BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday

Daging Masak Hitam


Semalam, termenung duk pk lauk apa kakak nak bawak bekal pegi keje. Anak saya yang duk tunggu SPM tu sebenarnya dah dapat keje sekarang ni. Dapat keje dekat kedai buku. Alhamdulillah ramai gak kawan2 yang sesama tunggu result baru masuk keje sekali. Yalah, sementara empat lima bulan ni, keje lah dulu, tambahan pula PLKN(Khidmat Negara) pun tak dapat. Kurang2 dapat duit poket...hehe

Tiba2 teringat pesan papa suh agresif sikit masak daging kurban yang banyak lagi berbaki tuh.

"Kena habiskan, kalu lama sangat kang keracunan".... pesan papa.

Saya kata, "InsyaAllah ok kot sebab daging frozen yang diaorang jual tu lagi lah lama kat dalam peti.... Ini kita baru brape ari....."

Amboi bab menjawab bukan main...
:D

Jadi buat lah Daging Masak Hitam semalam. Bila buat menu ni, selalu teringat kat abang di kolej PJ. Anak yang sulong tu suka sangat dengan daging masak canggini.


Resipi Daging Masak Hitam
Bahan2:

  • daging lembu dipotong besar2 lalu direbus (jangan sampai kering,tinggalkan sikit stok daging)
  • bawang merah besar 1 labu *
  • bawang puteh 2 ulas *
  • halia 1 inci *
  • lengkuas setengah inci *
  • cili kering 4/5 tangkai *
  • serai 2 batang diketuk
  • asam keping 1 keping
  • kicap manis
  • garam
  • sedikit lada hitam ditumbuk

Cara buat:
  1. Semua bahan yang bertanda * di tumbuk lumat/blend.
  2. Tumis lada hitam diikuti kesemua bahan yang ditumbuk.
  3. Sementara itu slice nipis2 daging yang dah siap direbus.
  4. Bila bahan tumisan dah masak, masukkan daging yang dislice, serai dan asam keping
  5. Renjis2kan sedikit kicap biar mesra semua di atas dapur.
  6. Biarkan beberapa lama kemudian masukkan lagi kicap dan stok daging yang disimpan. Tambahkan garam.
  7. Biarkan masak dalam api yang kecil. Boleh ditambah bahan2 seperti buah tomato, cili besar dsb untuk hiasan.
  8. Sedia untuk dihidangkan.

Thursday

Kueh Cuti Sekolah

Bila sebut cuti sekolah, para ibu tentu sedia maklum yang kerja2 memasak akan jadi dua tiga kali ganda lebih sibuk berbanding pada hari persekolahan. Nak kena ada je makanan, standby.... hehe

Antara kueh2 yang lebih dari sekali buat di musim cuti sekolah ni termasuklah kek batik, kek pisang, ambong, beKe, choc.cake dan kek lapis
hawflakes. Habis je... buat lagi, nampak tinggal sekeping je... ada request suh buat lagi..... so bancuh2 masuk oven lagi, kukus lagi......owhhh banyaknya habis bekalan gula dan susu pekat kat rumah sepanjang musim cuti....hihi

Jom kita cuci2 mata tengok kueh yang duk asyik kena sambung2 buat nih. Sume dah penah
post dah sebelum ni..... :))


Resipi kek lapis hawflakes
di SINI


Resipi kek pisang di SINI


Resipi kek batik di SINI



Agak2 bila dapur boley ikut coti ni.....
heheh

Monday

Siakap Sweet Sour



Cuti sekolah ni dah masuk 2x masak Siakap Sweet Sour ni.... yang buat mula2 ari tu shilah takde, pegi kem motivasi kat Ulu Langat.... masa tengah makan tu teringat2 anakku yang tu pun suka sangat ikan siakap masak stail canggitu.

Jadi buat lah lagi semalam bila sekali lagi dapat ikan siakap fresh dekat gerai Mie Ustaz Sobri. Kami sampai pasar pun dah agak lewat sebab singgah bekfes kat Salam Sentosa. Tapi alhamdulillah, adaaa lagi siakap ni....cam tunggu saya pulak...heheh...agaknya sebab duk berhajat nak cari siakap dari rumah lagi... So alhamdulillah Allah sampaikan hajat.... :)

Best ikan siakap ni, lagipun cepat siap. Takde ambik masa lama sangat duk kat dapur tu....


