BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday

Pulut Seri Muka




Kueh ni memang jadi faveret saya sejak dulu... sejak zaman budak2 lagi. Ingat lagi makcik nasi lemak yang jadi jiran terdekat masa saya kecik dulu turut meniaga kueh Pulut Seri Muka ini. Rasanya saya lah orang pertama yang naik ke rumahnya untuk beli kueh ini setiap hari...dengan menggenggam erat duit 50 sen di tangan. Dah timing masa tu kuehnya tentu dah boleh dipotong. Tak boleh datang awal2 sebab belum ready untuk dipotong lagi.

Jadi bila meningkat dewasa, dah pindah rumah, dah tak dapat makan kueh dan nasi lemak makcik tu lagi.... teringat2 siang dan malam. Sementelah saya berkawan baik dengan anak nya Lan. Petang-petang selalu main badminton sama-sama sekali dengan Sening, Ining dan Sue *ni kira mengenang nostalgia le ni... :)*

Ok.... bila dah stat pandai buat kueh ni, selalu lah jugak saya buat. Tapi tetap tak rasa sama dengan yang makcik hari tu.... huuuuu....

Jom tengok resepi saya, mungkin cara kita tak sama....

(upgrade resepi - Practice makes perfect)
Bahan-bahannya:

lapisan bawah

  • Pulut 1 cawan
  • Santan bubuh garam
  • daun pandan disimpul
lapisan atas:
  • tepung 1 cawan
  • telor kuning 1 biji
  • tepong ubi kayu/tepong jagung 1 sudu besar
  • gula 1 1/4 cawan (satu suku)
  • santan pekat 2 cawan bubuh sedikit garam
  • air daun pandan setengah cawan

Cara-caranya:
  1. Kukuslah pulut dengan santan paras2 tenggelam pulut.
  2. Dalam pada itu boleh lah dibancuhkan bahan2 untuk lapisan atas. Campur semua sekali. Blend dalam pengisar jus supaya adunan sebati dan tidak berketul.
  3. Bila pulut masak, buang daun pandan lalu digaul rata pulut tadi.
  4. Tekan-tekan pulut biar mampat dan rata lapisannya. Kukus balik dalam 5 minit, angkat.
  5. Taburkan sedikit tepung atas pulut.
  6. Tuangkan bahan2 untuk lapisan atas.
  7. Kukus sampai masak *lebih-kurang setengah jam*
  8. Siap..... tunggu selepas 2 @ 3 jam boleh lah dipotong *saya biasanya kukus pagi/tengahari... petang baru dihidangkan*


Monday

Asam Pedas Ayam


Semalam bz bukan main kat dapur. Mulanya dapat tau ada kenalan dari Penang je nak datang. Tup-tup tengah masak tu teman baik kami suami-isteri dari Rawang pula datang ziarah. Plan A dah tukar ke Plan B.... nasib baik nasi belum letak lagi, so bolehlah tambah lagi 2 pot beras dalam rice-cooker untuk juadah makan tengahari.


Menu untuk tetamu semalam berupa nasi kerabu kuning dicombinekan dengan lauk kerabu kacang panjang, ikan celup tepung dan telor masin. Hajat tu nak buat solok lada, tak sempat.... maklumlah bab2 masak ni tak berapa cergas sangat, kurang tangkas gitu.... hehe


Kueh pembasuh mulut tiada lain hanyalah kek coklat dan BeKe.... alhamdulillah laris dan semua suka.... :)


Dalam layan2 tetamu tu sempat lah saya curi masa lari kejap2 ke dapur masak untuk bekalan anak bujang yang nak balik ke kolejnya di PJ. Alhamdulillah dapat lah abang bawak bekal nasi, AsamPedas Ayam, Sambal Kacang Ikan Bilis, Tempoyak dan air sirap *harap2 sirap tu cukup untuk stok seminggu*


Syukurlah.... meriah rumah kami semalam, alhamdulillah Malaikat Rahmat pun tentunya turut hadir dengan hadirnya tetamu2 semalam....




