BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday

Nasi Kapit Sambal

Alhamdulillah buat Nasi Kapit Sambal pagi semalam. Teringat-ingat nak makan. Itu yang gigih buat kerisiknya dulu pagi-pagi.. he he... Ini makanan faveret saya sejak dulu. Simple je, hanya nasi kapit(nasi impit) cicah sambal nyor..itu saja.

Jom kita tengok resepi macamana nak buat menu Kelantan yang agak popular ini.


Resipi Nasi Kapit Sambal

  • Nasi Impit Segera Adabi/Nona Mini - direbus

Bahan untuk buat Sambal Nyor/kelapa

  • kelapa parut sebiji *digoreng tanpa minyak*
  • Ikan kembung 2 ekor dibakar/rebus kemudian diasingkan dari tulangnya
  • lada hitam 7 - 8 biji
  • bawang merah besar 1/2  labu
  • 2 - 3 hiris halia
  • 2 batang serai
  • 1 keping manisan kelantan/gula melaka
  • garam

Cara membuatnya:
Kesemua bahan ditumbuk dan gaulkan sampai sebati. Sambalnya perlu rasa manis.


Sekian wassalam.

Sunday

Resepi Kerabu Jantung Pisang Versi Kelantan

Alhamdulillah

Bukak pintu dapur pagi tadi ada jantung pisang atas meja di luar pintu dapur. Oh pagi2 lagi en suami dah kerat ambik jantung pisang rupanya. Siap2 bagi hint tu nak makan Kerabu Jantung Pisang lagi.
Alhamdulillah,, sepanjang pkp ni, intai2 kat laman ada 6tandan pisang sedang keluar dari enam pokok pisang. Alhamdulillah hasil tanaman berkat berbudi pada tanah.

Jadi jantungnya kita boleh ambik buat masak2 bila agak2 dah selesai jantung tu produce pisang. So kerat jantung pisang tu then boleh samada celur2 cicah budu/buat Teresek/buat Kerabu💝💝

Tapi awas, jantung pisang Nangka, kakak ipar saya kata tak boleh buat masak. Wallahu'alam.

Okay jom kita tengok resepi bagaimana nak buat kerabu stail Kelantan yang over sedap ini.

KERABU JANTUNG PISANG VERSI KELANTAN

  • sebiji jantung pisang:


Bahan A:

  • Ikan kembong besar seekor(kalau ikan selar kuning 4)*lebihkan ikan untuk rasa yang lebih umph!*
  • lada hitam 7 - 8 biji
  • bawang merah besar(bawang India) 1 labu
Bahan B:
  • bawang holland  1/2 biji di mayang
  • cili merah dimayang(kali ni tak taruk, stok cili merah habis)
  • kelapa parut untuk dibuat kerisik
  • garam
  • gula
  • asam limau nipis/limau kasturi
  • santan KARA 1 kotak + sedikit air(di masak sekejap, bila hampir mendidih, tutup api)

Cara membuatnya:
  1. Ok! Mula2 sekali rebus jantung pisang. Rebus sebijik jantung pisang tanpa dipotong. masukkan sekeping asam keping. /Cucuk dengan lidi untuk test jantung pisang dah empuk atau belum. Bila lidi dengan mudahnya telus sampai ke hujung, okay fine, dah boleh tutup api dan toskan jantung pisang. Potong dua jantung pisang secara memanjang kemudian hiris nipis. Ketepikan.

  2. Panggang ikan untuk jadi ikan bakar(kalau saya nak cepat saya rebuskan saja dengan sedikit air).
  3. Sediakan kerisik: Goreng lebihkurang secawan kelapa parut tanpa minyak sehingga garing dan warna bertukar menjadi perang. Tumbuk kelapa hingga nampak keluar minyak. Ok dah siap kerisik *kerisik ni kalau tengah rajin saya buat lebih sikit, boleh simpan tempat beku, bila nak guna senang, benda dah ada*
  4. Tumbuk lada hitam, kemudian tumbuk bawang dari bahan A, tak lumat sangatpun tak mengapa. Kemudian masukkan ikan yang dipanggang/rebus tadi, tumbuk lagi.
  5. Last sekali, campurkan semua yang dalam lesung tadi, jantung pisang dan kesemua bahan B dalam satu mangkuk besar.

