BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday

Pengat Ubi Stelo

Ini antara menu petang yang tak boleh tinggal... asyik rasa nak makan benda2 manis je.... itu yang jadi gelisah kalu tengok stok manisan dah nak habis. Pegi pasar terus melilau-lilau mata cari brother yang jual manisan Siam tu.... nak kena selalu top-up bekalan manisan kat rumah...kalu tak, payah bila tiba2 tengok takde manisan time nak buat pengat...hehe

Bila buat pengat ubi, saya suka pakai ubi stelo kaler merah. Lebih manis rasa ubinya berbanding ubi stelo kaler puteh. Oppps lupa nak citer, ubi stelo tu kalu di luar kelate, orang kenal dengan nama ubi keledek lah.


Resepi, dah tentu semua sedia maklum...senang kan, masuk2 je semua bahan, tunggu masak je... tapi saya tuliskan juga resepi khusus untuk rujukan anak2 terchenta.... hihi


Resepi Pengat Ubi Stelo
Bahan2nya:

  • ubi stelo
  • santan pekat satu cawan
  • manisan Siam 2 - 3 karet *tambah gula kalu kurang manis*
  • setengah sudu teh garam
  • daun pandan disimpul
  • setengah cawan pulut + daun pandan + air *ditanak*
Cara membuatnya:
  1. ubi stelo di potong dadu
  2. cairkan manisan + secawan air + daun pandan
  3. masukkan ubi
  4. masak sampai empuk baru masukkan santan.
  5. tambahkan air untuk lebihkan kuah
  6. bila kuah dah menggelegak dan nampak cantik *berpalut dengan ubi* bolehlah ditutup api dapur
  7. ...dah siap dan bolehlah dihidangkan bersama pulut wat minum petang.. :D


Cara tanak pulut pakai rice-cooker:

Pulut seeloknya lepas di basuh bersih direndam dulu sekejap. Rendam 15 minit pun dah ok. Sebelum mula on rice-cooker gantikan air baru untuk tanak pulut. Paras air biar lebih sikit je dari paras pulut. Jangan banyak macam nak masak nasik, nanti pulut jadi lembik.. tak sedap nanti makan ngan pengat. Masukkan sehelai daun pandan yang disimpul kemudian barulah di-ON kan rice-cooker. Tak payah masuk garam.
Wassalam.


Menu A - Z