Assalamualaikum....
Saya ni baru balik dari pasar..... :)
Teringat nak postkan N3 pasal kek lapis kukus yang buat semalam. Dah 2nd time buat masuk kali ni. Mula2 buat 2 hari lepas *hari khamis*... dek kerana terpesona tengok kek lapis kukus ni dekat blog Idah yang pamerkan kek lapis dengan kaler yang amat mengancam...cantik dan ceria...hehehe
Yang mula-mula tu ac-hoc buat, dah pukul 11.30 waktu tempatan baru nak mula bancuh kek, alhamdulillah niatnya untuk di bawak pegi kelas jam 3 petang.
Syukurlah percubaan pertama itu kira menjadi juga la walaupun kaler pucat sikit, nampak lembut dan ayu..... Maka dengan sukacitanya selamatlah bawak kek lapis saing dengan rambutan yang dah masak kat laman tu, pegi kelas kat Surau Al-Bayan.
Dah sume suka dan kata sedap, buat lah lagi 2nd round sebab semalam dua dua anak yang duk hostel balik umah. Tapi kali ni pekatkan sikit kaler, nak kasi lebih attractive dan ceria gitu..... :) So macam ni lah hasilnya..... :)
Jadi dengan berbesar hatinya saya rekemen lah kawan2, jemput try ramai2 buat resepi ni...memang sedap dan berbaloi. *saya dah pernah try buat kek lapis versi bakar dua tiga kali tapi yang bakar memang banyak pakai telor. So ya ng kukus ni jimat la sikit kosnya....hehe *
Resepi Kek Lapis Kukus Hawflakes
Bahan-bahan:
5 biji telur-grade A yang sejuk(dari peti ais)
Saturday
Kek Lapis Kukus Hawflakes
Posted by fzi at 10:40 28 comments
Labels: Kek Lapis Kukus
Thursday
Muffin
Pagi ni teringat nak citer pasal rangkaian percubaan membuat muffin.... yang selamat dicuba dari beberapa resepi pilihan.... :)
Kiranya 'tayangan selingan' la ni dalam MENU, sajer nak war-warkan semangat ber'muffin' yang semakin menjadi2 pulak sekarang ni....hehehe
Masa saya buat makan2 sikit hari tu untuk raikan kengkawan anak2, buat la muffin ini untuk pelbagaikan menu di meja hidangan... alhamdulillah, sume nampak suka dengan muffin ni... maklumlah senang nak ambik, berbanding kek kena potong2.... :)
Banyak juga resepi muffin yang dicuba, tapi kali ni jom tengok 3 rangkaian muffin terpilih yang saya sukeeee.... sumenya alhamdulillah menjadik, padahal hari tu saya main pilih je nak buat pakai resepi yang mana satu....intai tengok resepi, check bahan ada tidak, kebetulan ada, OK jadik.....hehehe
Tq buat CMG, Rinnchan fotopages dan Noreen UK yang sudi berkongsi resepi.... akak c & p resepinya dekat sini ya....tqvm
Bahan Disatukan Dan Diayak:-
250 g tepung gandum
2 camca teh baking powder
1/2 camca teh soda bicarbonate
2 camca besar serbuk koko
Bahan Disatukan Dan Kacau Rata:-
250 ml susu segar
90 ml minyak sayur/jagung
1 biji telur gred A
1 camca teh esen vanilla
Bahan Lain:-
175 g gula halus
150 g chocolate chips
50 g chocolate chips, utk hiasan
Cara membuatnya:-
- Dalam satu bekas, satukan bahan2 diayak bersama gula halus dan 150 g chocolate chips, gaul rata. Tuang bahan2 yang dikacau rata dan gaul hingg semua sebati dan mesra.
- Sudukan bancuhan muffin tadi ke dalam muffin cup 3/4 penuh dan hias dgn taburan coklat chips, buat hingga siap
- Bakar dalam oven pada suhu 180Cm selama 18 - 20 minit. Sejukkan sebelum dihidangkan. Sesuai untuk minum petang bersama keluarga...