    Kacau-kacaukan hingga rasanya serasi.... masin ada, manis dan masam... Selamat mencuba!




Resepi Kueh Gulung aka Kueh Ketayap

Alhamdulillah, hari dah lewat petang tapi teringat en suami sebut nak makan kueh Gulung @ Kueh Ketayap.
Makanya isi kelapa yang en suami gigih korek sebelum tu dari kelapa muda, terus saya parut jadi kelapa parut.



Buat inti dulu, kemudian baru bancuh adunan untuk kulit luarnya.



Resepi mudah saya buat Kueh Gulung @ Kueh Ketayap.

Bahan2nya:
INTI KELAPA

  • 1/2 biji kelapa parut
  • 1 keping gula melaka/manisan kelantan 
  • Tambahkan 1 sudu besar gula
  • 1/2 cawan air
  • 2 helai daun pandan
  • secubit dua garam
  • 1 sudu kecil tepung beras(bancuh dengan 1sudu besar air)


BAHAN UNTUK PANKEK KUEH

  • 1 cawan tepung
  • 1 biji telur
  • 1/4 cawan santan
  • sedikit garam
  • 3/4 cawan air (air + air daun pandan(mesin dari 3 helai daun pandan)


  • 1 helai daun pandan untuk gliskan kuali leper
  • sedikit minyak masak

~~~~~~~~~~

Cara Membuatnya:
Sediakan inti.  
Masak air dan gula melaka hingga pekat. Masukkan  daun pandan diikuti kelapa parut. Masak hingga agak sebati kelapa dan gula melaka. Masukkan bancuhan tepung beras. Masak hingga agak2 hampir kering. Sejukkan sebentar.

Sediakan pankek kueh:
Bancuh kesemua  bahan. Tuangkan ke dalam blender. Mesin sekejap untuk dapatkan adunan yang licin dan tak berketul. Tahap kepekatannya: bila dileperkan atas kuali, melimpah tidak begitu cepat.

Panaskan kuali, gliskan dengan minyak menggunakan daun pandan yang  disimpul. Curahkan 1/2 senduk batter pankek, golekkan biar jadi bulat sama rata. Biarkan masak baru di angkat.
Buboh sesudu kecil umbu inti atas pankek, lipat ke atas inti dan lipat pula di kedua2 tepinya kemudian gulung dengan kemas.

Alhamdulillah, jemput makannnnn.....

**Update
Ni gambar Kueh Ketayap yang buat buat semalam, second day Ramadhan 1441h. Pun pakai kelapa muda yang ambik kat pokok.






Monday

Resepi Kek Butter Sukat Cawan

Alhamdulillah...


Teringat2 nak makan Butter Cake. Makanya buat juga walau pun time tu dah lewat petang. Sukat bahan pun pakai cawan je kali ni, tak timbang gram2 bagai.

Alhamdulillah kejadian kek sangat lembut, gebu dan tak kering. Sama je kegebuannya dengan kek yang bahan2nya saya timbang dengan alat penimbang digital. Alhamdulillah, sukatan cawan ini menyenangkan kita lebih2 lagi bila kita tiba2 rasa nak buat kek semasa bermusafir di mana2. Asal kan ada telor, gula, butter, esen vanilla, susu segar, baking powder dan tepung gandum, DONE...dah boleh terhasil Kek Butter InshaaAllah.




Okay jom kita tengok resepi Kek Butter yang super soft ini.

RESEPI KEK BUTTER SUKAT CAWAN

Bahan2nya:

  • 1 cawan buttercup
  • 1 cawan gula halus
  • 5 biji telor gred B
  • 2 cawan tepung serbaguna
  • 2  1/4 sudu kecil baking powder
  • 1/4 cawan fresh milk(susu kotak Dutch Lady)
  • 1 sudu kecil esen vanilla


