BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday

Nasi Dagang di pagi raya

Di pagi hari raya pertama Eid ul Adha, buat Nasik Dage Kelate berlaukkan Gulai Ikan Aya. Rebus telor sekali untuk dimasak dalam kuah gulai*ambil sedikit kuah gulai ikan untuk buat Gulai Telor*. Masak lama2 sampai kuah gulai sebati dengan telor. Rencah sampingan cam biasalah sambal nasi dagang yang kalu tak buat nanti akan rasa macam ada benda hok ttingga..

Selamat Eid ul Adha al-Mubarak dari kami sekeluarga, maaf zahir batin.




Resepi Nasi Dagang Kelate

  • 1kg beras nasi dagang *dibasuh dan direndam semalaman*
  • santan kemancar(santan cair) 1 mangkuk
  • santan pekat 1 mangkuk
  • bawang merah 5 - 6 ulas
  • halia 1 inci
  • sedikit halba
  • garam
  • gula
Caranya:
  1. Beras yang direndam dibasuh bersih kemudian ditoskan.
  2. Sementara itu mayang halus bawang serta halia.
  3. Kukus nasi dagang selama 15 minit.
  4. Angkat dan alihkan dalam besen besar kemudian di arung dengan santan kemancar. Arung biar sebati santan dengan nasi yang separuh masak itu.
  5. Kukus lagi selama 20 minit.
  6. Angkat dan akhirnya arung dengan santan pekat yang dah dicampur garam dan gula + bawang merah + halia + halba.
  7. Biarkan selama beberapa ketika baru boleh dihidangkan.

Resepi Gulai Ikan Aya
  • ikan (direbus dengan garam buku, nise, lengkuas dan asam keping)
  • santan RM1 @ tiga suku cawan dicampur dengan air masak sesuai dengan kuantiti ikan(gandakan santan jika ikan lebih)
  • lengkuas 2@3 hiris **
  • halia muda 2 inci **
  • bawang merah besar 1 labu **
  • bawang puteh 1 ulas **
  • sedikit kunyit hidup **
  • cili kering 2 tangkai **
  • 2 sudu besar rempah kari ikan
  • asam keping 1
  • garam
  • gula
  • lada hijau
Cara:
  1. Renihkan santan sambil dikacau sekali sekala.
  2. Semua yang bertanda ** dimesin kemudian dicampur dengan rempah kari...jadikan pes.
  3. Tumis bahan tersebut hingga hilang bau kari dan rempah dah sebati dengan minyak.
  4. Bila tumisan dah masak cantik tuangkan ke dalam periuk santan.
  5. Teruskan masak dengan menggunakan api yang kecil.
  6. Masukkan asam keping.
  7. Kemudian diikuti dengan lada hijau dan ikan rebus.
  8. Perasakan dengan garam dan gula.

Resepi Sambal Nasi Dagang

Bahan2nya:
  • Ikan kembong besar 1 ekor - dipanggang/direbus dengan sedikit air
  • nyior goreng/kelapa parut setengah biji - digoreng tanpa minyak hingga garing
  • bawang merah besar 1 labu (saiz kecil)
  • halia muda 1 - 1 setengah inci
  • serai 1 batang di ricik halus
  • lada hitam 7 - 8 biji
  • garam
  • manisan +- 1 keret
Cara:
  1. Tumbuk lada hitam, diikuti dengan serai, halia dan bawang merah.
  2. Keluarkan dari lesung, kemudian tumbuk pula nyior goreng diikuti isi ikan bakar tawar.
  3. Kemudian tumbuk pula manisan dan garam kemudian lecek2kan semua bahan bagi serata semua rasa.... mmmm...wangiiii bau sambal nih... :)

Menu A - Z