BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Showing posts with label Brownies Choc. Show all posts
Showing posts with label Brownies Choc. Show all posts

Thursday

Menu Majlis Kahwin Kakak

Alhamdulillah...

Majlis Kahwin kakak buat kat rumah. Yang abangnya hari tu dah buat kat dewan Ballroom Kelab Golf (di SINI). Jadi yang kakak ni teringin mamanya nak buat kat rumah ala2 kenduri dalam taman gitu...
*boleh klik tengok di SINI*

Menu juadah untuk pengantin mesti la ada ayam golek..he he.. Yang untuk jamuan tetamu ada tiga island. Dua island untuk menu Utama; nasi carrot, ayam goreng malaysia, dalca, daging masak hitam, dan acar mentah. Buah tembikai sebagai pembasuh mulut.
Minuman istimewa hari tu yang semua orang suka ialah 'air teh bunga'....amazing sedap👍👍









Manakala ada satu island untuk 'tea corner' yang memuatkan minuman 'teh tarik' serta kueh-mueh.. alhamdulillah.  Cucur badak dan kue koci import khas dari Gombak. Yang lain2 tu dibuat dari dapur ibu pengantin... Hadiah mama buat kakak....











Kueh mueh fzmenu untuk rai'kan kenduri kahwin kakak ialah Kueh Bombai/akok kemboja, bingka Jagung, agar2 merah, cupcake pisang, Choc brownies dan Tapai Pulut. Bila campur dengan  dua kueh yang besan bawak dari gombak; jadi 8 jenis kueh mueh kesemuanya untuk rai'kan tetamu... Alhamdulillah.


**sila klik nama kueh untuk resepi🌸



Friday

Brownies Chocolate Yang Sedap

Alhamdulillah....ramai yang suka brownies choc yang buat time kenduri hari tu.. (di SINI)  Buat brownies saing ngan kueh2 Kelantan yang manis2 belaka. Abis la... Pesanan penaja: kita yang omo2 border penyakit ni mintak beringat2 la ya makan ...🤭

Kueh2 lain kat Tea corner; Agar-agar Merah, Tapai, Kueh Bombai aka Akok Kemboja, Bengkang Jagung, Cupcake Pisang, Kueh Koci dan Cucur Badak. Koci dan Cucur Badak import dari Gombak. Yang selain Koci dan Cucur Badak(kueh ni besan-ku yang bawa;TQ Ani😘), alhamdulillah tuan rumah berhempas pulas buat sendiri....produk fzmenu..ehe hee...

Brownies tu lepas bawak klua kat tetamu(100++ keping), tak lama lepas tu tengok² abis sudaa.... Kejap je dah kosong dulang kueh. Bukan takat budak2 je yang suka brownies ni, orang tua pun sama suka khabarnya..hi hi

Alhamdulillah, rasanya first time saya buat brownies boleh kata...menjadi la... Menjadi dengan jayanya, uolls... Kalau sebelum ini, asal buat brownies je mesti ada slek mana2, tapi yang buat kali ni alhamdulillah kira agak puas hati la.

Time whatsapp gambar brownies tu kat anaknda masa ianya baru klua oven, anak saya pun ikut teruja, "... waahh mama, camner boleh jadi kriuk2 camtu eh, susah tau nak dapat jadi camtu...!" 😙 Waaaa...Satu komen yang buat saya senyum sampai ke telinga..he he...sukahati la kan sebab ternyata bukan saya sorang je rasa brownies kali ni agak menjadi..hahaha

Nanti saya update resepi.. to be cont.


***UPDATE
Ini resepinya.. dari website omputeh...tqvm

RESEPI CHOC BROWNIES

Bahan2nya:

1/2 cawan (115g) butter
228g coklat masakan, saya pakai coklat beryl's
3/4 cawan (150g) gula
1/4 cawan (50g) gula perang
3 biji telor A
1 sudu kecil vanilla
1/2 cawan + 2 sudu besar paras (80g)tepung serbaguna
2 sudu besar (11g) serbuk koko
1/4 sudu kecil garam
1 cawan(180g) semi-sweet chocolate chips(boleh ganti pakai coklat beryl's yang di potong dadu kecil2)

Cara membuatnya:

Cairkan butter dan coklat yang dipatah2kan dalam periuk dengan api yang sederhana panas. Kacau2kan ia lebihkurang 5 minit, atau boleh juga cairkan di dalam microwave selama 20saat. Biarkan sejuk. Panaskan oven 170C' serta sediakan loyang 9x9 inci. Sapu butter pada loyang dan lapik dengan kertas minyak.

Putar gula dan gula perang bersama adunan coklat dan butter tadi. Masukkan telor dan vanilla, pukul biar sebati kemudian baru masukkan tepung, serbuk koko dan garam.  kaup balikkan guna senduk kayu. Setelah itu baru campurkqn choc chip. Tuang ke dalam loyang yang tersedia dan bakarlah selama 35-36 minit atau sehingga brownies kelihatan lekang dari tepi2 loyang. Potong empat segi sama. Untuk hirisan yang kemas, potong guna pisau yang tajam, lap pisau dengan kertas tisu setiap kali selesai hiris satu potongan.

Alhamdulillah.


Menu A - Z