Cara membuatnya:

  1. Asingkan telor putih dan telor kuning. 
  2. Putar telor putih bersama 1/4 cawan gula. Putar hingga adunan kental dan tak jatuh bila di angkat alat pemutar. Okay asingkan sebentar.
  3. Putar pula buttercup dan gula selebihnya (yang sebanyak 3/4 cawan lagi tu) hingga kembang. 
  4. Kemudian masukkan telor kuning satu persatu. Putar hingga ringan dan gebu.
  5. Mula panaskan oven 160'C beserta loyang kek yang dah disapu butter.
  6. Setelah itu dah boleh campurkan adunan telor putih ke dalam adunan butter. Time ni dah boleh kacau hanya dengan senduk kayu. 
  7. Tambahkan tepung dan baking powder diselangselikan dengan susu dan vanilla. Kacau serata dengan senduk kayu sahaja.
  8. Alas dasar loyang kek dengan kertas.
  9. Tuangkan/sendukkan adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 40 minit atau sehingga masak(bergantung pada kepanasan oven masing2).

Alhamdulillah selesai.

Sekian wassalam.

#dudukrumah
#patuhpkp
#putuskanraitaiancovid19
#stayhome
#staysafe








Friday

Puding Karamel Kukus

Alhamdulillah....


Masih duk ulang buat puding karamel yang tak jemu2 nak ambik makan ini. Makan sejuk2 keluar peti ais..ohhh itu yang lepas abih satu ambik satu...

Sementelah kita masih dalam pkp(perintah kawalan pergerakan) yang hari ini masuk hari yang ke 17, makanya banyak masa asyik duk ulang-alik ke dapur je. Kalau dicongak2 banyak km tu berjalan tiap hari, berjalan dalam rumah je pun. #dudukrumah

Innalillah, hari ini Jumaat bermakna dah tiga kali Jumaat en suami dan anak2 semua tidak dapat ke masjid menunaikan Solat Jumaat. Suatu situasi yang tak pernah terfikir pun oleh kita semua boleh terjadi.

Tempoh pkp ini telah dilanjutkan lagi sehingga 14hb April, 2020. Sama2 kita bantu usaha kerajaan untuk hentikan rantaian covid19 dari terus menular. Moga Allah hilangkan wabak penyakit covid19 ini...Aamiinnn ya Allah
#dudukrumah

Okay jom kita tengok resepi Puding Karamel yang super sedap ini. Resepinya sangat mudah tapi hasilnya superb alhamdulillah.

PUDING KARAMEL KUKUS
Bahan untuk gula hangus:
1 cawan gula
1/2  cawan air panas

Bahan untuk puding:
1tin susu cair
1 tin air masak(pakai tin susu cair)
1/2 tin susu pekat FN (3/4 tin jika suka manis)
6 biji telor ayam gred B
Satu sudu kecil esen vanilla

Cara membuatnya:
Masak gula hingga gula jadi perang kegelapan. Masukkan air panas dengan segera untuk hentikan gula dari makin hangus. Kacau2kan ia biar serata dan tuang dalam bekas/loyang yang nak buat puding. Golek2kan biar gula hangus serata di dasar dan tepi loyang. Panaskan susu sebentar jangan sampai mendidih. Tutup api. Ketepikan sebentar. Telor dikepok2 dengan esen vanila biar mesra. Satukan campuran susu dengan telor. Kacau serata. Tapis ke dalam mangkuk lain dan kemudian tapis sekali lagi ke dalam loyang yang dah disalut gula hangus. Kukus selama 20 - 25 minit.

Moga bermanfaat.
Sekian wassalam.

Menu A - Z