MASAK PEDAS AYAM

  • ayam di potong dalam keratan kecil
  • *cili kering
  • *bawang besar merah
  • *bawang putih barang seulas
  • *sedikit halia
  • sedikit belacan
  • air asam jawa
  • serai 2 batang
  • bunga kantan sekuntum
  • daun kesum
cara membuatnya:
  1. Tumbuk bahan yang bertanda * kemudian ditumis garing.
  2. Selepas itu masukkan ayam. Masak sampai ayam kecut dan sebati dengan bahan tumisan.
  3. Masukkan belacan dan air asam jawa, serai dan bunga kantan.
  4. Tambah air masak untuk lebihkan kuahnya. Biarkan lagi di atas dapur dengan menggunakan api yang kecil.
  5. Bila dekat nak tutup api baru dimasukkan daun kesum yang... ouhh...membangkitkan aroma.... mmmmm...

Thursday

Jeput Pisang Emas


Pisang emas di bawa belayar
masak sebiji di atas peti
hutang emas boleh ku 'ejas' bayar
hutang budi dibawa mati....

Rangkap-rangkap pantun tu memang popular sejak dari saya anak-anak lagi sampai le ke anak2 zaman ciber ini....

Sajerrrr... buat intro 'Jeput Pisang' dengan pantun 4 kerat yang ever-green tu... hehe *maaf ya anak2.. makcik gi pandai2 tambah sendiri perkataan 'ejas' tu... :)*

Kalau semalam buat Jeput Durian, hari ni buat Jeput Pisang pula.... nak merasmikan pisang emas yang baru masak setandan tu.... Sedap, kalau buat jepput guna pisang emas ni, memang rasanya lemak-lemak manis gitu...

Jeput ni, kueh yang cepat siap, mudah serta sedap, hanya lecekkan pisang, tambahkan gula kemudian masukkan tepung, sedikit soda bicarbonat dan sedikit air masak. Nak tau kepekatannya yang tepat, hanya cuba jatuhkan adunan dari sudu...kalau jatuhnya lambat dan serentak bermakna adunannya..... just nice... :)


Wednesday

Jeput Durian



Minggu ni menu tak lari ke mana, hanya berkisar sekitar durian je...hehe... Pagi durian, tengahari durian, petang durian, sampaikan dinner pun still ada durian. Pagi ni rushing le sikit sebab petang ni ada kelas kat surau. Jadi mana nak clear dapur, nak basuh kain, nak kemas itu ini.....itu yang teringat nak buat breakfast yang cepat dan mudah je... Ianya tidak lain dari Jeput Durian *cekodok/jemput-jemput* yang rasanya teramatttt le sedap nyerr.... Sebab tu kalau buat jepput ni tak boleh buat sikit-sikit, dikhuatiri nanti tak cukup dan tak puas anak2 makan...

Mudah saja cara membuatnya:
  • Isi durian digaulkan dengan gula (sebagai inti)
  • Tepong digaulkan dengan air dan sedikit garam, tahap kepekatan macam nak buat cekodok pisang dsb
  • Inti kemudiannya diambil sebesar ibu jari kemudian disalutkan dengan adunan tepong, terus digoreng dalam minyak yang penuh. Ulangi proses sehingga habis kedua2 inti dan tepong.
Dalam 15 minit dah siap dan boleh dihidangkan. Sedap dimakan panas-panas tapi hati-hati... intinya yang panas boleh buat melecur lidah.... :))


*** nota fzi: untuk memudahkan kerja2 menyalut, bulatkan siap2 inti dan biarkan di bawah saji sejam dua sebelum nak mula menggoreng. Jika dibiarkan beberapa ketika, inti durian akan mengering dan senang untuk disalut tepong.

Tuesday

Sambal Tempoyak



Alhamdulillah, bertambah balik stok tempoyak dalam petiais yang dah kehabisan tempohari.

