BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday

Resepi Mudah Agar-agar Pandan Fzmenu

Bismillahirrahmanirrahim.





Alhamdulillah, semalam pukul 6.30 petang baru bergegas buat agar² Pandan lepas dapat kol keluarga besan nak datang beraya. Agar-agar tak kira apa pesen agar-agar samada yang kosong ke, yang boh santan ke, yang boh buah laici atau koktel ke...semua saya suka. Jadi bila teringat ada santan dan telor, hah buat agar-agar pandan je la...sedap saya suka, manis sedang-sedang dan tak muak. Nampak semalam opah Rin(rin@menantu) duk ulang ambik makan...alhamdulillah.

Meh kita tengok...
Resepi mudah Agar-Agar Pandan ni.


  • Agar-agar sepeket 28g
  • Air 6½  cawan
  • Daun pandan 6 helai(mesin, dapatkan ½ cawan air pandan)
  • Pati santan 1 cawan
  • Gula 1 cawan( sila lebihkan jika suka manis2)
  • Telor 2 biji (gredB)
  • Secubit dua garam


Cara mudah membuatnya:

  1. Masak agar-agar bersama 7 cawan air hingga agar² larut. 
  2. Masukkan gula. Bila dah masak sebati, tutup api dapur. 
  3. Tapis agar² ke dalam periuk lain.
  4. Kepok² telor bersama santan, garam dan air daun pandan. 
  5. Tapis kemudian tuangkan dalam periuk agar². 
  6. Masakkan balik sambil dikacau² hingga mendidih, bila dah mendidih tutup api dapur. 
  7. Tuangkan ke dalam loyang. Bahagikan biar dapat memenuhi dua loyang supaya agar-agar nanti takde la tinggi sangat, senang nak potong.
  8. Bila dah sejuk sikit dan permukaan agar² dah tak melekat di jari, sambung sejukkan dalam peti ais.  

Uishhh...memang terbaik lah agar-agar Pandan ni. Sangat sesuai dihidangkan bagi merai'kan tetamu. Agar² Pandan semalam tu buat saing makan dengan Satay, Kuah Kacang. Nasi Impit dan Rendang. Semua homemade. Besan bawak buahtangan 4 batang lemang yang superb sedap, jazakallah. Terus anaknda tolong potong lemang sebatang buat menambah menu hidangan Raya. Kueh raya pon pakat2 menyelit sama menyerikan suasana. Alhamdulillah.


**nota:
Buat lagi second round Agar-agar Pandan. Tak boleh brek makan dia😁

Tuesday

Sayur Jawa Terlajak Sedap


Assalamualaikum.

Ermmm...ini bukan menu kelate ya. Menu tersohor orang belah Sabak Bernam pulak kali ni..he he... Resepi Sayur Jawa, lauk sampingan yang terlajak sedap bagi kami2 kat rumah ni.. Sayur Goreng Jawa pun iya jugak orang panggil.. Dengan ada nya sayur jawa ni, masalah betul...jadi bertambah2 pulak dah selera makan nasik...adehh hancus diet😣
Sayur Jawa dengan Kari Kepala Ikan
Resepi Sayur Jawa

Bahan (1)
(yang bertanda ## dipotong dadu/hiris) dan kemudian goreng:

  • Tempe##
  • Kentang##
  • Tauhu##
  • Kacang tanah(digoreng)
  • Ikan bilis(digoreng last)

Bahan (2) 
ditumbuk/dikisar:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Belacan bakar
  • Cili api

Bahan 3
  • Sohun n pucuk direndam
  • Kacang panjang dihiris serong

Cara membuatnya:
Selepas goreng bahan (1), asingkan. Tumis pula bahan (2) yang ditumbuk, letak sedikit asam jawa, 2 sudu sos tiram, masukkan kacang panjang, kemudian sohun dan pucuk. Akhir sekali campur kesemua bahan yang dah siap goreng. Renjis2 kan kicap manis gaul sebati. Perisakan garam dan gula secukup rasa🤭

*kredit to kakak(anakku): gambar n resepi


Friday

Tepung Pelita di bulan Ramadhan

Assalamualaikum


Asal bulan Ramadhan je mesti teringat Tepung Pelita. Alhamdulillah dah dua kali buat tepung pelita Ramadhan kali ini. Memang best sejuk tekak bila makan tepung pelita yang baru keluar peti ais time bukak puasa.

