BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday

Menu Ayam Golek

Alhamdulillah buat Ayam Golek hari ini.


Apapun..Innalillah.. dah 12hari semua kena 'stay home' atas Perintah Kawalan Pergerakan(pkp) dek asbab musibah Covid19. Allahu.. PM kita pesan, Just Stay At Home'. Perlu di-ambil siriyes supaya penularannya dapat dicegah InshaaAllah. Tiada daya dan upaya kita melainkan dengan izin Allah.

Banyak2 kita berdoa agar Allah Taala hilangkan wabak penyakit yang merbahaya ini..Aamiinn ya Allah...

Yakinlah kita dengan firman Allah dalam ayat 5 - 8 surah Alam Nasyroh  @ Surah al-Insyirah

...yang bermaksud:
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, {94:5}


(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. {94:6}


Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), {94:7}


Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). {94:8}
~~~~~~~~~~
.

.

.

Sempena duk rumah yang rutin hariannya banyak.. Tidur, bangun, makan kemudian tidur balik ni, maka gigih lah kita sebagai orang dapur menyusun menu tiap hari. Hari ini teringat nak buat ayam golek @ ayam bakar @ ayam panggang. Jadi marinate atau perap siap2 ayam hanya dengan:

  • Bawang puteh
  • Halia
  • Lada hitam(1 sudu besar utk setengah ekor ayam)
  • Garam 
  • Gula

Lada hitam, halia dan bawang puteh ditumbuk. Kemudian lumurkan ayam dengan garam dan gula di-ikuti dengan bahan yang ditumbuk.
Perap lama sikit ya sebelum nak mula bakar/ golek/ panggang ayam tu dalam suhu oven 250'C selama 1 - 1   1/2 jam bergantung pada kepanasan oven masing-masing.

Makanya tadi terhasil lah dengan jayanya Ayam Golek yang alhamdulillah terbaik. Lepas dah abis nasik pun, en suami masih duk makan ayam golek sambil cicah dengan air penyicah yang beli masa balik Kelantan tempohari. Buat Ccolek Ayam la kiranya tu. Ccolek Ayam meme sohor di Kelantan.. 😊👌

Alhamdulillah.







Menu A - Z