Resepi Ikan Siakap Sweet Sour
Bahan2nya:

  • ikan siakap 2 ekor digaramkunyit
  • bawang merah besar 1 labu
  • bawang puteh 3 ulas dimayang
  • halia 1 inci dimayang halus
  • cili merah 1 - 2 tangkai
  • sos tomato
  • daun limau purut
  • garam
  • gula
Cara membuatnya:
  1. Goreng ikan sampai garing. Angkat, ketepikan.
  2. Tumbuk bawang merah dan cili merah.
  3. Tumis bahan yang ditumbuk.
  4. Kemudian masukkan pula bahan yang dimayang.
  5. Masukkan sos tomato, biarkan seketika baru dimasukkan sedikit air.
  6. Biarkan masak seketika baru dimasukkan garam dan gula diikuti dengan daun limau purut.
  7. Tuangkan terus ke atas ikan siakap.
  8. Rite, dah siap dan sedia untuk dihidangkan.... :)

Tuesday

My Befday dan Ambong Pelangi

Alhamdulillah.... sempena befday saya yang ke ...ehem...ehem... hari ni nak letak lah resepi kueh yang jadi faveret saya sejak dulu. Sampai buat niaga pulak kueh ni....hehe...kengkawan dan jiran alhamdulillah nampak suka, itu yang selalu oder tu barangkali.

Kuehnya ialah kueh Ambong *saya beri nama gelaran Ambong Pelangi* yang memang agak fames di kelate. Rasanya ramai yang tahu kot. Kiranya Ambong ini termasuk dalam kueh jenis apam le. Ramai orang2 lama dulu kalu buat kueh ini, suka buat guna telor itik. Kalu guna telor itik, apamnya akan jadi extra lembut dan gebu berbanding guna telor ayam.

Tapi saya guna telor ayam je lah....mana nak cari stok telor itik banyak2 kalu time kengkawan oder tuh.... kalu setakat buat untuk makan sendiri tu boleh lagi ikhtiar cari kat gerai pakcik yang jual sayur2 kampung dekat pasar malam tu.... hehehe

Sempena umur yang makin bertambah ini, yang dah menginjak 42 tahun ini, saya memohon ke hadrat Illahi agar diberi kekuatan untuk saya hadapi apa juga ujian kehidupan untuk hari2 mendatang... moga Allah beri rezeki untuk saya suami-isteri sampai ke Tanah Suci Mekah pada suatu hari nanti InsyaAllah... aminnn......moga Allah kurniakan kesihatan dan keberkatan usia..... aminnnn ya Allah kabulkanlah......


Resepi Ambong Pelangi
Bahan-bahannya:

  • 1 mangkuk telor
  • 1 mangkuk gula
  • 1 mangkuk tepong
  • sedikit perisa Rose
  • pewarna
Cara membuatnya:
  1. Panaskan air dalam kukusan beserta loyang.
  2. Telor dan gula dipukul hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan tepong sedikit demi sedikit. Kacau hanya dengan senduk kayu bila dah masuk tepong ni.
  4. Masukkan perisa Rose.
  5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian: satu yang kaler ori satu lagi buh kaler
  6. Bubuh adunan berselang-seli: 3 lapisan yang ori, 2 lapisan yang ada kaler
  7. Kukuslah selama 40 minit atau sehingga masak.

Sekian...wassalam


Thursday

Pulut Pagi dan Jeruk Kelubi

Buat pulut pagi lagi semalam............Tapi namanya je la yang masih kekal Pulut Pagi.... padahal buatnya untuk menu minum petang....hehe

Dah selalu sangat buat pengat2 atau bubur jadi beralih makan pulut pagi la pulak petang semalam. Bila dah lama tak makan, sesekali bila buat balik tu rasa tak berkecukupan pulak.... :)


Senang je buat pulut pagi ni, dulu pernah cerita kat SINI...

Nak citer, masa ke pasar weekend lalu saya ada dapat bekalan beras pulut Siam. Sukeee sangat...... Cantik pulutnya, putik melepak *oghe kelate kato 'putih seppo'..hehe... *lain sangat dari beras pulut yang macam beli kat supermarket/kedai2 runcit dekat2 sini tuh. Itu yang saya beli 2 kilo terus, senang... Sambil2 tu beli sekali manisan Siam yang dah hampir kehabisan stok kat rumah. Senang sekarang ni saya nak cari barang2 makan yang dibawa khas dari sana tu. Sebabnya baru perasan ada seorang brader yang bukak gerai kat depan pasar, ada bekalkan barang2 tu sume. Tapi bukanlah ada hari2, hari minggu je nampak ON gerainya....

