BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday

Pindang Tapai

"...jap pa...ada tappear ubi la pa, bulih wat pindde tappear nih!!"

Langkah papa terus terhenti bila tengok saya berhenti kat gerai makcik yang jual ulam dan sayur2 kampung tuh. Mata kami melilau2 tengok semua yang ada kat atas meja tu. Uish nampak macam2 ada... selain dari tapai ubikayu dan tapai beras ada tempoyak, petai jeruk, buah jering, kerdas, pucuk gajus dan beraneka lagi ulam-ulaman lain. Ishk seronok betul datang pasar malam ni....semua benda ada... senang kalu nak cari apa2 yang rasa teringin nak makan tu...
:)

Orite, beli RM2 @ satu
container bulat tapai ubi kayu yang saiz kecik molek semuanya. Kira kira dalam tu ada laa dalam 8 keping semua. Cukup le tu untuk buat Pindde Tappear atau dalam bahasa suratnya disebut Pindang Tapai.

Sedappp sangat pindang tapai ni.... kalu yang belum penah rasa tu, elok sangat kalu nak terai buat sama.....memang best!! :))

RESEPI PINDANG TAPAI
Bahan2nya:

  • tapai ubi kayu RM2@ 7 - 8 keping
  • manisan siam 2 keret *bagi yang tak biasa pakai manisan siam boleh tengok gambar manisannya di sini*
  • pati santan RM1 @ 3 suku cawan
  • daun pandan disimpul
  • secubit dua garam
Cara2nya:
  1. Manisan + sedikit air + daun pandan dimasak hingga manisan cair.
  2. Masukkan santan, masak lagi hingga kuah jadi cair2 likat.
  3. Tambahkan garam.
  4. Masukkan tapai...biarkan mesra dan berpalut dengan kuah baru ditutup api dapur. *finishing jadi lebihkurang macam ketupat sotong sebab kuahnya pekat dan berkilat2 gitu*

Friday

Bubur Pulut Hitam Versi 2




Salam di hari Jumaat yang mulia...

Sekali dengan masak untuk lunch tadi, sempat rebus pulut hitam sama. Rendam pulutnya dari pagi lagi. Siap2 buat Bubur Pulut Hitam untuk hidangan minum petang sebab InsyaAllah anak bujang kami akan balik dari kolej S17, PJ petang ni. Kalau abang sampai lambat alamatnya bukan jadi minum petang, jadi menu untuk supper la jawabnya... makan bubur lepas dinner je la nanti... :)

Pernah sekali post pasal bubur pulut hitam tapi dalam versi buh santan time nak makan. Kali ini post bubur yang masak macam bubur biasa... masak masuk santan sekali arung. Rasa sedapnya lain macam...hehe...mungkin sebab dapat bekalan beras pulut hitam yang cantik bangat.. yang di datangkan khas dari Siam...hehe...Alhamdulillah, dapat beli stoknya dari brader yang regular meniaga depan pasar kami tu... :)

Resepi Bubur Pulut Hitam
Bahan:
1/2(setengah) cawan beras pulut hitam
1/2 karet nise kampung(nise kampung besar dan tebal jadi kalau guna nise siam 1 ++ karet)
secubit dua garam
santan 3/4 cawan
air secukupnya
daun pandan 2 helai

Cara buat bubur pulut hitam:
Rebus beras pulut hitam sampai empuk, tapi jangan sampai pecah beras dan jangan sampai kering air. Bila dah empuk masukkan nise kampung dan daun pandan. Bila nise dah hancur baru masukkan santan dan garam.


Orite, Selamat berhujung minggu sume... jom pakat2 kita ramai2 ke Pesta Buku Antarabangsa esok di PWTC! Saya dan suami dah berkira2 nak cukupkan koleksi majalah SOLUSI kami *mana2 yang tertinggal dari isu 1 - 17*. Semenjak dua menjak ni kami suami-isteri begitu teruja dengan majalah Islamik yang begitu sarat dengan ilmu dan infomasi ini.... :)

Rite.. jumpa di sana!