Setelah ambik masa sejam lebih jugak le duk 'perisi' ulas-ulas durian yang beli weekend ari tu, akhirnya dapat le stok tempoyak dua balang besar. Saya dah siap2 split-kan satu botol untuk bekalan anak bujang bawak balik ke hostel minggu depan...hehe

Nampaknya... makin 'menambah' le makan nasi dengan adanya balik bekalan sambal tempoyak ni... azam nak diet tinggal angan-angan je la.... :)

Saturday

Kerabu Kacang Panjang (2)



Kerabu ni kalau buat 2 ikat kacang panjang pun, Insyaallah akan terus habis 'sekali turun'. Saya selalunya buat lebih, hajat tu boleh la simpan untuk dihidangkan buat makan malam pula. Tapi biasa lah.... tak sempat nak tunggu malam, semua 'dah selamattt' waktu hidangan makan tengahari lagi.... hehe

Resepi untuk kerabu ini saya dah post kan di awal2 kemunculan 'MENU' hari tu. Kiranya entri yang mula-mula sekali lah. Teruja untuk mulakan blog baru ini sampaikan buat posting pun tanpa gambar..... :)

Bagi yang ingin mencuba, silalah klik resepinya di sini k. Resipi kerabu memang merata banyaknya, semuanya sedap dan punya kelebihan tersendiri. Namun dalam banyak2 pilihan kerabu, kerabu kacang panjang ini tetap jadi 'pilihan no.1' bagi kami seisi keluarga.... Selamat mencuba... :))


Friday

Nasi kaya Gerodok Ubi



Ini le salah-satu kueh segera kami di bulan puasa. Yang bagi gelaran 'kueh segera' atau 'instant' tu sebab masa nak masaknya tak sampai 10 minit,... siap. Tambah lagi selalunya di bulan2 puasa, saya teramat le bizi dengan projek cookies. Tu yang buat kueh yang mana dan je. Gerodok ubi lah yang selalu diterjah buat bila mata mengerling ke jam dinding, dah dekat2 pukul 7.oo, sudah hampir waktu berbuka. Jadi hanya itu je yang sempat di waktu2 kritikal cam tu.... :)


Nasi kaya gerodok ubi ni memang sedap. Buat cam-cam mana pun InsyaAllah gerenti jadi punya...hehe... Kalau tak de bekalan ubi maka jadilah ia hanya gerodok telor je... pun tetap sedap. Jom tengok nak buatnya camane.....


Bahan-bahannya:

  • Ubi keledek/stelo 2 ketul sederhana besar dimayang halus
  • telor 4 biji
  • manisan 4 kerek/gula melaka seketul besar
  • air
  • daun pandan disimpul
  • bunga cengkih 8 - 10 kuntum
  • sedikit garam

Cara-caranya:
  1. Cairkan manisan dengan sedikit air. Masak sampai likat.
  2. Masukkan daun pandan dan bunga cengkih.
  3. Satukan telor, sedikit garam dan ubi yang telah siap dimayang. Tuang perlahan2 ke dalam periuk manisan.
  4. Tutup periuk dan masak dengan api yang perlahan sehingga agak2 kering air manisan.
  5. Siap untuk dihidangkan. Sedap dimakan samada masih panas atau yang sudah disejukkan di dalam petiais. Selamat mencuba....

Thursday

BeKe



BeKe ini nak betul sebutnya kena sebut dalam sebutan bahasa Inggeris untuk perkataan 'bear' dan 'care' .... hehe...

Sejak dulu yang saya tau kuih ini namanya BeKe, tapi bagi sesetengah orang ada yang panggil Kuih Bakar, Bengkang pun ya... tak kisah lah.... cam-cam nama ada, apa2 pun kuehnya agak
simple, senang nak buat dan tersangat la sedap untuk hidangan minum petang sekeluarga.


Bahan-bahannya:
  • 4 biji telor
  • 3 cawan gandum
  • 2 cawan gula *boleh ditambah/dikurang*
  • 4 cawan santan pekat
  • 1 cawan air daun pandan
  • 1 sudu kecil garam
  • sedikit vanilla

Caranya senang je....
  1. Pukul kesemua bahan dalam satu mangkuk besar. Nak senang blend je semua bahan dalam pengisar jus. 
  2. Dalam pada itu panaskan loyang yang telah disapu minyak/margerin.
  3. Selepas ditapis, curah adunan ke dalam loyang, bakar dalam oven selama sejam.
  4. Sedap dimakan setelah semalaman dibuat. Kalau tidak pun... boleh buat pagi, petang baru dipotong untuk hidangan.

