BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday

Daging Masak Hitam


Semalam, termenung duk pk lauk apa kakak nak bawak bekal pegi keje. Anak saya yang duk tunggu SPM tu sebenarnya dah dapat keje sekarang ni. Dapat keje dekat kedai buku. Alhamdulillah ramai gak kawan2 yang sesama tunggu result baru masuk keje sekali. Yalah, sementara empat lima bulan ni, keje lah dulu, tambahan pula PLKN(Khidmat Negara) pun tak dapat. Kurang2 dapat duit poket...hehe

Tiba2 teringat pesan papa suh agresif sikit masak daging kurban yang banyak lagi berbaki tuh.

"Kena habiskan, kalu lama sangat kang keracunan".... pesan papa.

Saya kata, "InsyaAllah ok kot sebab daging frozen yang diaorang jual tu lagi lah lama kat dalam peti.... Ini kita baru brape ari....."

Amboi bab menjawab bukan main...
:D

Jadi buat lah Daging Masak Hitam semalam. Bila buat menu ni, selalu teringat kat abang di kolej PJ. Anak yang sulong tu suka sangat dengan daging masak canggini.


Resipi Daging Masak Hitam
Bahan2:

  • daging lembu dipotong besar2 lalu direbus (jangan sampai kering,tinggalkan sikit stok daging)
  • bawang merah besar 1 labu *
  • bawang puteh 2 ulas *
  • halia 1 inci *
  • lengkuas setengah inci *
  • cili kering 4/5 tangkai *
  • serai 2 batang diketuk
  • asam keping 1 keping
  • kicap manis
  • garam
  • sedikit lada hitam ditumbuk

Cara buat:
  1. Semua bahan yang bertanda * di tumbuk lumat/blend.
  2. Tumis lada hitam diikuti kesemua bahan yang ditumbuk.
  3. Sementara itu slice nipis2 daging yang dah siap direbus.
  4. Bila bahan tumisan dah masak, masukkan daging yang dislice, serai dan asam keping
  5. Renjis2kan sedikit kicap biar mesra semua di atas dapur.
  6. Biarkan beberapa lama kemudian masukkan lagi kicap dan stok daging yang disimpan. Tambahkan garam.
  7. Biarkan masak dalam api yang kecil. Boleh ditambah bahan2 seperti buah tomato, cili besar dsb untuk hiasan.
  8. Sedia untuk dihidangkan.

Menu A - Z