Masa mata duk melilau cari apa lagi yang nak beli kat gerai brader tu, terperasan akan sesuatu yang dah lama tak makan....mmmm ....jeruk kelubi laaa.... ohh dah lama tak merasa.... huh! apa lagi terus ambik sebungkuLinks buat rasa......


TAPI.....balik2 rumah bila sume pakat rasa, aduss.... masamnyerr....nasib baik le tergerak hati ambik sebungkus je.....
.kalu la tamak time tu, tak pasal2 membazir je :D

______________

RESEPI PULUT PAGI

Bahan-bahannya:

  • beras pulut 1 setengah cawan *rendam 2 - 3 jam*
  • manisan kampung 2 @ 3 keret*bergantung pada tahap nak manis masing2*
  • daun pandan disimpul

Cara buat pulut pagi:
  1. Beras pulut ditoskan air lalu dikukus hingga masak.
  2. Dalam pada itu masak manisan dengan sedikit air sampai agak cair2 likat.
  3. Keluarkan pulut, arungkan dengan air manisan.
  4. Kukus lagi sehinggalah masak sepenuhnya
  5. Sedia untuk dihidangkan dengan kelapa parut yang dah siap dibubuh garam.... mmm best! :)

Wednesday

Pisang oh Pisang.....

Tiada yang pisang melainkan pisang....itu je yang nak gambarkan menu kueh dalam dua tiga hari ni. Banyak stok pisang, tu la pasal. Pisang emas kat depan umah bersambung-sambung berbuah. Kali ni dah siap masak menguning kat pokok, baru kami perasan.
Masa ambik potong tandannya, perasan pula ada setandan lagi yang duk dalam proses membesar buahnya....oh alhamdulillah rezeki... :))


Jadi dapat la buat kek pisang lembab yang tengok resepinya dekat blog Bro Rozzan.....memang best la, memang betul2 lembab.... masuk hari ke 2, keknya bertambah2 lagi lembabnya.... pendek kata sume suke. Saya siap buat 2nd round, separuh untuk bekalkan kakak balik asrama dan separuh lagi potong2 bawak ke rumah jiran masa hadir untuk majlis befday anaknya... wat saing ngan befday prezen.


Tqvm Rozzan, akak memang suka buat kek guna resepi dari blog Rozzan....InsyaAllah dah tentu menjadi dan sume yang makan suka hati....heheh *mintak izin kopipes resepi direct dari blog Rozzan...tq*

KEK PISANG LEMBAB (VERY MOIST BANANA CAKE)

Bahan-Bahan :250 g mentega
2 cawan gula (saya gunakan 340 gm(*fzi gunakan gula hanya 200gm shj)
4 biji telur
1/2 sudu teh garam halus
1 sudu teh vanilla ( saya gunakan vanilli)
4 sudu besar susu cair (sejat)
3 cawan pisang yg dilecek (saya gunakan pisang raja)
2 cawan tepung (diayak) - saya gunakan 240 gm tpg gandum
1 sudu teh bic of soda
1 sudu teh baking powder
Kacang walnut, macadamia,pecan (optional) - saya gunakan 50 gm hazelnut

Cara :
1. Pukul mentega bersama gula hingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji sebiji sambil terus pukul. Kemudian masukkan, vanilli, susu dan garam. Kacau rata.
3. Selepas tu, masukkan pisang lecek tadi dan gaul.
4. Akhir sekali, masukkan tepung lalu digaul hingga sebati.
5. Bakar di dalam ketuhar yg telah dipanaskan pd suhu 180 C utk selama 45-50 minit atau sehingga masak.
Nota : Kali ini saya cuma tambahkan ganache topping kat atas kek tu dan ditabur dgn kacang hazel.
**nota fzi: 2nd time buat saya kurangkan sikit sukatan gula dari asalnya 340 g kepada 200g sahaja...


Selain dari buat kek pisang, sempat la lecek2kan pisang buat jeput pisang dalam beberapa siri.