MUFFIN PANDAN
Sumber : -Cari.com
Bahan-bahan:
200gm tepung gandum
1 1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bikabonat
1/2 tsp garam halus
120gm gula castor
200ml santan kelapa (dalam kotak)
100ml minyak jagung
2 biji telur
*1 tsp pandan paste (Boleh bubuh extra kalau nak lebih hijau)
*1/2 tsp pandan essence
Bahan topping ikut selera - Almond slices, kismis, ceri etc.
Nota :
*Sekiranya tiada pandan paste atau pandan essence, boleh blend 5-7 helai daun pandan bersama 200ml santan di atas dan tapis ya .
Cara-cara:
1. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Sediakan loyang muffin dan paperliners.
2. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalam
sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker.
3. Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemua
bahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lumpy).
4. Isikan adunan ke dalam paperliners dan taburkan kepingan almond di atasnya.
5. Bakar selama 20minit.
Bahan-bahan (12 biji bergantung pada size muffin cases):
2 cawan tepung naik sendiri
3/4 cawan gula kastor
1/2 cawan susu segar
125gm mentega - dicairkan dan dibiarkan sejuk pada suhu bilik
2 biji telur - dipukul sedikit
1 camt esen vanila
250gm strawberries - potong kecil dan chopped
cara:
1. panaskan oven pada suhu 200C dan susunkan muffin cases ke dalam muffin pan. ketepikan
2. satukan tepung dan gula ke dalam mixing bowl dan gaul rata. buatkan lubang ditengah2
3. sementara itu satukan susu, mentega cair, telur dan esen vanila ke dalam jug dan kacaukan sebati. setelah itu tuangkan ke dalam adunan tepung tadi dan masukkan strawberries. kacaukan adunan sehingga sebati tetapi jangan terlalu overmix nanti cupcakes menjadi keras
4. sudukan adunan ke dalam muffin cases dan bakar selama 12-15 min atau sehingga masak
Sekian....
Posted by fzi at 08:02 16 comments
Labels: muffin
Tuesday
Nasi Lemak
Tiba-tiba je datang ilham nak buat nasik lemak tengahari ni. Semuanya bermula lepas singgah di blog NurIndah yang buat nasi lemak untuk sarapan pagi tadi. Tq Nur... bagi idea kat akak untuk pekena nasi lemak pulak hari ni....hehe
Lepas je tinggalkan komen dekat blog Nur, terus bangun dan keluar ikut pintu dapur... nak pegi kerat daun pandan. Amboi! drastiknya tindakan...hahaha
Kebetulan saya baru tambah beli stok ikan bilis, jadi lagi berkobar-kobar la semangat tu. Alhamdulillah, selalu dapat bekalan ikan bilis Langkawi dari gerai Wak yang meniaga di Pasar Kuala Kubu Bharu. Sedap...tak masin....Kalau ada yang nak tau kisah saya masa beli ikan bilis ni sila klik di SINI.
Saya kalau ke sana, beli ikan bilis sampai 3 saiz, senang nak masak....heheh... sume lain2 function....untuk yang buat sambal nasik lemak kena saiz sederhana, untuk yang goreng kering2 ngan bawang dan cili guna saiz paling kecil bermata biru, manakala yang saiz besar pulak untuk dibuat Sambal Kacang Ikan Bilis.... :))
Saya pasti semua dah expert nih buat nasi lemak.... sajer tuliskan resepi khusus buat anak2ku *nnt besok2 kalu lupa cara nak masak nasik lemak, boleh refer resepi nasik lemak mama ni ya...ini resepi yang paling basic, nak tambah lauk2 lain, lagi la kenyang anak2ku..... :) *
Resepi Nasi Lemak
Bahan2nya untuk nasi:
- nasi 2 pot kecil
- santan RM0.50 sen/hampir setengah cawan
- sedikit garam
- 2 helai daun pandan disimpul
- 1 inci halia dipotong 2 bahagian
- Masak nasi macam biasa cuma kurangkan sikit kadar air sebab nak masuk santan.
- Masukkan daun pandan + halia*jangan diketuk* + garam dalam rice cooker.
