BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday

Menyinggang pagi2

Ada la satu hari tu, pagi2 lagi masuk dapur... menyinggang.  Masa bangun solat subuh dah siap2 keluarkan daging lembu tempatan yang sekilo tu.  Dah plan nak buat macam2 keje pagi tu, sume guna tulang empat kerat... heheh.. nak pakat2 gotong royong clearkan laman, trim mana2 yang patut, boh baja okid dan mesin rumput.  Sume memerlukan tenaga tuh, itu yang siapkan heavy breakfast sikit.. :)

Jadi dengan sukacitanya bersarapan le kami dengan nasi puteh dengan dua gandingan lauk iaitu singgang daging dan daging goreng yang dihiris nipis... sume2 daging, tiada lain melainkan daging... tapi best makan pagi tu sebab dagingnya yang ada lemak2 sikit.. :))


RESIPI SINGGANG DAGING KELATE

Bahan-bahannya:

  • daging lembu tempatan
  • bawang merah satu labu besar
  • bawang putih 3 ulas
  • halia 1 setengah inci
  • lengkuas 1 inci
  • 3/4 tangkai cili kering direndam dan dibasuh bersih
  • rempah biji/ketumbar 2 sudu besar
  • 10 biji lada hitam
  • asam keping
  • garam
  • secubit gula *saya tak pakai ajinomoto dalam masakan, jadi ganti gula*

Cara-caranya:
  1. Daging direbus hingga empuk
  2. Tumbuk ketumbar kasar2 kemudian masukkan cili kering. Tumbuk kasar2/pecah2 gitu je *bukan sampai lumat*. Ketepikan.
  3. Bawang merah, bawang puteh, halia dan lengkuas di mayang.
  4. Sesudah itu masukkan kesemua bahan tadi ke dalam periuk rebusan daging. Masak lah dengan api yang sederhana.
  5. Tambahkan lada hitam, asam keping, garam dan gula.
  6. Masak lagi hingga 'rasa pallut' *sebati rasa kesemuanya*, baru ditutup api.
  7. Sedia untuk dihidangkan.

Menu A - Z