Yalah... aggresif melecek pisang sebab nak habiskan pisang emas yang setandan tuh... kang rosak membazir pulak....... :D

Tuesday

Kari Ikan Tenggiri




"Waaa...mama masak kari ek?"

Itulah soalan regular Shilah tiapkali saya duk menumis rempah untuk buat kari ikan. Bau rempah kari + rempah campur + daun kari secara tak langsung membuka rahsia apa menu masakan untuk hari tu. So kalu kena hari mengari ikan, tak leh nak buat suprise....siang2 lagi sume dah tahu....hehe

Saya suka kari kepala ikan.... kalu jumpa kepala ikan merah yang fresh dekat pasar, fikiran terus terbayang kari kepala ikan. Tapi kekadang tukar guna isi ikan tenggiri.... kalu mengari ikan tenggiri ni isi banyak dan puas makan.... kenyang sampai ke petang.... heheh


Resepi Kari Ikan Tenggiri
Bahan2nya:

  • ikan tenggiri 3 keping
  • pati santan setengah cawan
  • rempah kari ikan 2 paket kecil *3 sudu besar umbu*
  • sedikit rempah campur *boleh dapat dari kedai runcit India*
  • bawang merah besar 1 labu
  • bawang puteh 3 ulas
  • halia 1 inci
  • daun kari 2 tangkai
  • buah tomato 2 biji (sebiji dibelah 2, sebiji lagi dipotong dadu)
  • bendi
  • air asam jawa
  • garam
  • gula
Cara:
  1. Bawang merah, bawah putih, halia dan rempah campur di tumbuk kasa-kasa (tak lumat). Leraikan daun kari kemudian dilecek2kan lebihkurang dalam lesung tadi.
  2. Tumiskan kesemua yang ada dalam lesung.
  3. Bila dah agak garing masukkan rempah kari yang dijadikan pes terlebih dulu *campur dgn sedikit air*
  4. Biarkan bahan tumisan masak betul baru dimasukkan ikan.
  5. Balik-balikkan ikan kemudian masukkan air asam jawa dan buah tomato yang dipotong dadu. Biarkan sebentar dengan periuk bertutup.
  6. Tambahkan santan dan sedikit air masak, bergantung pada banyak mana kuah yang diingini. Masak dengan api yang kecil.
  7. Kemudiian masukkan bendi diikuti dengan buah tomato yang dibelah 2.
  8. Perasakan dengan garam dan sedikit gula.
  9. Tutup periuk dan biarkan masak sedikit masa lagi sebelum ditutup api.

Jom kita mengari pulak hari ni..... :))

Friday

Bubur Jagung


Ok lah kita beralih pada menu petang pulak. Kali ni buat bubur jagung.

Macam biasalah kalu pegi pasar tu, macam-macam berkenan. Tengok ubi kayu berkenan, tengok keledek berkenan, tengok pisang tanduk terliur....ish pendekkata rasa sume nak angkut balik.

Tapi yang latest pegi pasar hari tu, bawak shilah sekali... makanya shilah lah yang menaikkan semangat saya suh beli jagung tu....nampak gemuk2 jagung madu dekat lot gerai akak yang jual sayur2 kampung tuh. Saya pun apa lagi, terus tanya....


"berapa satu plastik ni kak?"

"2 inggit je...."

"oklah saya ambik dua ya kak...."

Makanya terhasillah Bubur Jagung sebagai menu minum petang kami dua tiga hari lepas.... sedap...cepat habis.... memang jadi faveret anak-beranak :)


Resepi Bubur Jagung
Bahan2nya:

  • jagung 6 btg
  • pati santan +- 2 cawan
  • manisan 4 keret *kalu rasa kurang manis tambahkan gula sesudu dua*
  • setengah sudu teh garam
  • daun pandan disimpul
Cara membuatnya:
  1. Hiris nipis jagung 4 - 5 lapisan sehingga habis semua isi jagung. Kikiskan belen isi jagung yang masih tenggelam dalam pulor jagung.
  2. Rebus dalam air yang dalam sukatan 3 kali melebihi banyaknya jagung.
  3. Rebus sampai empuk atau sehingga air rebusan jagung tinggal sedikit sahaja.*saya rebus dalam rice-cooker besar selama sejam*
  4. Setelah empuk, alihkan periuk rice cooker ke gas stove. Masukkan manisan dan daun pandan.
  5. Setelah manisan hancur, masukkan santan. Tambahkan garam sebagai pelengkap rasa.