Bahan untuk sambal:
*double kan untuk yang suka makan sambal banyak*
- sedikit ikan bilis
- ##segenggam cili kering
- ##bawang merah besar 1 labu
- ##bawang puteh seulas
- air asam jawa *asam keping pun boleh, no hal*
- sedikit belacan
- garam
- gula
- Blend bahan2 bertanda ##, kemudian mulalah menumis.
- Seterusnya masukkan air asam jawa, belacan, garam dan gula *lebihkan sukatan gula*
- Bila tumisan dah masak cantik, masukkan ikan bilis....masak lagi hingga serata semua rasa dan sambal tumis cantik berkilat.
- ikan bilis saiz paling kecil bermata biru digoreng
- kacang tanah digoreng *ada..tadi saya lupa pulak nak goreng*
- telor rebus
- timun batang dihiris menyerong
Sekian.....
Posted by fzi at 11:38 16 comments
Labels: Nasi Lemak
Monday
Popia Goreng
Bila sebut popia goreng teringat masa moreh kat masjid bulan puasa hari tu. Abang (anak sulung) yang dapat balik time weekend je berpeluang ikut berterawih bersama2 di masjid. Maka boleh le pula merasa juadah moreh yang disediakan. Saya tengok abang macam suka sangat dengan popia nih... tu yang kadang saya ambik tapau bawak balik lima enam keping lagi kalu nampak ada banyak berlebih tu....hehe
Dua hari lepas saya buatlah popia goreng ini sebagai juadah minum petang kami. Abang dah nak balik hostel, dah abih cuti dah setelah 3 minggu dapat temankan saya di rumah. 2 in one le kiranya buat popia ni, satu sempena abang yang dah nak balik uia untuk mulakan 2nd Semenster nya dan satu lagi untuk raikan befday kakak(anak kedua) sekali lagi... :)
Resepi Popia Goreng
Bahan2nya:
- kulit popia saiz besar
- sengkuang
- carrot
- isi udang dipotong dadu
- 2 ulas bawang puteh dicincang
- garam
Cara buatnya:
- Sengkuang dan carrot dikupas kulit dan di mayang nipis *saya mesin dalam food-processor je*
- Tumiskan bawang putih.
- Kemudian masukkan isi udang hidup yang telah siap dipotong dadu.
- Masukkan sengkuang dan carrot. Perisakan dengan garam.
- Toskan inti popia dengan penapis berlubang agar keluar semua air dari sayuran tersebut. Jika tak ditoskan, kulit popia akan basah bila diletakkan inti ke atasnya dan akan mudah koyak. Sudukan inti ke atas kulit popia dan gulung longgar² agar kejadiannya nanti rangup dan fluffy.
- Oleskan hujung gulungan popia dengan bancuhan air + tepung untuk tujuan sebagai pelekat.
- Dah siap semua, bolehlah digoreng dalam minyak panas yang penuh *terendam*
Bahan sos penyicah/air lada untuk dimakan cicah dengan popia:
- cili merah 5 - 6 biji
- bawang putih seulas
- air masak setengah cawan
- gula 1 cawan atau kurang
- sedikit garam
- cuka 5 sudu besar
- 1 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan 1/4 cawan air)
Mesin semua bahan kemudian masaklah....tambah bancuhan tepung, masak hingga sos jadi cair² likat.
**p/s.....Inti untuk popia ni macam-macam boleh buat... kalu ada isi ayam, daging dan tauhu boleh dipotong dadu.... boleh juga dimasukkan taugeh dan kangkung ....pendekkata banyak pilihan bahan untuk dibuat inti popia. Tapi hari tu kebetulan saya ada carrot dan sengkuang je...jadi buat guna apa yang ada je lah.... :)
Update***gambar terbaru popia goreng hari ini 26Mei23💞
Posted by fzi at 09:22 9 comments
Labels: Popia Goreng
Friday
Nasi Kaya Gerodok Ubi....tunjuk-cara
Minggu lepas semangat membeli ubi bukan main menjadi2 lagi. Berapa trip beli ubi. Seingat saya dari minggu lepas membawa ke minggu ni, dah 3 kali saya pegi duk pilih ubi. Bukan setakat ubi kayu, bila berpaling tengok keledek yang gemok2 tu... cepat je tangan pilih keledek pula.
