BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday

Kari Ikan Kembong


Assalamualaikum. N3 ke dua untuk hari ini... :)

Alhamdulillah rasa masih free hari ini sebelum mula sibuk dengan projek cookies saya untuk tahun 2010. Jadi nak post kan beberapa n3 tertunggak yang dikhuatiri jika tak dipindahkan gambar2 tu secepat mungkin ke dalam blog, possibility untuk ianya terdelete, berkemungkinan besar ...heheh


Orite, ini Kari Ikan kembong saya. Boleh kata selalu jugak la saya mengari.... sebabnya kalu
time lari2 sikit tu, rasa lagi cepat siap mengari berbanding nak bergulai.... :)

RESEPI KARI IKAN KEMBONG
Bahan2nya:

  • ikan kembong sederhana besar 4 ekor
  • pati santan setengah cawan
  • rempah kari ikan 2 sudu besar umbu
  • sedikit rempah campur *boleh dapat dari kedai runcit India*
  • bawang merah besar 1 labu
  • bawang puteh 3 ulas
  • halia 1 inci
  • daun kari 2 tangkai
  • buah tomato 2 biji (sebiji dibelah 2, sebiji lagi dipotong dadu)
  • bendi
  • air asam jawa *alhamdulillah sekarang dah yakin balik nak pakai asam jawa*
  • garam
  • gula
Cara:
  1. Bawang merah, bawah putih, halia dan rempah campur di tumbuk kasa-kasa (tak lumat). Leraikan daun kari kemudian dilecek2kan lebihkurang dalam lesung tadi.
  2. Tumiskan kesemua yang ada dalam lesung.
  3. Bila dah agak garing masukkan rempah kari yang dijadikan pes terlebih dulu *campur dgn sedikit air*
  4. Biarkan bahan tumisan masak betul baru dimasukkan ikan.
  5. Balik-balikkan ikan kemudian masukkan air asam jawa dan buah tomato yang dipotong dadu. Biarkan sebentar dengan periuk bertutup.
  6. Tambahkan santan dan sedikit air masak, bergantung pada banyak mana kuah yang diingini. Masak dengan api yang kecil.
  7. Kemudiian masukkan bendi diikuti dengan buah tomato yang dibelah 2.
  8. Perasakan dengan garam dan sedikit gula.
  9. Tutup periuk dan biarkan masak sedikit masa lagi sebelum ditutup api.

4 comments:

Sheila Shafeareen said...

Salam akri ikan sdp tu kalau ada sambal belacan lagi menyegat kan...

fzi said...

Wsalam...
Betul tu Sheila.. stok sambal belacan nak kena selalu ada... sesak2 boleh bagi bantuan kecemasan kalu lauk kurang menyelera...heheh

Sheherazade said...

lauk kari dan sambal belacan memang terbaik

kari saya simple jer,kadang2 lupe letak rempah hehe..tu yg bile mkn kureng

acik fzi dah yakin guna sam jawa blk ye..Alhamdulillah :)

fzi said...

haha...Pia... Itu ler makcik dah konfiden balik dah nak pakai asam jawa tuh...hihi

Ohh terlupa letak rempah... takpe..bese la tu... :)

Menu A - Z