Thursday

Kerabu Pucuk Paku




"Oh freshnya pucuk paku, sedap ni kalu buat kerabu", bisik hati saya bila tengok pucuk paku kat gerai seorang akak tu nampak segar sangat. "...mesti baru petik ni....", hati duk sibuk berkata2 lagi. :)

Sebenarnya tiap kali nampak pucuk paku, selalunya tak de ingat lain, nak masak lemak kuning je tak pun versi satu lagi goreng ngan bawang, ikan bilis pastu masuk kicap. Kali ini rasa nak tukar selera... buat kerabu pulak.

Alhamdulillah sedap, sama sedap macam kita buat kerabu kacang panjang/nangka muda/jantung pisang. Makin bertambah2 jadinya selera makan... hehe

Jemput tengok resepinya di SINI........


Monday

Nasi Kunyit Raikan Kejayaan Kakak


Alhamdulillah bersempena dengan kejayaan kakak mendapat result yang agak baik dalam SPM tempohari, saya buatlah sedikit pulut kuning dan gulai ayam tanda kesyukuran. Tiada kata2 yang dapat gambarkan rasa syukur sebenarnya, hanya sujud syukur ke hadrat Allah yang telah memberi kurnia...alhamdulillah syukur...timakasih Ya Allah....

Buat Pulut Kuning a.k.a Nasi Kunyit hanya sebanyak 2kg je. Bergulai pun hanya 2 ekor ayam je. Tapi alhamdulillah... berkat barangkali jadi cukup untuk buat makan time minum petang kami di samping dapat bagi2 pula pada 15 rumah jiran2 berdekatan. Abang dan kawannya Da'uh(kawan UIA yang datang ke rumah sejak Jumaat lalu) yang tolong pusing2 satu taman perumahan dengan skuter, bagi-bagikan.

Sebagai ibu, saya berdoa agar Allah mudahkan perjalanan anak2 dalam mengejar ilmu dan mencapai cita2... moga impian menjadi realiti.... aminn


***update 16/3/2010 9.40am
Tentunya ramai yang dah biasa buat pulut kuning ini. Saya letakkan juga resepi khusus buat anak2 yang baru2 nak try buat. Contoh paling dekat, anak2 saya sendiri, rasa2nya tak lepas lagi kalu nak suruh tolong buatkan untuk minum petang kami. Jadi moga resepi yang mama tulis ini dapat membantu...

RESIPI PULUT KUNING
(resepi untuk setengah kilo beras pulut...gandakan bahan2 jika lebih sukatan beras)

Bahan2nya:

  • beras pulut setengah kilo
  • sedikit kunyit hidup
  • pati santan suku cawan *campur air masak biar hasilnya jadi 1 mug atau kurang*
  • garam secukup rasa
  • sedikit gula
  • daun pandan
Cara:
  1. Basuh bersih beras pulut.
  2. Tumbuk kunyit hidup, campur sedikit air kemudian tapiskan untuk mendapatkan warna kuning yang cantik dan mengancam... :)
  3. Rendam beras pulut dengan air kunyit yang ditapis selama 2 - 3 jam *lagi lama lagi elok*
  4. Kemudian sejatkan beras.
  5. Sementara itu, panaskan kukusan dengan air sebanyak 3/4 penuh periuk kukusan.
  6. Kerat2 daun pandan, susun dalam periuk kukusan berlubang.
  7. Masukkan beras dan mula mengukus.
  8. Kukus selama 10 minit - 15 minit.
  9. Keluarkan kemudian arung dalam periuk yang besar pulut tadi bersama santan. Arung rata *sementara itu kecilkan api dapur pada tahap paling kecil*
  10. Bila selesai diarung, besarkan balik api dapur, masukkan balik pulut dalam periuk kukusan berlubang lalu kukuskan balik selama 15 minit. Tidak perlu dilapik lagi di bahagian dasar periuk kukusan sebab beras dah jadi pulut makanya dah tak jatuh dari lubang.
  11. Selepas 15 minit, dah boleh angkat dan tunggu sebentar sebelum dihidangkan.
**tip: pulut yang sudah dimasak jangan dibiarkan terdedah. Ia boleh menyebabkan pulut menjadi kering dan keras. Selepas masak, elok dialihkan masuk ke dalam periuk/bekas lain. Selepas dibiarkan seketika*tunggu sejuk sedikit* bolehlah ditutupkan periuk/bekas tersebut.