Bukan apa, saya selalu rasa senang hati kalu banyak benda2 macam ni kat rumah. Bila tiba time malas2 tu, senang.... buat kueh2 yang pakai ubi ni je.... kueh cek mek jadi, keria jadi, pengat ubi jadi, sira ubi dan goreng ubi pun jadi malah satu lagi yang tak jemu2 buat dari dulu kini dan selamanya iaitu...Nasi Kaya Gerodok Ubi....pun jadi!! hehehe *faveret suami dan anak2 tu.....tapi suami saya panggil kueh ni dengan gelaran 'Seri Kaya Ubi'*
Ada permintaan baru2 ini dari seorang sahabat via fon-call, mintak buat tunjuk cara camana nak buat gerodok ni. Beliau tak leh nak imagine nak buatnya camne, maklumlah tak biasa dengan kueh tu walaupun dengar dari cerita saya melalui posting tempohari, bunyi macam senang je... :)
Ok lah.... untuk sampaikan hajat beliau.... jom kita tengok langkah demi langkah lagumana tunjuk-cara nya.... :)
masak sampai cair2 likat....
masukkan daun pandan yang disimpul...
masukkan pula bunga cengkih
kombain together telor dengan keledek
yang dihiris nipis, kepok2 sedikit (pukul main2)....
tambahkan sedikit garam dalam bancuhan.
tutup periuk....
masak dengan menggunakan api yang sederhana pada mulanya....
selepas beberapa minit, masak guna api kecil....
di saat2 akhir nak masak, kena hati2 takut hangit
Posted by fzi at 07:06 11 comments
Labels: Nasi Kaya Gerodok Ubi
Wednesday
Hadiah Dari Ain
Pon! Pon!!
Petang semalam semasa saya di dapur, terdengar bunyi hon kereta kat depan. Loceng kat pagar dah lama rosak, memang susah la sikit bagi siapa2 yang nak memanggil orang kat dalam rumah. Kalau kawan2 yang datang, memang kena call lah bila dah sampai depan rumah....
Berlari sikit pegi jengok 'siapa' kat luar, intai melalui sliding door.... Ohh...rupanya van Pos Laju yang berhenti betul2 depan rumah.
....................
...Sukanya hati.... alhamdulillah... dapat kiriman sesuatu yang istimewa dari Ain *teman blogger yang sekarang menetap di Masai, Johor*.
Ain dah inform thru e-mail dua tiga hari lepas nak kirimkan saya acuan kueh cara yang bermotif bunga2....cantikkkk sangat....ain kirim dua keping acuan, yang berbeza saiz bunganya, satu bunga kecil, satu lagi saiz bunga yang besar sikit...
TQVM ain.... first time akak dapat hadiah dari rakan blogger.... tq sebab akak tersenarai untuk dapat hadiah dari ain tanda persabatan yang selama ini hanya berlangsung melalui tulisan di paparan monitor....
InsyaAllah boleh buat macam2 guna acuan yang ain kasi ni.... kueh cara boleh, akok boleh, baulu boleh, putu kacang pun boleh....nanti bila akak jadi buat sume-sume tu akak postkan N3 ya....heheh
Orite ain, sekali lagi tima kasih ya....budimu dikenang..... :))
Posted by fzi at 09:03 8 comments
Labels: hadiah dari Ain
Tuesday
Soto dan Bergedil
Mula2 sekali nak war2kan yang Soto dan Bergedil ni rasa2nya bukan lah termasuk dalam masakan Kelate. Tak sure saya masakan ni asalnya dari negeri mana. Tapi yang pasti, ia dah jadi salah-satu faveret pulak kat rumah kami.
Atas permintaan Anie dari Kota Kinabalu yang tanya dekat SINI, saya postkan juga citer pasal Soto dan Bergedil ni. Takpelah, lari sikit je dari konsep asal MENU yang asalnya hanya nak citer2 pasal masakan Kelantan only...heheh...