    Monday

    Nasi Kerabu Kuning



    Semalam teringat nak buat nasi kerabu. Sempena papa diaorang balik setelah 3 hari ke Ijtimak Malaysia 2009 di Sepang, elok juga dihidangkan dengan menu nasi kerabu nih. Ntah camane papa makan kat sana. So, semak2 bahan asas nak buat nasi kerabu, kebetulan pulak ada. Ulam2 macam daun kesum, bunga kantan dan serai tu alhamdulillah, ambik kat laman je. Yang lain2 tu nasib baik ada beli weekend hari tu.

    At-last terhidang lah nasi kerabu semalam yang dimasak khas buat orang yang baru balik dari bermusafir... hehe


    Bahan-bahannya:
    1) Sambal kelapa
    • setengah biji kelapa untuk digoreng tanpa minyak
    • 1 sudu teh lada hitam/sulah
    • bawah merah
    • 3 ekor ikan tawar(ikan sardin/selayang) *kalau kembung memadai seekor je yang besar*
    • gula
    • garam
    *** kesemua bahan ditumbuk

    2) Tumis nasi kerabu
    • setengah biji kelapa diperah santan
    • setengah inci halia ditumbuk
    • 1 labu besar bawang merah ditumbuk
    • 2 batang serai diketuk
    • belacan
    • cili kering ditumbuk
    • manisan
    • garam
    • asam keping
    • 2 sudu besar budu *jika suka*
    *** santan dijerang atas api., kemudian masukkan bahan-bahan lain. Masak sampai likat.

    3) ulam-ulaman
    • kacang panjang
    • timun batang
    • daun kesum
    • bunga kantan
    • serai
    • bawang besar
    • hirisan limau nipis
    **** semua bahan dimayang halus. Jika ada ulam-ulam lain seperti daun gajus, ulam raja, kobis dll boleh je di tambah dalam hidangan.

    4) Nasi
    • Masak nasi dengan sehelai daun pandan dan sedikit kunyit untuk hidangan nasi yang ceria kekuningan *saya tak buat nasi kaler purple, takde bunga talang*

    Bila dah siap semua, bolehlah dihidangkan dengan budu, telor masin, keropok keping, ikan celup tepung dan daging bakar. Kalau sempat buat solok, lagi elok lah....mmmmm...

    p/s: *Boleh stand-by sambal lada/sambal belacan buat yang suka pedas*
    Nak buat sambal lada hanya tumbuk cili merah + cili api + seulas bawang puteh + gula + garam + cuka + sedikit air....

    Sunday

    Ikan Celup Tepung


    Makan ikan goreng yang direbus terlebih dahulu rasanya berbeza kalau nak dibandingkan dengan yang tanpa direbus. Kalau yang belum pernah mencuba, makan sekali mesti hendak lagi... hehehe

    Saya selalu beli ikan sardin/selayang untuk tujuan buat ikan rebus ini. Ikan kecik2 lagi sedap dari ikan saiz besar macam ikan kembung tu. Bila dah siap direbus, ikan ini boleh tahan disimpan untuk beberapa hari. Nak lama lagi kena bubuh dalam peti-ais lah. Banyak menu pilihan yang boleh dimasak guna ikan rebus ini. Ianya boleh samada digoreng biasa, digoreng celup tepung, dimasak gulai atau dimakan begitu saja cicah budu... :)

    Ok bagi yang belum biasa merebus ikan ini jom kita tengok camane.....Ikan2 yang dah dibasuh bersih direbuskan dengan sedikit air dengan dimasukkan asam keping, garam buku dan sedikit lengkuas. Rebus hingga hampir kering air. Dahhh.... dah masak pun.

