BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday

Nasi Tomato

 Assalamualaikum




Alhamdulillah hari ni pagi² lagi teringat nak buat Nasi Tomato. Beras basmathi yang lebih buat time open house hari tu ada lagi, tapi tu lah tinggal pun tak sampai 2pot. Okay la tu.. takpe la sikit..boleh la buat ghaso ghaso orang kata😁


Maka bergulai ayam lah sekali untuk buat makan dengan nasi tomato tu.  Alhamdulillah 10.30pagi dah selesai masak nasi dan bergulai...hu hu.. angin rajin bukan selalu datang..jarang jarang😆😁



RESEPI NASI TOMATO

(khusus buat rujukan anak menantu)


Bahan²:

  • 2 pot beras basmathi
  • 2 pot air
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 sudu besar susu pekat
  • rempah 4 sekawan - kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih
  • bawang puteh 2 ulas - cincang
  • bawang merah 3 ulas -mayang
  • halia ½ inci - mayang nipis /cincang
  • garam 
  • gula
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 helai daun pandan - disimpul
  • kismis sebagai hiasan
  • Kacang gajus


Caranya:

Basuh beras kemudian rendam seketika sementara menumis rempah untuk nasi.

Tumis rempah 4 sekawan dan bahan yang dimayang sampai kekuningan.

Masukkan air ke dalam kuali.

Bila mendidih air masukkan susu pekat, garam, sos tomato dan daun pandan.

Tuangkan ke dalam periuk nasi  di paras sukatan air untuk 2 pot beras. 

Tudung periuk, ON kan rice cooker, biarkan masak.

Bila nasi dah hampir masak, bolehlah taburkan kismis dan kacang gajus. Tutup balik periuk, biar sehingga masak.

*** saya pakai beras basmathi Jasmin(Pusa Cream). Alhamdulillah sesuai sukatan beras dengan kuantiti air. 

Makan Nasi Tomato dengan gulai ayam dan acar mentah. 


ACAR MENTAH

*Timun batang

*Kobis

*Nenas (jika ada)

*Lada merah

*Cuka

*Garam

*Gula


Cara: sayur dihiris halus atau ikut kreativiti sendiri. Gaulkan dengan sedikit cuka, garam dan gula. Sila lebihkan sikit gula, acar kena manis² gitu🤗


Sekian wasSalam.


Thursday

Menu Open House Raya 2023

Alhamdulillah pada 23 Syawal lalu bersamaan 14hbMei 23, kami buat open house. Rai'kan tetamu dengan main dish nya tentu la menu klate.. hi hi

Perihal open house boleh tengok di SINI







Jadi hari tu kita ada..
  1. Nasi dagang kelantan lauk gulai ikan tongkol @ayo, telor, dan sambal ikan(sambal ni anakku Amir balik tolong buat A - Z dua hari sebelum open house berlangsung then frozen kan) tqsm bang.
  2. Nasi Tomato lauk gulai ayam & acar.
  3. Lontong special masakan menantuku, Rin. Sangat sedap❗️ timakasih rin. Resepi lontong kat SINI
  4. Nasi impit dan kuah kacang.
  5. Mee Goreng😁
  6. Lemang dan Rendang Ayam, Amir beli lemang area Masjid Assalam; dan menantuku Naim dibantu kakak(anakku Nur Farihin) ambil tugas masak rendang. Terbaik Naim❗️tq tq.. Kakak banyak tolong kerja² heavyduty cth cuci semua ayam yang nak dimasak dan clear dishes.
  7. Colek buah resepi arwah bonda. Manually tumbuk pakai lesung batu.(en suami ambik bahagian tolong potong buah untuk colek)
  8. Ada kueh lopez(anakku Shilah yang tolong setelkan urusan lopez malam sebelum peristiwa open house sebab mama dah flat!..)
  9. Kek carrot(Shilah yang tolong topping dengan creamcheese) Resepi kek Carrot kat SINI
  10. Puding Sagu Gula Melaka(prepared by kakak @ Nur Farihin) tq kak😘, sangat best❗️
  11. Kek Batik prepared by Rin, tq rin😘
  12. Agar2 merah kenduri kawin
  13. Kueh Beke(bingka/bengkang)
  14. Biskut raya chip sporties (Amir yang tolong buat cookies) dan tart nenas
  15. Ada kerepek pisang nangka homemade.
  16. Minuman sejuk sirap merah🥤(en suami ambik tugas buat cold drink)
  17. Ada air gas FN hijau, my paberet😍
  18. Minuman panas 'Nescafe Gold' kauw ni Rin yang incharge
  19. Minuman 'Nescafe Gold' O panas
  20. Dan air kosong 250ml ya..
Pembantu setia my en suami, anak² iaitu abg(Amir), kakak(Nur Farihin) n Shilah serta menantu Rin n Naim diselangi dengan riuh rendah gelagat 4 cucunda Aisyah, Fateh, Aryan n Uwais. Timakaseh ya tolong mama n papa realisasikan kejadian open house rumah kita. Semua tak berenti buat kerja...huuu..  Yang amazing nya, shilah yang gigih tolong catkan 6 pintu; 1 main door, 3 pintu bilik, 1 pintu bilik air, 1 pintu dapur..wowz!😲 tq shilah😘
Tak lupa tqsm Ba'an my anak sedara tolong² bergegas di dapur dengan Naim dan Amir time tetamu berpusu² datang 2pm - 7pm. Budimu dikenang Ba'an. 