Resepi Soto
- Nasi Impit segera direbus hingga masak
- 1 ekor ayam *dipotong 4*
- Rempah sup Adabi
- Sup bonjot
- rempah 4 sekawan *kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih*
- halia
- bawang puteh
- bawang merah
- suku cawan santan *jika suka*
- bawang goreng
Cara nak buatnya:
- Tumis rempah 4 sekawan. Kemudian tumiskan pula bawang merah, bawang puteh dan halia ditumbuk. Masukkan rempah sup, dikacau-kacau sebelum dimasukkan kepingan ayam. Balik2kan ayam, biar serasi dengan rempah yang ditumis.
- Masukkan air *mengikut sukatan yang dikehendaki*.
- Bila menggelegak, masukkan santan dan sup bonjot.
- Perasakan dengan garam.
- Keluarkan ayam, siat2kan isinya dengan menggunakan garfu untuk dijadikan bahan hiasan dan tabur semasa menghidang soto. Masukkan balik tulang ayam ke dalam sup. Masak untuk sekali lagi menggelegak. Taburkan bawang goreng, tutup periuk, tutup api.
Bahan hiasan dan tabur pada hidangan Soto:
- so'un digoreng
- bawang goreng
- kacang tanah digoreng
- daun sup/daun ketumbar dimayang
- kicap pedas *cili api ditumbuk + kicap + garam + perahan limau nipis*
- isi ayam rebusan yang disiat2
- bergedil
Resepi Bergedil
- daging lembu 1kg *di potong tebal kemudiannya direbus*
- kentang 7 - 8 biji (saiz besar) *dikupas kulit, dihiris ala2 wedges kfc kemudiannya digoreng*
- lada benar *lada hitam/lada sulah* ditumbuk
- bawang merah 1 labu besar
- bawang puteh seulas
- halia 1 inci
- garam secukup rasa
- 2 biji telor
- Daging yang direbus dimesin dalam pengisar kering/ditumbuk
- Bawang merah, bawang puteh dan halia dimesin kering, kemudiannya mesinkan pula kentang yang siap digoreng tadi.
- Tambahkan garam dan lada benar.
- Gaulkan dengan daging yang siap dimesin sebelum tu.
- Bila semua bahan dah sebati, kepal2kan bulat/leper mengikut citarasa sendiri.
- Celup dalam bancuhan telur terlebih dahulu sebelum digoreng dalam minyak penuh *terendam*
Posted by fzi at 06:58 10 comments
Labels: Soto dan Bergedil
Friday
Ikan Percik
Petang semalam memanggang lagi.....
...kali ini buat Ikan Percik pulak. Kakak yang sepatutnya balik hari ini, dapat balik sehari lebih awal sempena cuti depavali. Oklah...dapat lah lama sikit kakak kat rumah.
Saya dah plan siap2 kalau kakak balik nak buat percik lagi. Ikan kembong fresh yang beli kat gerai Mie Ustaz Sobri hari tu ada belen 6 ekor lagi, bolehlah dibuat percik. Nak cukupkan lauk, buat percik ayam sekali lagi yang ada lagi 2 keping....
..mmmm..... sedappp percik ni... lebih2 lagi ikan, saya suka ikan... kalu hari2 makan ikan percik pun takpe.....tak jemu rasa.... :))
Resepi Ikan Percik
- 6 ekor ikan kembong di perap dengan garam + halia + bawang puteh
- 2 labu bawang merah besar *
- seulas bawang puteh *
- seinci halia *
- 3 tangkai cili kering *
- santan untuk kuah percik
- manisan *
- garam
- sedikit tepung beras untuk pekatkan kuah
- 1 asam keping
- Mula2 sekali, kuatkan hati hadapi cabaran untuk nak hidupkan api dari dapur arang....hehe *bab ni yang saya selalu surrender...amat mencabar kesabaran* :)
- Masak santan + bahan2 yang bertanda * (yang sudah siap ditumbuk) + asam keping + tepung beras
- Tambahkan garam. Kalau kurang manis dari rasa manisan tadi, tambahkan sedikit gula (kuah percik harus ada rasa manis)
- Kuah dikacau-kacau supaya tidak pecah minyak. Bila sekali gelegak, terus tutup api.
