BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday

Petai Jeruk

Salam Aidil Fitri....

Alhamdulillah, semoga sume bergumbira di hari raya.  Tentu banyak jemputan open house sepanjang Syawal ini kan.... Kami setakat ini belom dapat ke mana2 lagi lepas balik dari Kelantan tempohari. Hanya menerima kunjungan tetamu sedangkan kami sendiri tak ddan lagi nak pegi beraya walaupun ke rumah jiran sebelah...heheh

Sajer nak citer, suka sebab time balik kelate hari tu, dapat banyak stok makanan dari sedara mara.  Buah rambutan dan dokong wat balik dekat seguni setiap satu. Yang paling hepi bila dapat buah salok fresh, lempok durian dan petai jeruk. Lempok tu siap saya hidang buat tetamu yang datang beraya...sume suka...alhamdulillah. 

Petai jeruk pulak dah lama tak buat sendiri.  Masa rajin ke Cameron itu hari, selalu lah jugak buat bila dapat beli petai dari orang asli yang jual di tepi laluan samada masa nak naik/turun dari Cameron tuh.  

Suka, suka, suka.... dapat satu balang penuh petai jeruk dari kak ani.... timo kasih bbanyok la kak ani deh....  :))


Nak share cara saya buat petai jeruk:

  1. petai di potong tepi yang keras kiri kanan lalu di kerat2 biar jadi 3 bahagian *dari sepapan petai*
  2. rebus sampai warna kulit petai bertukar warna
  3. picit2 keluar biji2 petai dari kulitnya
  4. basuh bersih2 biji2 petai
  5. cari botol yang sesuai kemudian rendam petai dalam air masak yang telah sejuk
  6. boh garam buku dan asam keping.
  7. tutup botol

Sekian...wassalam.


Menu A - Z