    Jadi untuk menu kali ini, saya goreng ikan yang direbus itu dengan mencelupkannya pula ke dalam bancuhan tepung beras....maka jadi lah ia... "Ikan Celup Tepung" yang amat sedap jika dimakan dengan air penyicah/sos. Selain itu ia juga amat sesuai digoreng untuk melengkapkan hidangan Nasi kerabu.... :)

    Saturday

    Mee Goreng


    Amboi.... kira rally menu sarapan pagi la ni....hehe

    Ok kali ni kita goreng mee pulak. Saya hari tu kebetulan dapat mee yang diproses sendiri oleh persatuan kaum ibu di satu kawasan kampung berhampiran Kuala Kubu Bharu. Ahah! apalagi, seronok le, dua tiga trip asyik goreng mee je....hehe ... Sedap, mee nya gerenti halal, bersih dan bebas dari bahan pengawet.


    Bahan-bahannya:

    • mee kuning
    • isi ayam yang dipotong kecil2/daging/udang
    • sayur sawi bunga dan kobis
    • bawang merah besar satu labu
    • bawang puteh 3 ulas
    • lada kering 4 @ 5 tangkai
    • sos cili
    • kicap
    • sedikit cuka makan
    • gula
    Caranya:
    1. Tumis cili kering, bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk.
    2. Masukkan isi ayam atau lauk2 lain.
    3. Bila empuk lauk, masukkan sayur, mee dan renjiskan kicap sedikit. Balik-balikkan.
    4. Bila berpalut, masukkan kicap lagi, sos cili dan sedikit gula *biasanya mee kuning sudah sedia masin, jadi tidak perlu dimasukkan garam*
    5. Akhir sekali sebelum tutup api, masukkan satu sudu cuka.
    6. Sedia untuk hidangan sarapan pagi yang menyelerakan.

    Nasi Goreng kampong


    Kalau ada nasi lebih2 semalam dalam periuk, sedap juga kalau digoreng untuk sarapan pagi. Daripada membazir begitu saja elok sangat dibuat nasi goreng. Pk daripada anak2ku makan roti keping je, lagi kenyang makan nasi goreng...hehehe

    Anak yang sulung gemar sangat dengan resepi nasi goreng yang satu ini. Agaknya dah jemu nasi goreng yang masuk kicap dan tomato. So kali ini saya nak share resipi nasi goreng yang dapat dari jiran sebelah umah sewaktu anak yang sulung itu masih kecil lagi. Jom tengok camane, mungkin juga resipi kita sama.....


    Bahan-bahannya:

    • nasi putih semalaman 2 mangkuk *kalau takde, masak je lah yang baru :D*
    • bawang merah besar 1 labu
    • bawang putih 3 ulas
    • cili api 11 biji
    • sedikit ikan bilis
    • secubit kunyit
    • garam secukup rasa
    • telor sebiji

    Caranya senang saja:
    1. Cili api, bawang merah dan bawang putih ditumbuk.
    2. Setelah agak lumat masukkan ikan bilis. Tumbuk lagi.
    3. Tumis bahan yang ditumbuk.
    4. Masukkan telor, kacau-kacaukan.
    5. Masukkan nasi.
    6. Tambahkan secubit kunyit untuk memeriahkan warna.
    7. Sesuaikan rasa dengan garam.
    8. Kacau-kacaukan lagi hingga sebati semua rasa.
    9. Sedap jika dihidangkan dengan ayam goreng yang dipotong kecil2.

    Macaroni Goreng


    Kalau diberi pilihan, anak-anak saya lebih suka macaroni goreng berbanding lain2 mee. Tapi kena cermat juga dalam memilih macaroni ini. Kalau tersilap memilih brand, dapat macaroni yang agak liat walaupun lama direbus. Jadi bila digoreng, kurang lah sedapnya. Jadi untuk dapatkan macaroni goreng yang sedap dan gerenti habis semua yang dimasak, cubalah cari yang brand 'Buitoni'. Lagipun terpampang jelas kesahihan halalnya *sesetengah brand takde nampak ada tanda halal*. So better be careful....