- Mulalah memanggang ikan sampai masak sempurna. Setelah masak ikan, salutkan ia dengan kuah percik. Di panggang sekejap kemudian lumurkan pula kuah percik pada sebelah ikan yang satu lagi. Ulangi proses menyalut kuah percik pada ikan bakar dua tiga kali.
- Simpan lebihan kuah percik untuk dimakan cicah2 ikan percik dengan nasi nanti.
Posted by fzi at 09:35 9 comments
Labels: Ikan Percik
Wednesday
Ayam Percik
Semangat memanggang ayam atau ikan selalu berkobar2 kalau anak bujang ada kat rumah. Kita orang bagi gelaran kat abang sebagai 'kaki bakar' sebab dalam bab2 membakar ni samada buat ikan bakar ke, ayam bakar ke, sate ke.... boleh serah kat abang...memang boleh diharapkan....hehe
So semalam masa beli ayam saya mintak potong salah-satunya 'potong empat je' untuk tujuan buat Ayam Percik. Abang dah sebut nak makan ayam percik sejak minggu lepas lagi. Jadi terlaksanalah projek menu ayam percik untuk kami anak-beranak makan time dinner malam tadi.... :)
Jom intai resepi.....
Resepi Ayam Percik Kelate
- Setengah ekor ayam (dijadikan 2 keping besar) di perap dengan garam + halia + bawang puteh
- 2 labu bawang merah besar *
- seulas bawang puteh *
- seinci halia *
- 3 tangkai cili kering *
- sedikit santan untuk direnehkan sekejap dengan ayam
- santan untuk kuah percik
- manisan *
- garam
- sedikit tepung beras untuk pekatkan kuah
- 1 asam keping
- Ayam yang diperap, direnehkan sekejap dalam sedikit santan. Bila santan nampak menggelegak, balikkan ayam. Selepas beberapa saat tutup api.
- Mula lah bakar ayam sehingga masak.
- Sementara ayam masak, masak santan + bahan2 yang bertanda * (yang sudah siap ditumbuk) + asam keping + tepung beras
- Tambahkan garam. Kalau kurang manis dari rasa manisan tadi, tambahkan sedikit gula (kuah percik harus ada rasa manis)
- Kuah dikacau-kacau supaya tidak pecah minyak. Bila sekali gelegak, terus tutup api.
- Bila ayam sudah dibakar sempurna, salutkan ayam dengan kuah percik. Di panggang sekejap kemudian lumurkan pula kuah percik pada sebelah ayam yang satu lagi. Ulangi proses menyalut kuah percik pada ayam bakar dua tiga kali.
- Simpan lebihan kuah percik untuk dimakan cicah2 ayam percik dengan nasi nanti.
Posted by fzi at 12:40 5 comments
Labels: Ayam Percik
Ubi Kayu Rebus
Malam tadi, masa semua duk bersantai lepas dinner, saya lantas bangun lagi menuju ke dapur. Teringat dah janji kat papa dalam telefon di sebelah siangnya nak rebus ubi kayu malam nanti. Sedap tu bila dicicah kelapa.... :D
Pagi semalam semasa melintas kat gerai pakcik yang jual sayur2 kampung tu, nampak ubi kayu macam fresh je....bila tanya pakcik tu, ternyata betul fresh....keluar getah2 putih bila pakcik tu patahkan sepotong ubi kayu depan saya....
"Berapa pakcik?", tanya saya lepas pakcik siap timbang ubi yang saya mintak beliau tolong pilihkan sebelum tu.
" mmmm....6 inggit", balas pakcik tu sambil tersenyum.
Hah??
