BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday

Bihun rebus

Kalau di waktu2 petang perut terasa lapar, sedangkan kueh2 petang pun takde, elok juga kalau buat bihun rebus ni. Mudah dan cepat untuk menyediakannya. Dalam 15 minit boleh siap. Kalau rasa tak nak bihun boleh je ditukar kepada mee kuning atau macaroni.

Bahan-bahannya:

  • Setengah kampit bihun cap bintang
  • 1 keping isi ayam dipotong kiub
  • 2 keping isi ayam *tambahan*
  • kobis dan sawi
  • 4 ulas bawang putih diketuk
  • 1 inci halia diketuk
  • lada hitam/sulah 8 - 10 biji ditumbuk
  • bawang goreng
  • garam
  • gula
  • kicap + sambal belacan(digaul mesra)
  • hirisan limau nipis
Cara membuatnya:
  1. Bihun direndam kemudian dicelur dalam air panas. Tos dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak masak, tumis lada hitam diikuti bawang putih dan halia.
  3. Masukkan kiub ayam dan isi ayam yang tidak dipotong. Biarkan ayam kecut dan masak. Masukkan air secukupnya sesuai dengan kuantiti bihun. Biarkan masak dengan api yang sederhana.
  4. Masukkan sayur-sayuran.
  5. Tambahkan garam dan secubit gula.
Cara menghidangkannya:
  1. Masukkan bihun di dalam mangkuk.
  2. Tambahkan kuah yang telah dimasak tadi.
  3. Taburkan isi ayam *tambahan* yang telah disiat-siatkan
  4. Taburkan bawang goreng
  5. Perahkan asam limau nipis.
  6. Makan lah dengan kicap pedas mengikut citarasa sendiri.

Menu A - Z