    Bahan-bahannya:

    • macaroni 'Buitoni' setengah kampit
    • daging di potong kecil2
    • udang *jika suka*
    • kobis/sawi bunga/kangkung
    • bawang merah besar 1 labu
    • bawang putih 3 ulas
    • cili kering 4 @ 5 tangkai
    • sos cili
    • kicap manis
    • garam
    • sebiji telor
    • sedikit bawang goreng

    Caranya:
    1. Macaroni direbus dan kemudian sejatkan.
    2. Tumbuk cili kering, bawang merah dan bawang putih.
    3. Tumis bahan yang ditumbuk.
    4. Masukkan daging. masak sampai daging empuk.
    5. Masukkan sayur.
    6. Kemudian masukkan macaroni yang sudah disejat tadi. Tambahkan perisa sos cili, kicap manis dan garam.
    7. Akhirnya masukkan telor di tepi kuali, biarkan agak separuh masak baru dikacau keseluruhannya.
    8. Taburkan sedikit bawang goreng semasa menghidang.

    Thursday

    Singgang Tulang


    Setiapkali nampak tulang rusuk lembu di pasar, selalu terbayang nak buat singgang. Kalau rasa 'tawar-tawar mulut' atau juga disebut "lecah mulut", sedap sangat kalau ada singgang tulang ni. Tapi pilihan anak2 tak menentu, kadang nak sup kadang nak singgang. Jadi kena tanya diaorang dan papa diaorang dulu sebelum decide nak buat yang mana satu. Beza sup dengan singgang, sup boleh dihirup sampai habis kuahnya. Sebaliknya singgang tak boleh lah buat macam sup, dikhuatiri sakit perut pulak sebab ia ada masam-masam sikit. Apa2pun kalau tanya saya, saya biasanya nak singgang je...


    Bahan-bahannya:

    • sebatang tulang rusuk lembu
    • bawang merah satu labu besar
    • bawang putih 3 ulas
    • halia 1 setengah inci
    • lengkuas 1 inci
    • 3/4 tangkai cili kering direndam dan dibasuh bersih
    • rempah biji/ketumbar 2 sudu besar
    • 10 biji lada hitam
    • asam keping
    • garam
    • secubit gula *berfungsi ganti ajinomoto*

    Cara-caranya:
    1. Tulang direbus hingga empuk
    2. Tumbuk ketumbar kasar2 kemudian masukkan cili kering. Tumbuk kasar2. Ketepikan.
    3. Bawang merah, bawang puteh, halia dan lengkuas di mayang.
    4. Sesudah itu masukkan kesemua bahan tadi ke dalam periuk rebusan tulang. Masak lah dengan api yang sederhana.
    5. Tambahkan lada hitam, asam keping, garam dan gula.
    6. Masak lagi hingga 'rasa pallut' *sebati rasa kesemuanya*, baru ditutup api.
    7. Sedia untuk dihidangkan.

    p/s: Singgang ini lagi sedap rasanya bila yang dimasak tengahari dihidangkan masa dinner. Lagi lagi lah berpalut....:))


    Wednesday

    Solok Ikan



    Kali ini nak cerita pasal satu lagi menu lauk kegemaran seisi keluarga iaitu Solok Ikan.

    Bila buat solok ikan ni, sebelum dihidangkan dengan nasi lagi, awal2 dah hilang dua tiga ketul dari bawah saji. Semua suka makan macam tu saja. Jadi bila tiba
    time nak makan nasi, dapat satu sorang je la... kalau ada lebih satu dua pun pakat2 lah share...hehe
    So kalau nak puas makan solok ikan ni, sila lah double kan bahan2 di bawah... :)
    )

    Nak buatnya senang, sama lebih kurang dengan nak buat Solok Lada. Bezanya yang ini kena goreng bukan merebus.

    Bahan-bahannya:

    • Ikan kembung 2 ekor
    • kelapa parut setengah biji
    • bawang merah besar 1 labu
    • setengah inci halia
    • 1 ulas kecil bawang puteh
    • sesudu kecil lada hitam
    • sebiji telor
    • daun kesum dimayang halus
    • garam
    • gula
    Cara membuatnya:
    1. Ikan di buang tulang dan di ambil isinya. Kikis isi dengan cermat dan tinggalkan kulitnya *kulit berfungsi sebagai hiasan*
    2. Tumbuk lada hitam, halia, bawang puteh dan bawang merah.
    3. Masukkan kelapa parut, tumbuk lagi.
    4. Masukkan isi ikan, terus ditumbuk.
    5. Sesuaikan rasa garam dan gula
    6. Campurkan telor dan hirisan daun kesum. Kacau-kacaukan biar sebati.
    7. Sumbat bahan tadi dalam kulit ikan. Bentuk2kan biar cantik.
    8. Jika ada lebih, kepal2kan saja macam buat begedil/fish cake.
    9. Udah siap pun... boleh lah digoreng dalam api yang sederhana. Goreng biar garing tapi awas jangan sampai hangit.... :))