"Errr...banyak le pulak rasanya tu, buang la sikit pakcik, bagi dalam 3 inggit je...", kata saya yang sedikit terkejut dengan jumlah RM yang disebut beliau. Takkan banyak benar nak beli ubi kayu ni...sampai 6 inggit...heheh
Posted by fzi at 12:15 4 comments
Labels: Ubi Kayu Rebus
Sira Labu lagi....
Anak2 merungut2 tak puas makan Sira labu masa kawan saya Mona and the gang datang Isnin lalu. Sume dapat dua tiga hiris je, jadi bila diaorang nak ulang makan lepas dinner, jengok2 dalam periuk...dah abis.... hehe
Jadi semalam semasa ke pasar dengan Shilah, nampak labu kuning gemok2 belaka. Huh...apa lagi, beli pulok untuk buat sigho labu lagi.....*kuat betul makan manis2 dua tiga menjak ni... aishh...*
Kalau ada yang berminat nak menyira labu, jom tengok camana cara-caranya....pernah dulu cerita cara nak buat Sira Labu kat sini..... :)
Resepi Sira Labu
- Setengah biji labu dikupas kulit, dibasuh dan direndam air kapur *saya rendam dari pagi, petang baru dimasak(fungsi air kapur untuk buat labu lebih kental dan cantik bila disira)*
- Setelah dibasuh bersih, sejatkan.
- Masak gula secawan + air + 2 helai daun pandan yang disimpul + tujuh lapan biji bunga cengkih + dua tiga titik pewarna kuning *untuk kasi ceria kaler*
- Masak biar agak likat baru dimasukkan labu, taburkan sedikit lagi gula di atasnya.
- Masak lah sampai air sira pekat(berbuih-buih)
- Dah siap.....
*** Cari labu yang kulitnya kuning (labu tua)
Posted by fzi at 11:56 0 comments
Labels: Sira Labu
Tuesday
Bubur Pulut Hitam
Hari ni sampaikan hajat Shilah nak makan bubur pulut hitam. Dah dua tiga kali duk tanya saya bila nak buat. Alang2 beras pulut hitam dah beli minggu lalu, orite lah jadilah buat hari ni...terus sukat dalam secawan, basuh bersih2 kemudiannya rendam sekejap.
Bubur ini ada 2 cara nak masaknya. Satu masak masuk santan sekali, satu lagi santan di asingkan dari bubur yang sedang dimasak.
Saya selalunya memilih untuk masak guna cara yang kedua....rasa lemak2 manis gitu.... rasa macam lebih sedap sikit berbanding cara pertama... :))
Resepi Bubur Pulut Hitam
- beras pulut hitam secawan
- santan rm1 + garam *dimasak sekejap, sekali gelegak terus tutup api*
- manisan siam 2 keret
- gula untuk sempurnakan rasa manis
- daun pandan 2 helai disimpulkan
- Beras pulut yang direndam direbus dengan air sampai empuk.
- Bila dah empuk tu, masukkan manisan, gula serta daun pandan *sama macam masak pengat dsb*
- Bila hendak makan baru disudukan santan ke dalam mangkuk bubur.
Bubur Pulut Hitam versi 2(campur santan terus) ada di sini...
