BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday

Sambal Putik Pauh


Ada satu weekend tu saya beli mangga muda....sebijik je sebenarnya....Tak tau mangga jenis apa, besarnya ada la kecik sikit dari tapak tangan. Terbayang waktu tu, sedap mangga ni kalau buat sambal putik pauh. Dah lama tak makan. Akhir-akhir ini asyik duk ulang jamu papa dan anak2 dengan sambal belacan atau sambal tempoyak je tiap kali makan.... jadi tukar menu sambal pulak lah... kita buat sambal putik pauh pulak.

Tapi balik2 umah, ntah macam mana takdan nak buat sambal hari tu. Simpan dalam peti-ais je buahnya berhari-hari. Semalam baru teringat balik pauh yang duk dalam peti. So, kira confirm jadi sambal putik pauh akhirnya, lepas slot 'maghi teghingak' *kembali ingat* tu... :)

Nak buatnya senang je.... tapi hasilnya InsyaAllah tidak mengecewakan. Memang menyelerakan tambah jika dimakan semasa nasi tengah panas2 tu...


Bahan2nya:

  • pauh(mangga) muda *tak kira pauh jenis apa.. tapi pauh ringan lagi elok, rasa lebih masam*
  • ikan tawar *yang direbus/panggang*
  • cili api 9 biji *terpulang tahap kepedasan masing2*
  • garam
  • gula
  • asam limau nipis *kalau nak lebih rasa masam*
Caranya:
  1. ricih pauh halus2.
  2. tumbuk cili api, kemudian masukkan ikan tawar diikuti dengan pauh muda yang diricih halus.
  3. tambah rasa masin manisnya. Tumbuk lagi biar mesra rasa kesemuanya... biar ada 3 in one rasa.... masam, masin dan manis sikit2. *Macam saya, sebab tak dapat cari 'pauh ringan', kena perahkan sikit asam limau nipis nak bagi rasanya lebih masam sikit*
  4. sedia untuk dihidangkan... :)

Menu A - Z