BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday

Pajeri Nenas



Salam di pagi Jumaat buat semua rakan2 yang dimuliakan Allah.

Nak cerita pasal pajeri hari ni. Sebenarnya tak kira... pajeri nenas ke, pajeri terong ke, dua-dua memang best. Kalu lecah2 mulut meme jeligho sangat makke nasik kalu ada pajeri nih.... :)

Itu yang bila tiapkali terpandang nenas madu dekat pasar/pasaraya, memang selalu tergoda nak beli. Nak balik masak pajeri. Cuma malas sikit bab nak kupas kulitnya lah. Ambik masa nak buang sume mata nenas yang tajam-tajam tu....hehe



Resepi Pajeri Nenas*boleh digunapakai untuk terong sekali*
Bahan2:

  • setengah biji nenas di potong nipis2
  • rempah 4 sekawan *bunga cengkih dan kawan2*
  • bawang merah besar 1 labu dimayang
  • bawang puteh 1 ulas dimayang
  • halia dimayang
  • santan pekat
  • rempah kari daging
  • kerisik
  • sedikit udang kering ditumbuk
  • cili merah 2 @ 3 tangkai ditumbuk
Cara:
  1. Tumis rempah 4 sekawan, kemudian diikuti dengan bawang merah, bawang puteh dan halia.
  2. Masukkan rempah daging. Biarkan betul2 masak rempahnya.
  3. Kemudian masukkan udang kering dan cili merah yang ditumbuk.
  4. Bila tumisan dah masak elok, masukkan pula santan.
  5. Masak dengan menggunakan api yang kecil.
  6. Masukkan kerisik dan kacau biar mesra.
  7. Akhirnya baru masukkan nenas/terung.
  8. Perasakan dengan garam dan gula.
  9. Masak hingga nenas/terong jadi lembik sedikit baru rasa berpalut.
Sekian.... wassalam.


Menu A - Z