BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday

Kek Puding Karamel


Buat kek Puding karamel... kek ni dah lama nak terai buat tapi tak terbuat-buat, terus lupa sampai la teringat balik nak buat bila tengok banyak kek karamel pakat duk posing di sana-sini.. he he

Resepi pakai guna resepi puding telor dan kek span yang sedia ada tu je. Alhamdulillah boleh tahan sedap, InsyaAllah kalu buat lenkali nak tambah serve ngan jelly/agar2... kira ala-ala triffle gitu... :)


**update:
Resepi mudah sukat cawan google di internet, senang untuk rujukan bila2 nak buat. Terimakaseh buat tuan punya resepi.. Jazakillah hu khairon.

Kek Puding Karamel

Bahan2nya:

Bahan A (Gula Hangus)
2 sudu besar gula

  • Tabur gula ke dalam loyang dan masak atas api yg kecil hingga gula bertukar perang (ketepikan)

Bahan B ( Puding Karamel)
1/2 tin susu cair
1/2 cawan gula
1/2 sudu teh esen vanila
3 biji kuning telur

  • kacau semua bahan sampai sebati
  • Tapis dan tuang adunan ke dalam loyang yang dah disalut Bahan A ( Gula Hangus )

Bahan C ( Kek )
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
3 biji kuning telur
1 cawan air
1 sudu teh baking powder
1/2 cawan minyak masak

  • Pukul kuning telur bersama gula hingga nampak berkrim.
  • Masukkan air dan minyak, pukul lagi hingga sebati
  • Masukkan tepung dan baking powder sedikit demi sedikit dan kacau adunan hingga sebati.

Bahan D (Meringue)
6 biji putih telur
1/2 cawan gula halus

  • Satukan semua bahan, pukul hingga betul2 kembang (bila terbalikkan mangkuk adunan tak tumpah).

Hiasan antara lapisan
Serbuk koko


Cara membuat Kek Puding Karamel:
  • Satukan Bahan C ke dalam Bahan D. 
  • kacau dengan senduk kayu.
  • Bahagikan adunan kepada tiga bahagian; warna ori, pink dan purple.
  • Sendukkan adunan ori ke dalam loyang yang berisi karamel. (jangan risau, memang adunan akan terapung-apung).
  • Tapiskan serbuk koko rata2 memenuhi permukaan lapisan ori sebelum melapis dengan lapisan warna berikutnya. 
  • Ulangi proses hingga adunan habis.  Selang selikan warna adunan.
  • Bakar secara double boil/steam bath (Letak air panas ke dalam loyang) pastu letakkan loyang kek ke dalam bekas air panas tu. Bakar selama 45minit - 1 jam, suhu 170'C.

2 comments:

rin said...

waa suke makan puding caramel. slame nie rin tau makan je. tgh bahan cam sng je tu, leh try2 buat..heee :)

fzi said...

Hi rinn..
Best kan makan puding karamel yang sejuk2 baru kuar petiais.. senang buatnya rin, kalu loyang/bekas kecik ley buat half je.. :)

Menu A - Z