Sekian..... wassalam


Sunday

Nasi Dagang, Gulai Ikan Aya dan Gulai Ayam


Inilah menu raya ke 2 Aidil Adha.... selamat buat dan selamat makan nasi dagang berlaukkan gulai ikan Aya(ikan tongkol) dan gulai ayam. Alhamdulillah nasib baik hari tu saya simpan belen 1 kilo beras nasi dagang, lebih buat open house raya Aidil Fitri tempohari. Jadi bolehlah buat nasi dagang cukup untuk dua tiga round makan kami sekeluarga.

Resepi nasi dagang di SINI

Resepi gulai ayam pula ada di SINI....


Resepi Gulai Ikan Aya
Bahan2nya:

  • ikan tongkol seekor sederhana besar direbus *resepi ikan rebus di SINI*
  • pati santan +- secawan dicampur dengan air masak biar kuahnya ngam dengan kuantiti ikan
  • bawang merah 1 labu besar - ditumbuk
  • bawang puteh 1 ulas - ditumbuk
  • lengkuas 4 @ 5 hiris - ditumbuk
  • kunyit hidup 1 inci kalu saiz kecil - ditumbuk
  • lada kering 2 @ 3 tangkai - direndam, dibasuh bersih dan ditumbuk
  • asam keping
  • garam
  • gula
Cara mmbuatnya:
  1. Renehkan santan sampai agak2 naik minyak. Sesekali dikacau untuk elakkan dari pecah minyak.
  2. Bila santan dah masak elok, masukkan bahan2 yang ditumbuk.
  3. Masak lagi biar kuah jadi cantik dan agak cair-cair likat.
  4. Masukkan asam keping kemudian diikuti dengan ikan aya rebus.
  5. Biarkan lagi di atas dapur dengan api yang kecil.
  6. Perasakan dengan garam dan gula.
  7. ....dah siap pun..... :)

Kalau buat nasi dagang, saya mesti buat sambal nasi dagang nya sekali. Kalu takde sambal ni, kurang umph rasa makan nasik dagang....heheh

Resepi Sambal Nasi Dagang
Bahan2nya:
  • Ikan kembong besar 1 ekor - dipanggang/direbus dengan sedikit air
  • nyior goreng/kelapa parut setengah biji - digoreng tanpa minyak hingga garing
  • bawang merah besar 1 labu (saiz kecil)
  • halia muda 1 - 1 setengah inci
  • serai 1 batang di ricik halus
  • lada hitam 7 - 8 biji
  • garam
  • manisan +- 1 keret
Cara:
  1. Tumbuk lada hitam, diikuti dengan serai, halia dan bawang merah.
  2. Keluarkan dari lesung, kemudian tumbuk pula nyior goreng diikuti isi ikan bakar tawar.
  3. Kemudian tumbuk pula manisan dan garam kemudian lecek2kan semua bahan bagi serata semua rasa.... mmmm...wangiiii bau sambal nih... :)


*******************

Sampai ke hari ini ibadah kurban masih berlangsung di sekitar kawasan rumah kami. Sepertimana yang kita tahu ibadah kurban boleh dilakukan sepanjang 3 hari Tasyriq. Macam kami kat sini, hari yang pertama tu buat di surau berdekatan sebanyak 2 ekor lembu, semalam di Masjid As-Salam sebanyak 10 ekor lembu *suami dan abang tak available hadir* dan hari ini pula buat di salah satu rumah yang merupakan pusat jagaan anak2 bermasalah yang dengarnya melibatkan 3 ekor lembu *Pak nor, n'bour kami pagi2 lagi panggil kat tepi pagar rumah mintak papa dan abang pegi tolong*

Alhamdulillah semoga ibadah kurban yang dilakukan mampu memberikan seribu manfaat yang sama2 dapat dihayati bersama. Allahhu Akbar!!


Saturday

Sup Gear-Box

Maka selamat lah sudah buat dan seterusnya makan sup gear-box untuk dinner malam tadi. Nikmat benar rasanya sebab dah lama teringin nak makan sup gear-box ni. Dah lama tak makan....Ada di jual di pasar tulang besar tu tapi tak sampai hati pulak nak beli...hehe...tak tau kenapa.... takut tengok saiz dia yang besar sangat tu kot :)

Nak makan yang dah siap masak kat kedai tu....hishk mau nya diaorang caj berapa tuh.... kalau tak berapa mahal sekalipun, pk pk rasanya lebih sedap dan terjamin mutu nya kalu buat sendiri je kat rumah... jadi tunggu je la kalu ada peluang boleh buat bila-bila.....