Posted by fzi at 20:40 4 comments
Labels: Bubur Pulut Hitam
Popular Posts
Menu A - Z
- Agar2 Kelapa Gading
- Agar2 Merah aka Beledo Merah
- Aiskrim Malaysia Perisa Tebu
- Akok Kelate dan Akok Kemboja
- Ambong Pelangi
- Asam Pedas Ayam
- Asam Pedas Daging
- Asam Pedas Ikan Tenggiri
- Ayam Bakar
- Ayam Golek
- Ayam Kicap
- Ayam Percik
- banana split
- Bawang Goreng Rangup
- BeKe
- Beke Roti
- belebat ubi stelo
- Bihun Goreng
- Bihun Rebus
- botol isi rempah
- Brownies Choc
- Bubur Jagung
- Bubur Kacang
- Bubur Pulut Hitam
- Budu Durian
- cek mek
- Cempedak Goreng
- chapati
- Chicken Chop
- Collek Nise
- Cupcake Pisang
- Daging Goreng Buku
- Daging Masak Hitam
- Gulai Ayam
- Gulai Darat
- Gulai Ikan Masin
- Gulai Kawah
- Gulai Ketam
- Gulai Nasi Belauk
- Gulai Nasi Berlauk (Versi 2)
- Gulai Nasi Dagang
- Gulai Telor
- Gulai Telor Masin
- hadiah dari Ain
- Ikan Celup Tepung
- Ikan Cencaru Sumbat
- Ikan Percik
- Ikan Percik Kuah Puteh
- Ikan Rebus
- Ikan Siakap Sweet Sour
- Ikan Terubuk Bakar cicah Air Asam
- Jeput Durian
- Jeput Pisang Emas
- Jeruk Kedondong
- Jeruk Pauh
- Jus Pegaga
- Kacang Panjang Goreng Sambal
- kari Ikan Kembong
- Kari Ikan Tenggiri
- Karipap
- Kek Batik
- Kek Black Forest
- Kek Butter
- Kek Caramel Cheese Mini
- Kek Karamel
- Kek Lapis Kukus
- Kek Marble
- Kek Pisang
- Kek Pisang Lembab
- Kerabu Jantung Pisang
- Kerabu Kacang Botol
- kerabu Kacang Panjang
- Kerabu Pucuk Paku
- Kerutup Daging
- Kerutup Darat
- Kerutup Udang
- Ketupat Sotong
- Kiriman dari Zalieda
- koleh ubi kayu
- kosu
- Kuah Kacang dan Sambal Nasi Impit
- Kuah Rojak
- Kueh Bengkang Jagung
- Kueh Gulung/Ketayap
- Kueh Lapis Pandan
- Kueh Lopes
- Kueh Sagu
- Kuih Taik Itik
- Lala Masak Lemak
- Lawar
- Lempeng Pisang
- Lempok Durian
- Lepat Pisang
- Lompat Tikam
- macaroni tomyam
- Makaroni Goreng
- Mee Goreng
- menu raya
- muffin
- muffin asas
- muffin asas (di-upgred-kan)
- muffin best ever
- muffin black forest
- Nasi Ayam FzMenu
- Nasi Berlauk
- Nasi Dagang
- Nasi Goreng Kampung
- Nasi Impit
- Nasi Kapit Sambal
- Nasi Kaya Gerodok Ubi
- Nasi Kerabu Kuning
- Nasi Lemak
- Nasi Minyak
- Nasi Tomato
- Nasik Kapit Kawin
- Nasik Kunyit a.k.a Pulut Kuning
- Nasik Manis buboh Nangka
- Ondeh-ondeh Merdeka
- oven untuk cookies
- Pajeri Nenas
- Pavlova
- pavlova coklat
- Pengat Butir Nako
- Pengat Pisang
- Pengat Ubi Stelo
- petai jeruk
- Pindang Tapai
- Pisang Goreng Tabur Gula
- Pisang Rebus
- Popia Goreng
- Puding Karamel
- Puding Telor aka Puding Gula Hangus
- Pulut Berinti
- Pulut Durian
- Pulut Pagi
- Pulut Sekaya
- Pulut Seri Muka
- red velvet cupcake
- Rendang Ayam
- Rojak Mee Kelate
- Roti Boom
- Roti Canai
- Roti Jala
- Roti Nyior
- Sagupal
- Sambal Belacan
- Sambal Kacang Ikan Bilis
- Sambal Nasi Impit
- sambal Putik Pauh
- Sambal Tempoyak
- satay
- sayur air
- Singgang Daging
- singgang ikan
- Singgang Limpa
- Singgang Tulang
- Sira Labu
- Sira Pisang
- Solok Ikan
- Solok Lada
- Soto dan Bergedil
- Sotong Goreng Garam Kunyit
- Sotong Masak Hitam
- sugho kelate
- sup ayam
- Sup Gear-Box
- Tapai Pulut
- Tapai Pulut
- Taugeh
- Tepung Bukuh
- Tepung Pelita
- Teresek Jantung Pisang
- teresek kacang panjang
- Ubi Kayu Rebus
- Ubi stelor rebus