RESIPI GULAI AYAM
boleh lihat di SINI.....


Sekian, Wassalam


Sunday

Pulut Sekaya



Assalamualaikum....

Sebut pasal kueh, selalu tak lepas citer pasal pulut....hehe.... saya memang suka makan pulut. Kalau banyak stok pulut kat rumah, rasa senang hati. Boleh buat macam-macam. Tiap kali buat pengat memang tak miss tanak pulut sama dalam rice cooker paling kecik yang just nice boleh muat untuk secawan dua beras pulut.... :)
Selain untuk Pengat dan makanan asasi kami iaitu Pulut Pagi, saya variety kan lagi penggunaan pulut dengan buat kueh2 lain seperti Kueh Lopes, Pulut Seri Muka, Ketupat Sotong dan sesekali buat Pulut Kuning makan dengan Gulai Ayam....mmmmm best!

Kali ini nak tunjuk Pulut Sekaya pulak untuk variasi pulut nih. Pulut Sekaya memang sedap dan cepat nak membuatnya. Senang, jika tiada bahan2 lain untuk buat kueh minum petang, kalu ada pulut, manisan dan telor...hah jadik.... akan terhasillah Pulut Sekaya satu loyang buat hidangan minum petang sekeluarga.... hehe
Jom kita tengok resepinya camne..... :)

RESEPI PULUT SEKAYA
Bahan2nya:

  • Secawan beras pulut *untuk lebih tebal lapisan pulut boleh buat secawan setengah*
  • pati santan setengah cawan dicampur dengan air masak
  • 4 biji telor
  • 2 keret manisan siam
  • daun pandan di simpul
  • secubit dua garam

Cara:
  1. Cairkan manisan + sedikit air + daun pandan yang disimpul.
  2. Kukus pulut + santan + sedikit garam + daun pandan yang disimpul. Santan paras2 tenggelam pulut.
  3. Bila manisan dah cair, keluarkan daun pandan dan sejukkan sebentar.
  4. Kepok telor kemudian masukkan manisan. Kepok lagi biar mesra ke dua-duanya. Tambahkan secubit dua garam.
  5. Bila pulut masak, keluarkan daun pandan, karih2kan pulut biar serata kemudian tekan2 kan sedikit biar padat di dalam loyang.
  6. Kukus balik pulut selama 5 minit.
  7. Sesudah itu taburkan sedikit gandum di atas pulut lalu dicurahkan adunan telor dan manisan ke atas nya.
  8. Kukus lah sampai masak +- 15 hingga 20 minit.
  9. Tunggu sejuk, baru elok untuk dihidangkan.....

Sekian, selamat mencuba... :))


**update 15/3/2010 3.10 pm

Ramai yang bertanya tentang '2 keret manisan Siam' yang saya maksudkan dalam entri di atas. Ada di antara kawan2 yang tak biasa pakai manisan siam itu....mungkin you all biasa guna gula kabung atau gula melaka bilamana buat pengat atau kueh2 lainnya. Jadi saya up-datekan info pasal manisan ini dengan tayangkan sekali gambar nak tunjuk camana rupanya manisan tu. Tapi yang tunjuk ni manisannya nipis sedikit... itu la, kadang beli saiz nya tak tentu kadang besar sikit kadang kecik sikit. Jadi kalu nipis macam gini saya lebihkan sikit instead of guna 2 keret, saya lebihkan biar jadi 2 keret setengah untuk kuantiti resepi kali ini.

Manisan siam ini bagi yang duduk area KL boleh dapatkan ia di salah-satu lot kedai *orang kelantan* di Pasar Borong Selayang. Macam saya sekarang agak senang untuk dapat bekalan barang2 makan dari siam ini sebab ada seorang pembekal yang regular membekalkannya di pasar kami pada setiap hari minggu samada Sabtu atau Ahad...Alhamdulillah syukurlah, Allah permudahkan urusan... :)

Menu A - Z