Tak sangka....akhirnya sampai lah hajat malam tadi....kebetulan bersekali dengan dapat daging kurban dapat pula tulang untuk buat sup gear-box ini....Alahai sukanya saya......Shilah sampai sediakan 5 straw untuk tiap sorang sedut sum-sum dalam tulang gear-box tu. Sum-sum yang adanya takde la banyak mana.... tak padan dengan banyaknya straw tuh.....heheh


Dah dapat banyak daging tu, goreng sekali Daging Goreng Buku sebagai pasangan makan ngan sup gear-box ini. Alhamdulillah....berselera nampak suami dan anaknda makan.... :))



Resepi Sup Gear-Box


Bahan2:

  • Tulang Gear-Box *atau tulang bahagian lain lembu*
  • halia 2 inci diketuk
  • bawang puteh 3 ulas diketuk
  • sup bunjut
  • rempah sup 1 sudu kecil
  • rempah 4 sekawan: buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang
  • bawang goreng
  • sehiris perahan limau nipis
  • cili api 5 - 6 biji
  • daun sup *jika ada*
Cara:
  1. Rebus tulang sampai empuk *saya rebus guna rice-cooker yang besar +- 2 jam, alhamdulillah sempurna empuknya*
  2. Alihkan periuk dari rice-cooker berpindah ke atas gas-stove.
  3. Masukkan sup bunjut, rempah sup, halia dan bawang puteh. Teruskan memasak menggunakan api yang kecil.
  4. Sementara itu buat bawang goreng, angkat.
  5. Keluarkan minyak biar tinggal sedikit sahaja, kemudian goreng rempah 4 sekawan. Tutup api.
  6. Masukkan rempah 4 sekawan yang digoreng bersekali dengan minyak yang melekat di kuali itu ke dalam periuk rebusan tulang di dapur satu lagi.
  7. Perasakan dengan garam dan tambah cili api yang di potong dadu
  8. Masukkan sedikit bawang goreng, tutup periuk dan tutup api dapur.
  9. Panaskan balik sup sebelum mula menghidang.
  10. Dalam mangkuk besar, perahkan air asam limau nipis dan taburkan daun sup serta bawang goreng selebihnya di atas sup gear box tu....nyum nyum nyum....

Sekian....
Salam Aidil Adha
:D


Friday

Rendang Ayam wif Nasi Impit Kuah Kacang


Ini lah menu raya pertama Aidil Adha. Malam tadi, gagahkan jugak diri dengan dibantu anak2 buat juadah raya sebab memikirkan kalu tak buat, aperrr pulak anak2 dan suamiku nak makan di pagi raya. Penat tu memang lah penat sebab sehari suntuk semalam bizi di dapur siapkan tempahan Choc. cake dan Ambong (apam) dari kengkawan dan jiran.


Buat Rendang Ayam! Hahaha.... akceli ini bukan lah menu kelate.... tapi bila dah duk bertahun2 di luar kelate, terkenalah tempias masakan faveret kawan2 kat sini. Malam tadi buat sekor ayam je rendangnya sebab simpan bekalan ayam sekor setengah lagi untuk menu raya ke 2... InsyaAllah.... :)


Lagi pun ada kuah kacang sekali untuk makan dengan nasi impit tu. Nasi Impit pun beli sebungkus je hari tu, yang memakai nama Ketupat Mini Adabi...heheh


InsyaAllah cukuplah tu...sebab tengahari tunggu papa wat balik daging dari surau.... tak sabar nak goreng buku daging kurban. Lepas siap goreng masukkan rempah ketumbar(rempah biji) nak bagi wangi.... adus bestnya.... Malam pulak nak buat sup gear-box..........perghhh.....alamat naik mendadak la tahap kolestrol kami seisi keluarga... hihi