Jazakallah. Moga Allah balas dengan kebaikan buat semua..aamiinn.  
 

ALHAMDULILLAH😘


Wednesday

Nasi Ayam FzMenu

 Assalamualaikum.



Alhamdulillah hari ini tergerak hati nak buat Nasi Ayam. Bahan² semua ada.. terlebih² lagi salad macam terlebih borong la pulak semalam kat NSK.🤭 Aduhh..macam lah ramai sangat orang kat rumah walhal hanya ada daku dan en suamiku jeh. Kami dua orang kalau makan 'garden salad' tiap hari selama seminggu sekalipun, masih tak habis lagi salad tu rasanya. Teruja "sungguh² hati" membeli tu sebab sayur² tu dari Cameron bukan yang dari China..hi hi

Okeh berbalik pasal Nasi Ayam yang buat tadi, nak share resepi terutama buat beberapa rakan yang bertanya. TQ TQ

............................................



NASI AYAM FZMENU
Bahan utama:
Ayam bahagian Wing (9ketul)
Beras basmathi 3½ pot kecil

Untuk sup:
Rempah sup bunjut
Rempah 4 sekawan
½labu bawang merah
Halia 1½ inci
Bawang putih 3 ulas
Bawang goreng
Batang seleri(jika ada)
Garam

Cara masak sup :
Ketuk² sedikit bawang merah, halia dan bawang putih. Tumis lalu masukkan rempah sekawan. Masukkan ayam, masak biar sekata baru tambahkan air. Bila mendidih masukkan sup bunjut. Masak hingga jadi sup ayam. Masukkan batang seleri, perisakan dengan garam dan perahkan satu hirisan limau nipis. Tabur bawang goreng. Tutup api. Keluarkan ayam dari sup.

Perap ayam dengan sesudu besar kicap, sesudu besar sos tiram, sesudu besar madu lebah, halia 1½ inci dan bawang putih 2 ulas yang ditumbuk beserta tambahan sedikit garam.

Untuk nasi, basuh beras basmathi, tambahkan air sup sebanyak sukatan beras. Kalau beras 3½ pot, air pun kena lah di garisan untuk 3½ pot. Kalau suka lembik sikit bolehlah tambahkan air di aras sukatan 4pot. Masukkan secubit dua serbuk kunyit dan sehelai daun pandan yang disimpul. On rice cooker.


Untuk sambal nasi ayam, tumbuk 5 cili merah, 3 cili api merah, halia ½ inci dan bawang putih 2 ulas. Setelah lumat tambahkan garam, gula, sedikit cuka dan sedikit perahan limau nipis. Biar cair² likat dengan menambahkan sedikit air sup ke dalam sambal.


Untuk kicap nasi ayam, ambil pes kicap yang buat perap ayam ditambahi sedikit lagi kicap manis cap kipas udang serta 2 ulas bawang putih yang ditumbuk. Tambahkan sedikit sup jika masih pekat.

Goreng ayam yang dah diperap. Sebelum mula menggoreng gaulkan sekali lagi sesudu besar madu lebah.


Bila ayam dah siap digoreng, susun ayam dikelilingi daun² salad, timun batang(saya tak letak tadi sebab dah banyak salad) serta buah tomato ceri. Hidangkan bersama semangkuk sup, sambal nasi ayam serta kicap nasi ayam .

Alhamdulillah. Selamat menjamu selera. Moga semua sentiasa dalam rahmat Allah..aamiin.

Menu A - Z