BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday

Puding Telor aka Puding Gula Hangus


Resepi sejak zaman sekolah... pernah terai buat guna susu sejat tapi rasa lagi sedap rasa puding pakai resepi yang lama tu. Puding Telor aka Puding Gula Hangus ni boleh buat mana2 versi samada nak kukus boleh bakar pun boleh. Kalu time express rakyat, saya kukus je. Kalau nak bakar dalam oven kena bakar dalam tin/loyang lain yang berisi air panas(cara stim bath)


Resepi Puding Telor aka Puding Gula Hangus

Bahan:

  • telor 10 biji
  • susu pekat 1 tin
  • air masak 1 tin
  • vanilla
  • gula +- secawan untuk buat gula hangus

Cara:

  1. Masak gula dan sedikit air hingga gula jadi perang kegelapan. Cepat2 masukkan sedikit air panas. Kacau2kan ia biar serata dan tuang dalam bekas/loyang yang nak buat puding. Golek2kan biar gula hangus serata di dasar dan tepi loyang.
  2. Telor dikepok2 dengan susu pekat dan air biar mesra. Tapis ke dalam loyang yang dah disalut gula hangus. Kukus selama 30 minit. Jika versi oven, bakarlah selama sejam.

sekadar info:
  • masa zaman susu pekat tin rendah, pakai telor hanya takat 7 - 8 bijik.
  • untuk kek puding karamel, buat puding hanya 1/3 atau separuh dari sukatan adunan.(bergantung pada saiz loyang/nak puding tebal mana)

Sekian Wassalam.

Menu A - Z