Resepi Rendang Ayam Fzi 

Bahan2:
  • Kerisik setengah cawan
  • santan dari 2 biji kelapa
  • # cili kering segenggam penuh
  • # bawang merah besar 4 labu
  • # bawang puteh 5 ulas
  • # halia 2 inci
  • # lengkuas 1 inci
  • # sedikit kunyit hidup
  • # serai sebatang
  • serai 4 batang diketuk
  • asam keping
  • garam
  • gula
  • daun kunyit *saya tak letak kali ni, lupa beli*
Cara membuatnya:
  1. Blend semua bahan yang bertanda #, kemudian tumis.
  2. Bila dah tumisan masak dan naik minyak, masukkan ayam dan serai yang diketuk.
  3. Gaul-gaulkan biar serata dan biarkan masak dengan api yang sederhana. *saya buat stail 'mmati hawah' macam nak bergulai sebab tak suka cara yang bump semua benda sekali ngan santan awal2 memasak*
  4. Tambah asam keping.
  5. Biarkan lama dan betul2 mesra baru dibubuh santan sampai paras2 hampir tenggelam semua ayam. Santan jangan cair sebab any masakan kalau boh santan cair, isi ayam/dagingnya akan jadi lembik dan mudah hancur..... kurang umph hasilnya nanti.
  6. Masak guna api yang kecil - sederhana sahaja.
  7. Perasakan garam dan gula.
  8. Akhir sekali masukkan kerisik dan daun kunyit yang dimayang halus.
  9. Biarkan sekejap dan tutup api.

Kuah kacang pula resepi nya di SINI...........
Sekian.... Salam Aidil Adha :D


Wednesday

Nasi Goreng


M
ula2 nak ucap Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua kengkawan blogger tak kira lah yang saya kenal atau belum kenal. Moga ikatan ukhwah sentiasa berpanjangan hendaknya...aminnn


Sekolah pun dah mula cuti. Sayangnya sekolah cuti, dapur tak boleh ikut sama cuti...hehehe...Nak nak esok lusa nak raya pulak, jadi fikiran tu asyik fikir pasal nak siapkan makan je lah....anak ada kat umah sepanjang hari.

Kesian jugak kalu asyik breakfast roti je. Itu yang kerap jugaklah buat nasi goreng ni supaya takde lah perut anakku berkeroncong nak tunggu makan tengahari....heheh


Nasi goreng ni anak2 saya panggil nasi goreng kuning..... kalu diberi pilihan anak2 biasanya lebih suka nasi goreng versi kuning ni dari nasi goreng yang masuk kicap.

Untuk resepinya, jemput lihat di SINI..... :D

...terkenang...nasi goreng kuning ni faveret anak saya yang sulung. Itu yang kalu tiba time buat nasi goreng ni hati tu sedikit terusik, terus teringat kat abang di kolej PJ.... makan apa lah agaknya anakku kat sana....huuuuu


Monday

Daging Goreng Buku


Semalam masak simple je tapi alhamdulillah dalam simple2 pun kami tiga beranak pakat laju tambah nasik. Ohhh bersenam-robik nya boleh tahan, tapi bila tiba time makan nasik dah lupa niat nak amalkan diet dengan bersenam tuh....alahai.... hajat tak kesampaian la kalu camni....

Semalam tu masak Daging Goreng Buku. Faveret papa tuh. Best kalu dapat cari kat pasar daging bahagian filet/daging ros yang popular untuk buat steak tu. Bahagian daging yang lembut tu oghe kelate panggil 'daging musir'..... Fuhhh..... kalu kebetulan jumpa yang tu, baik beli banyak terus. Sebab biasanya bahagian2 tersebut susah nak dapat, pagi2 lagi orang dah rebut. Daging filet tu sedappp sangat untuk dipanggang atau dibuat daging goreng buku ni.

Tidak ada yang istimewa sebenarnya bahan2 untuk resepinya.... biasa2 je tapi hasilnya, berbeza rasa dengan goreng stail nipis2....

  • Daging yang dipotong kasa(besar-besar) diperap dengan garam buku yang ditumbuk dengan kunyit hidup.
  • Perap lama2 sampailah tiba time masuk dapur nak masak.
  • Masak daging tanpa minyak sampai hampir kering airnya
  • Tambahkan sedikit air masak untuk empukkan lagi daging
  • Kemudian gorenglah dalam minyak sedikit sahaja

Kitaorang semalam makan nasi berlaukkan daging goreng buku + sayur lemak campur + ikan kembung bakar tawar + budu durian......mmmmmmm :D


Menu A - Z