BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday

Tepung Bukuh


Macam biasa, kalau pegi pasar memang tak lupa beli Tepung Bukuh (Tepung Bungkus) yang pakcik depan pasar jual. Memang sedap, cukup rasa.. kueh just nice tak lembik tak keras. Tu yang tak miss beli time pegi pasar. Beli selalu takat dua tiga inggit je, cam hari ni beli RM2 untuk dapat 5 biji Tepung Bukuh.

Nak buat tepung bukuh ni senang sangat tak payah resepi sebenarnya. Inti dia sama dengan inti kueh gulung dan pulut berinti tu. Bulat2kan je inti pastu golek2kan dia dalam tepung pulut biar bersalut inti.

Ada sikit tips yang nak dikongsi pasal daun pisang yang kita nak guna untuk bungkus Tepung Bukuh. Daun pisang kalau kita ambil hari ni, esok dah kecut dan lembut... boleh terus diguna, tak payah dilayur atas api. Lain la kalau ambik dan-dan tu nak terus guna, tu kenalah layur kejap atas api baru boleh wat lipat2 bungkus kueh.

Cara lipat pun bukan macam nak bungkus pulut berinti.. Untuk Tepung Bukuh, temu-kan ke dua-dua ujung lipatan daun kemudian di-lipat dua kali sebelum yang final lipat di kedua-dua atas dan bawah kueh.

~~~~~~~~~~~~

Resepi Tepung Bukuh aka Tepung Bungkus

Olah2 sikit resepi yang di-copy dari MyResipi.com) tq
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 cawan santan
  • secubit dua garam
  • daun pisang di layur sekejap atas api kecil

utk inti:
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 1 keping nise kampung/ 2 keping nise siam
  • sehelai daun pandan di simpul
  • sedikit tepung pulut untuk golek2kan inti (Kaler tepung pulut boleh diceriakan lagi dengan menitikkan kaler2 yang disukai secara berasingan samada nak merah ke, hijau, kuning, pink atau purple. Campur sedikit air biar jadi doh macam doh nak buat onde onde. Ambil secubit, leper2kan nipis untuk membalut inti, bentuk jadi bebola).

Cara-cara

  1. Kelapa yang di parut (bahagian putih sahaja) dimasak bersama nise dan daun pandan sehingga hampir kering. Bulat-bulatkan dan golek di atas tepung pulut. Ketepikan dahulu.
  2. Bancuh tepung beras bersama santan dan masukkan sedikit garam. Kacau hingga separuh masak. Ambil dua sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Susun 3 bebola inti dan tutup dengan dua sudu lagi tepung. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun. Kemudian kukus selama 15-20 minit.

Sekian wassalam.

Menu A - Z