BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday

Menyinggang pagi2

Ada la satu hari tu, pagi2 lagi masuk dapur... menyinggang.  Masa bangun solat subuh dah siap2 keluarkan daging lembu tempatan yang sekilo tu.  Dah plan nak buat macam2 keje pagi tu, sume guna tulang empat kerat... heheh.. nak pakat2 gotong royong clearkan laman, trim mana2 yang patut, boh baja okid dan mesin rumput.  Sume memerlukan tenaga tuh, itu yang siapkan heavy breakfast sikit.. :)

Jadi dengan sukacitanya bersarapan le kami dengan nasi puteh dengan dua gandingan lauk iaitu singgang daging dan daging goreng yang dihiris nipis... sume2 daging, tiada lain melainkan daging... tapi best makan pagi tu sebab dagingnya yang ada lemak2 sikit.. :))


RESIPI SINGGANG DAGING KELATE

Bahan-bahannya:

  • daging lembu tempatan
  • bawang merah satu labu besar
  • bawang putih 3 ulas
  • halia 1 setengah inci
  • lengkuas 1 inci
  • 3/4 tangkai cili kering direndam dan dibasuh bersih
  • rempah biji/ketumbar 2 sudu besar
  • 10 biji lada hitam
  • asam keping
  • garam
  • secubit gula *saya tak pakai ajinomoto dalam masakan, jadi ganti gula*

Cara-caranya:
  1. Daging direbus hingga empuk
  2. Tumbuk ketumbar kasar2 kemudian masukkan cili kering. Tumbuk kasar2/pecah2 gitu je *bukan sampai lumat*. Ketepikan.
  3. Bawang merah, bawang puteh, halia dan lengkuas di mayang.
  4. Sesudah itu masukkan kesemua bahan tadi ke dalam periuk rebusan daging. Masak lah dengan api yang sederhana.
  5. Tambahkan lada hitam, asam keping, garam dan gula.
  6. Masak lagi hingga 'rasa pallut' *sebati rasa kesemuanya*, baru ditutup api.
  7. Sedia untuk dihidangkan.

Friday

Tapai Pulut

"Mana ko dapat ragi?", tanya kak Mah, neighbour sebelah rumah saya.

"Ohh kakak ipar hari tu kasi, kak Mah...."


Alhamdulillah, ramai yang suka tapai yang buat masa makan2 minggu lepas tu.  Buat sekilo beras pulut je.... ambik syarat tambah2 menu di meja hidangan.

Hanya tetamu yang datang awal je sempat rasa. Sekejap je dah habis tapai pulut yang bungkus dalam daun pisang tu. Hajat tu sebenarnya nak bungkus dalam daun getah, tapi mana nak cari....huuuu


Jom kita buat tapai....


RESEPI TAPAI PULUT
Bahan-bahannya:
  • sekilo beras pulut
  • 1/4 dari sebiji ragi *sebiji ragi dibahagi 4...ambil 1 bahagian sahaja*
  • air 1.5 - 2 mug
Cara:
  1. Rendam pulut selama 2 jam kemudian toskan
  2. Kukus pulut selama 15 - 20 minit.
  3. Keluarkan pulut dari kukusan, pindahkan ke dalam satu besen/periuk.
  4. Arung rata dengan air.
  5. Kukus lagi sampai periuk keluar wap.
  6. Keluarkan pulut dari kukusan, biarkan pulut betul2 sejuk.
  7. Hancurkan ragi, taburkan ragi ke atas pulut *seeloknya guna penapis, biar rata kena semua bahagian pulut*
  8. Boleh mula membungkus pulut dalam daun pisang/daun getah.  Tutup dengan lidi/stepler. *boleh juga dimasukkan ke dalam mana2 bekas yang sesuai asalkan bertutup*
  9. Masukkan tapai yang dah siap dibungkus ke dalam satu tupperware besar.  Tutup dan hanya boleh dibuka tupperware tersebut selepas 36 jam.

formula untuk tahu tapai dah masak belom....
  • malam ini bungkus tapai, malam esok tapai dalam keadaan demam, keesokan paginya tapai dah sedia untuk dimakan tapi tengahari/petang sikit baru tapai betul2 manis... :)

***nota fzi:  Tapai pulut ini sedap sangat jika dimakan sejuk bersama dengan susu cair dalam tin tu... satu lagi faveret saya bila makan tapai pulut dengan eskrim....mmmmm memang best, kalu tak percaya cuba terai... :))

**TAPAI VERSI BARU aka Tapai moden ada dalam posting baru di SINI

Monday

Nasik Kapit Kawin

Ouh... tajuk menu kali ni sikit sensasi....hehe....

Tapi itu lah gelaran bagi sejenis juadah kelate yang agak fames di beberapa kawasan. Mungkin ada sesetengah daerah tak begitu familiar dengan menu tersebut. Saya kata camtu sebab ada antara kengkawan kelate yang hadir di rumah kami Sabtu lalu tak tau sangat pasal Nasik Kapit Kawin ni. Tapi sebahagian besar saing kelate lain, sukeeee sangat, sampai ada yang kata... "Ohh makane warisan nih, payoh nok cari kat kL nih.... " :))

Kalu ada yang berhajat nak tau camane rasanya Nasik Kapit Kawin ni, jemput terai buat 4 combination bahan iaitu:
  • nasi impit (saya guna ketupat mini segera 'NONA')
  • pulut *macam wat pulut pagi* (resepi di SINI)
  • kuah kacang (resepi di SINI)
  • sambal nasi impit (resepi di SINI)


Gambar keempat2 bahan yang digabung/dikawinkan bersama dalam satu pinggan lupa pulak nak ambik hari tu. Sume pakat sibuk hari tu, tokde nak snap gambar.... :))


Menu A - Z