAYA
Bahan2nya:

  • Secawan beras pulut *untuk lebih tebal lapisan pulut boleh buat secawan setengah*
  • pati santan setengah cawan dicampur dengan air masak
  • 4 biji telor
  • 2 keret manisan siam
  • daun pandan di simpul
  • secubit dua garam

Cara:
  1. Cairkan manisan + sedikit air + daun pandan yang disimpul.
  2. Kukus pulut + santan + sedikit garam + daun pandan yang disimpul. Santan paras2 tenggelam pulut.
  3. Bila manisan dah cair, keluarkan daun pandan dan sejukkan sebentar.
  4. Kepok telor kemudian masukkan manisan. Kepok lagi biar mesra ke dua-duanya. Tambahkan secubit dua garam.
  5. Bila pulut masak, keluarkan daun pandan, karih2kan pulut biar serata kemudian tekan2 kan sedikit biar padat di dalam loyang.
  6. Kukus balik pulut selama 5 minit.
  7. Sesudah itu taburkan sedikit gandum di atas pulut lalu dicurahkan adunan telor dan manisan ke atas nya.
  8. Kukus lah sampai masak +- 15 hingga 20 minit.
  9. Tunggu sejuk, baru elok untuk dihidangkan.....

Sekian, selamat mencuba... :))


**update 15/3/2010 3.10 pm

Ramai yang bertanya tentang '2 keret manisan Siam' yang saya maksudkan dalam entri di atas. Ada di antara kawan2 yang tak biasa pakai manisan siam itu....mungkin you all biasa guna gula kabung atau gula melaka bilamana buat pengat atau kueh2 lainnya. Jadi saya up-datekan info pasal manisan ini dengan tayangkan sekali gambar nak tunjuk camana rupanya manisan tu. Tapi yang tunjuk ni manisannya nipis sedikit... itu la, kadang beli saiz nya tak tentu kadang besar sikit kadang kecik sikit. Jadi kalu nipis macam gini saya lebihkan sikit instead of guna 2 keret, saya lebihkan biar jadi 2 keret setengah untuk kuantiti resepi kali ini.

Manisan siam ini bagi yang duduk area KL boleh dapatkan ia di salah-satu lot kedai *orang kelantan* di Pasar Borong Selayang. Macam saya sekarang agak senang untuk dapat bekalan barang2 makan dari siam ini sebab ada seorang pembekal yang regular membekalkannya di pasar kami pada setiap hari minggu samada Sabtu atau Ahad...Alhamdulillah syukurlah, Allah permudahkan urusan... :)

Menu A - Z