BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Showing posts with label Nasi Kerabu Kuning. Show all posts
Showing posts with label Nasi Kerabu Kuning. Show all posts

Monday

Nasi Kerabu Kuning



Semalam teringat nak buat nasi kerabu. Sempena papa diaorang balik setelah 3 hari ke Ijtimak Malaysia 2009 di Sepang, elok juga dihidangkan dengan menu nasi kerabu nih. Ntah camane papa makan kat sana. So, semak2 bahan asas nak buat nasi kerabu, kebetulan pulak ada. Ulam2 macam daun kesum, bunga kantan dan serai tu alhamdulillah, ambik kat laman je. Yang lain2 tu nasib baik ada beli weekend hari tu.

At-last terhidang lah nasi kerabu semalam yang dimasak khas buat orang yang baru balik dari bermusafir... hehe


Bahan-bahannya:
1) Sambal kelapa
  • setengah biji kelapa untuk digoreng tanpa minyak
  • 1 sudu teh lada hitam/sulah
  • 2 ulas bawah merah
  • 3 ekor ikan tawar(ikan sardin/selayang) *kalau kembung memadai seekor je yang besar*
  • nise
  • gula
  • garam
*** kesemua bahan ditumbuk

2) Tumis nasi kerabu
  • setengah biji kelapa diperah santan
  • setengah inci halia ditumbuk
  • 1 labu besar bawang merah ditumbuk
  • 2 batang serai diketuk
  • belacan
  • cili kering diblend/tumbuk
  • manisan
  • garam
  • asam keping
  • 2 sudu besar budu *jika suka*
  • Tambahkan bancuhan sesudu kecil tepung jagung + sedikit air( kalau nak pekatkan sikit tumis)
*** santan dijerang atas api. kacau²kan hingga masak cantik kemudian baru masukkan bahan-bahan lain yang dah ditumis terlebih dulu. 
Caranya》》》》》Halia, bawang merah, bawang putih ditumbuk/blend. Begitu juga dengan cili kering, digunting, buang biji, basuh bersih kemudian direbus. Bilas, dan rebus sekali lagi. Tos kan sebentar lalu dikisar. Mula² tumis cili kering hingga betul² masak dan naik minyak lalu masukkan bahan² lain yang ditumbuk/blend. Masukkan serai, asam keping serta belacan. Perisakan dengan garam, gula dan nise(atau kalau tiada nise gantikan dengan gula melaka) Masak hingga naik minyak baru kemudiannya dicampur dengan santan yang dah dimasak asing tadi.  Boleh tambah budu dan bantu likatkan dengan sesudu besar bancuhan tepung jagung. Masak sampai tumisan likat dan bersinar.

3) ulam-ulaman
  • kacang panjang
  • timun batang
  • daun kesum
  • bunga kantan
  • serai
  • daun serai kayu
  • limau bali(jika ada)
  • hirisan limau nipis
**** semua bahan dimayang halus. Jika ada ulam-ulam lain seperti daun gajus, ulam raja, kobis dll boleh je di tambah dalam hidangan. 

4) Nasi
  • Masak nasi dengan sedikit air kunyit hidup, sedikit kunyit debu, sehelai daun pandan, sehelai daun kunyit dan beberapa helai daun limau purut dironyok² , 1 batang serai diketuk bersama ¾ cawan santan dan air secukupnya untuk hidangan nasi yang ceria kekuningan *kali ni saya tak buat nasi kaler purple, takde bunga telang*

Bila dah siap semua, bolehlah dihidangkan dengan budu, telor masin, keropok keping, ikan celup tepung dan daging bakar. Kalau sempat buat solok, lagi elok lah....mmmmm...

p/s: *Boleh stand-by sambal lada/sambal belacan buat yang suka pedas*
Nak buat sambal lada hanya tumbuk cili merah + cili api + seulas bawang puteh + gula + garam + cuka + sedikit air....

Menu A - Z