    Saturday

    Ketupat Sotong @ Tupak Sutong


    "Mama nanti nak buat 'tupak sutong', beli sutong kecik2 eh, baru senang sekali ngap je satu suap", itulah antara pesanan penaja cik suami setiapkali teringin dan sebut nak makan ketupat sotong.... :D

    Bila difikir2, betul juga....selain dari senang nak makan, sotongnya juga nanti lebih lembut berbanding sotong yang besar. Tapi kalau guna sotong kecil, bab nak menyudahkan kerja2 menyumbat pulut dalam sotong lah yang mencabar perasaan sikit...lama jugak le ambik masa... hehehe


    Ok, bagi sesapa yang belum pernah try buat, jom cari sotong fresh kat pasar esok.... :))


    Resepi Tupak Sutong
    Bahan-bahannya:

    • sotong setengah kg
    • santan RM1
    • pulut setengah cawan
    • manisan siam 3 karet/gula melaka ketul
    • daun pandan 3 helai disimpul
    • sedikit garam
    • lidi daun kelapa
    Cara membuatnya:
    1. Basuh beras pulut bersih2 dan rendamkan dalam sedikit santan yang sudah dicampur garam.
    2. Potong lidi pendek2*saya gunakan 4 batang lidi yang diambil dari pokok kelapa depan rumah. Selepas diraup bersih, dipotong sepanjang lebih kurang 2 inci setiap satu *
    3. Sementara pulut masih terendam dalam santan, basuh sotong bersih2. Buang kulitnya dan keluarkan matanya...ouhhh...
    4. Sumbatkan pulut dalam sotong. Masukkan hanya 1/3 pulut memenuhi sotong. Jangan terlebih kerana dikhuatiri sotong akan pecah takkala sedang dimasak.
    5. Masukkan kembali kepala sotong di tempatnya *Jangan sampai ada kepala sotong yang hilang sebab ianya penting untuk menutup sotong agar pulut tak keluar semasa memasaknya...hehe*.
    6. Cocokkan lidi secara menyilang untuk memastikan pulut selamat di dalam sotong.
    7. Susun di dalam periuk dan masukkan santan yang direndam pulut tadi.
    8. Bila dah menggelegak, masukkan santan selebihnya, manisan dan daun pandan. Masaklah sampai kuahnya likat.
    9. Sedia untuk dihidangkan....*berhati-hati dengan lidinya, kena pesan siap2 kat anak2 suh buang dulu... kang tak pasal2.. :)"

    Friday

    Bihun Goreng


    Pagi2 selalunya saya "krung krang krung krang" le kejap kat dapur, siapkan breakfast. Kesian pulak 'mereka mereka' bangun nak makan...hehe.. Time tiada daya dan upaya je 'makan roti keping Gardenia' dengan jem....hehe.. Habih2 pun rajin2kan diri buat roti telur/banjo...:))

    Jadi "krung krang krung krang" buat nasi goreng/bihun/mee kuning/macaroni lah selalunya pagi2. Kali ini nak royat pasal goreng bihun. Ada dua tiga cara sebenarnya *saya kadang tukar2 menu* tapi nak share satu cara yang jadi kesukaan anak2 dan cik abang. Resipi ini basic je, tidak masuk kicap hanya sedikit sos tomato sahaja *tak kira samada yang blend sendiri buah tomato/ready-made*. Tapi InsyaAllah sedap dan rasa pun tak lah muak. Light n easy, just nice untuk sarapan pagi.