Tepung pelita ni kueh tempatan faveret saya. Memang suka sangat. Nak buat dia pun senang dan takde banyak kos pun. Hanya kalau ada tepung beras dan santan, inshaaAllah dah boleh bertepung pelita.


Resepinya masih yang sama, tak tukar-tukar. Boleh kalau nak tengok2 kat SINI.

RESEPI TEPUNG PELITA  ASLI KELANTAN 

Bahagian bawah:
  • tepung beras setengah cawan
  • secubit kapur makan
  • air masak + pati pandan*mesin daun pandan 5 - 6 helai* jadikan 2 cawan

Bahagian atas:
  • tepung beras setengah cawan
  • santan 2 setengah cawan
  • garam dua tiga cubit

Yang perlu disediakan:
  • daun pisang dipotong segiempat tepat sama saiz *saya lapiskan 3 helai daun untuk setiap temalong*
  • lidi dipotong 1 setengah inci setiap satu *boleh ganti guna stepler*
  • gula pasir untuk lapisan paling bawah *nak ganti guna 'manisan + gula' pun boleh*

Cara membuatnya:
  1. Bila air dalam kukusan dah mendidih, susunkan temalong dekat antara satu sama lain. Kalau jarak2, bentuk tepung pelita lepas masak kureng cantik.
  2. Masukkan 1 sudu kecil(umbu) gula dalam setiap temalong.
  3. Curahkan lapisan bawah sehingga sampai paras setengah dari temalong.
  4. Kukus 15minit.
  5. Kemudian curahkan pula lapisan atas yang berwarna putih. (Lapisan putih ini kalu nak bagi pejal sikit, boleh masakkan sebentar sampai mendidih. Tutup api kemudian baru dituang ke atas lapisan hijau).
  6. Kukus balik dalam 10 minit.
  7. Alhamdulillah....selesai sume, tunggu sejuk jap baru masuk peti....nyum nyum nyum :)





Monday

Singgang Limpa

Selamat berpuasa semua....
Nak kongsi satu menu best...iaitu Singggang Limpa.

Alhamdulillah bersahur tadi dengan lauk singgang limpa. Sampaikan hajat en suami nak makan singgang limpa lembu. Dah agak lama la tak buat lauk ni. Yang selalunya buat singgang daging je lah, tak pun singgang tulang. En suami dapat cari limpa lembu di pasar malam, jadi  ada peluang menyinggang limpa la kita...he he

Superb sedap singgang limpa ni. Sangat sesuai buat makan untuk sahur. Yang agak2 tak lalu makan nasik, inshaaAllah jadi lalu..hi hi
Makan tadi saing dengan limpa goreng garam kunyit.


Resepi sama sebagaimana saya menyinggang daging atau tulang lembu. Jom kita tengok macamana cara2nya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bahan-bahannya:

  • limpa lembu tempatan/frozen
  • bawang merah satu labu besar
  • bawang putih 3 ulas
  • halia 1 setengah inci
  • lengkuas 1 inci
  • 3/4 tangkai cili kering direndam dan dibasuh bersih
  • rempah biji/ketumbar 2 sudu besar
  • 10 biji lada hitam
  • asam keping
  • garam
  • secubit dua gula *berfungsi ganti ajinomoto*

Cara-caranya:
  1. Limpa diptong kiub, dibasuh bersih lalu direbus hingga empuk
  2. Tumbuk ketumbar kasar2 kemudian masukkan cili kering. Tumbuk kasar2/pecah2 gitu je *bukan sampai lumat*. Ketepikan.
  3. Bawang merah, bawang puteh, halia dan lengkuas di mayang.
  4. Sesudah itu masukkan kesemua bahan tadi ke dalam periuk rebusan limpa. Masak lah dengan api yang sederhana.
  5. Tambahkan lada hitam, asam keping, garam dan gula.
  6. Masak lagi hingga 'rasa pallut' *sebati rasa kesemuanya*, baru ditutup api.
  7. Sedia untuk dihidangkan.

***nota: Singgang ini lagi sedap rasanya bila yang dimasak tengahari dihidangkan masa dinner. Lagi lagi lah berpalut....:))

Wassalam.

Menu A - Z