    Bahan-bahannya:

    • Bihun 1 kampit cap bintang (direndam 1 jam sebelum masak)
    • isi ayam
    • tambah udang *jika suka*
    • sawi dan kobis/kangkung
    • bawang merah besar 3 labu
    • bawang putih 3/4 ulas
    • cili kering secekak(direndam dan dibasuh bersih)
    • tomato sos
    • telor 2 biji
    • garam
    • gula
    Cara membuatnya:
    1. Cili kering, bawang merah dan bawang putih dimesin.
    2. Tumis kesemua bahan tersebut.
    3. Sementara tumisan di atas dapur, potong isi ayam kecil2.
    4. Bila dah masak bahan tumisan, masukkan ayam. Biarkan masak sambil sesekali dikacau.
    5. Sementara itu bersihkan sayur, potong dan ketepikan. Basuh bihun yang di rendam dan toskan.
    6. Masukkan sayur. Balik-balikkan sekejap kemudian masukkan bihun tadi. Tambah air masak +- secawan atau lebih. Kacau sekali2.
    7. Bila dah tak nampak air dan bihun dah lembut, masukkan sos tomato dalam sukatan lebih kurang setengah cawan.
    8. Tambahkan garam dan gula. Sesuaikan rasa mengikut selera sendiri.
    9. Bila dah hampir masak, masukkan 2 biji telor di hujung kuali. Biarkan sekejap lalu kacau-kacaukan biar sebati telur tadi pada keseluruhan bihun.
    10. Masak sampai 'sekhing' *masak sepenuhnya*.

    p/s... bagi sesetengah orang, letak sedikit pewarna untuk menaikkan lagi serinya. Jadi warna bihun jadi sedikit kemerah-merahan *saya takde la pulak letak* :))

    Wednesday

    Kuah Rojak


    Semasa berbual-bual dengan kak Mah jiran sebelah rumah, ada keluar cerita pasal kuah rojak ni. "tting!!" timbul idea, nak buat lah bila time anak2 balik nanti. Rasa teringin nak makan la pulak.

    Bagaikan diseru-seru, semasa ke Pesta Makanan di sekolah Shilah Ahad lalu, nasib baik Rojak buah ada dijual sama. So, dapat la makan walaupun rasa kuahnya tidaklah se
    KOW Kow yang kita buat sendiri...hehe

    Cari2 gambar rojak buah *kamiorang panggil dengan gelaran "Rojak Jawo" * masa buat jamuan raya dulu, adalah terselit satu. .....Kira boleh lah di
    publish walau presentation nya tak berapa cantik, hanya terhidang dalam mangkuk polistrin je...:))


    Bahan-bahannya:

    • 1 cawan kacang tanah
    • 10 tangkai cili kering
    • belacan (sebesar ibu jari)
    • garam secukupnya
    • asam jawa
    • manisan siam 6 keret(kalau manisan kampung 4 keret *saiz lebih besar*)

    Cara membuatnya:
    1. Goreng kacang dengan minyak sampai garing. Kemudian simpan sikit minyak tadi.
    2. Goreng lada kering. Angkat, sejat.
    3. Goreng belacan. Bila garing, angkat, sejat.
    4. Tumbuk kacang, kemudian asingkan.
    5. Tumbuk lada kering dan belacan.
    6. Masakkan manisan + air, biar sampai cair-cair likat. Sejukkan. Bila betul2 sejuk baru masukkan belacan, cili, air asam jawa(guna air masak), kacang dan garam.
    7. Sedia untuk dihidangkan samada dengan( i) rojak *bahan "Rojak Jawo" terdiri dari timun batang, sengkuang, jambu batu, jambu penawar, nenas, limau bali, kangkung yang dicelur, taugeh yang dicelur dan keropok keping yang dihancurkan kasar2* (ii) kepingan kacang tauhu yang di goreng dan di potong dua jadi segi tiga. Kemudian kacang tauhu dibelah tengah dan dibubuh taugeh yang dicelur, kangkung yang dicelur, timun batang dan sengkuang (iii) keropok lekor/keropok keping.

    p/s... terkenang rojak jawa Cik Yoh Pok Ya jual bawah pohon celagi masa kecik dulu....hari-hari naik 'basikal chopper kaler purple' pegi beli....huuuu


    Menu A - Z