BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday

Beledo Bekwoh aka Agar-Agar Merah

Assalamualaikum....
Semalam buat beledo lagi.... Beledo kosong/ 'plain agar-agar' yang orang ramai2 pakat buat time 'Bekwoh' atau kenduri-kendara tu....hehe....

Buat lebih sikit semalam sebab untuk nak bawak pegi Open house Persatuan Penduduk area rumah kami. Nak ambik syarat sempurnakan bahagian kami, buat la beledo dengan kek coklat untuk wat saing dengan makanan lain dari jiran2... alhamdulillah boleh tahan la meriah gathering kemanghing.... :))

Ada kawan yang tanya sukatan yang tepat untuk buat beledo bekwoh ni. Saya yang selama ini main anggar2 je masuk banyak2 mana gula dan air, cuba la sukat sikit semalam. Alhamdulillah bila teraa sukat2 tu dapat la dicatit sukatan yang boleh la kata accurate gak bih-kurang....hehe... Alhamdulillah tak terlembik dan tak terkeras. Moga ada manafaatnya buat kengkawan yang nak buat Agar-Agar Merah versi bekwoh ini untuk rai'kan keluarga dan saing2.... InsyaAllah.


RESEPI BELEDO MERAH aka Agar-agar merah kosong/Plain
*gandakan lagi sukatan kalu nok buat untuk kenduri/bekwoh besar-besaran*

Bahan2nya:

  • agar2 50g (2 plastik @ 25g setiap satu, yang biasa dijual di pasaraya)
  • air 2  1/2 botol besar (saiz botol air mineral 1500 ml)
  • gula batu satu plastik @ 250g
  • gula pasir 1 setengah cawan
  • daun pandan 5 helai disimpul
  • perisa ros 1 scop (penutup botol star brand)
  • pewarna merah setengah scop (penutup botol star brand)*lebihkan sikit kalu nak merah lagi. Bagi saya setengah scop tu dah orite, tapi kalu tempat bekwoh biasa kaler menghoh lagiii.... :)*

Cara:
  1. Rendam sekejap agar2 kemudian basuh bersih.
  2. Rebus agar2 dengan air. Biarkan sampai agar2 hancur sepenuhnya.
  3. Kacau sekali sekala agar tidak melimpah keluar periuk.
  4. Bila dah agar2 dah hancur, masukkan daun pandan serta gula batu diikuti dengan gula pasir.
  5. Biarkan lama masak, sampai daun pandan bertukar kaler menjadi kekuningan baru ditutup api.
  6. Tambahkan perisa ros dan pewarna merah.
  7. Tapiskan agar-agar ke dalam loyang yang telah dibilas terlebih dahulu. Tak payah dilapkan selepas dibilas loyang *untuk mudah keluarkan agar2 bila dah keras nanti*
*** nota fzi: Biasa saya buat beledo malam, esoknya baru dipotong. Hanya biarkan ia sejuk dan keras di bawah saji je, tak payah masuk peti ais. Beledo yang siap untuk dihidang akan kelihatan berkilat2/bersinar cantik, pejal elok dan tidak berair.

Sekian, wassalam...

Friday

Satay

Sempena musim raya ni, nak kongsi resepi satay yang dah beberapa kali kami cuba buat sendiri.  Alhamdulillah boleh tahan juga la sedap.  Asalnya berguru dengan jiran di kelate yang memang pakar dalam buat satay nih.... Kak Moh dengan Cikgu Nor... TQVM....

Raya kali ini belom sempat buat lagi, tapi InsyaAllah plan tu ada.  Tunggu kaki bakar kami balik dari PJ...hehe... sekarang member tengah demam periksa.  Sama la dengan kakak dan Shilah, sume tengah demam periksa....mama doakan mudah segalanya anak2ku.... aminn

Gambar anaknda masa bakar satay hari tu.....

RESEPI SATAY
(maaf, sukatan saya cekegho2 je chemok2 mana)
Bahan2nya:

  • 1   1/2 kg daging  lembu atau  isi dari 2 ekor ayam 
  • 5 batang serai
  • 2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 2 inci kunyit hidup
  • 3 labu bawang merah besar
  • 3 ulas bawang puteh
  • 1 sudu besar jintan manis **
  • 2 sudu besar jintan puteh (kena gandakan 2x dari jintan manis) **
  • 4 sudu besar ketumbar  (gandakan 2x dari jintan puteh) **
  • Garam 1 sudu besar(jangan terlebih)
  • Gula 2   1/2 cawan(kalau ayam kurangkan)

Cara membuatnya:
  1. Bahan bertanda ** disangai terlebih dulu sebelum dimesin kering
  2. Blend bahan2 lainnya.
  3. potong daging/ayam secara kiub kecil
  4. perapkan bersama bahan2 blend 1 dan 2
  5. perisakan garam dan banyakkan sukatan gula (kata kak moh, jika sekilo daging, sukatan gula dalam 3 cawan, tapi saya selalunya kurangkan sikit...selalu hanya dalam 2 cawan lebih gitu..
  6. Selepas perap satay dalam 3jam, boleh lah mula cucuk satay. Cucuk sekali satu bahagian kulit ayam di antara isi2 ayam.
  7. bila sampai time membakar satay, renjiskan minyak yang diambil dari kuah satay. Gunakan lebihan batang serai yang dah diguna untuk merenjis minyak semasa membakar.

RESEPI KUAH SATAY boleh tengok di SINI

Selamat mencuba, nanti kalu jadi kami buat dalam masa terdekat ini, InsyaAllah akan segera di up-date kan citer masuk blog... :))


Tuesday

Nasi Minyak

Nasi Minyak membuka tirai juadah raya di rumah kami. Balik kelate hari tu dah siap2 beli beras nasik dagang 10kg, tapi sampai hari ni tak terusik lagi. Masih duk terperuk kat tepi dinding sekali dengan barang makanan lain yang beli hari tu.

InsyaAllah kalu tiada aral minggu depan baru jadi misi nasi dagang, khusus buat jiran2 keliling rumah, kengkawan ofis papa, kengkawan rapat serta mana2 rakan anaknda yang belum datang.

Minggu lepas 2 hari berturut2 buat nasik minyak. Menu tu je yang rasa cepat siap dan tak banyak hal. Lauk sudah semestinya gulai ayam kelate. Yang mula2 tu hanya sempat buat acar mentah dan sambal lada je sebagai rencah sampingan sebab berlari2 sikit kat dapur, nak buat camne pagi tu baru nak mula buat semua benda .

... pk pulak lepas makan nasik, mesti nak kena ada dessert, jadi berungga la adun carrot cake, buat BeKe sebutir dan tak lupa masak agar2 merah *ada yang bagi gelaran 'beledo bodo' je kat agar2 kosong tu, tapi saya yang tak sanggup untuk sama2 praktikkan gelaran tersebut...hehehe*

Esoknya anaknda kata ramai yang dijangka hadir, jadi di samping gulai ayam masak daging masak hitam dan kacang panjang goreng sambal. Alhamdulillah cukup makanan buat sume yang datang beraya tuh... :))


RESEPI NASI MINYAK
(gandakan sukatan untuk lebih kuantiti)
Bahan2:
  • 2 cawan beras
  • 2 cawan air
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • sedikit susu cair
  • rempah 4 sekawan - kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih
  • bawang puteh 3 ulas - cincang
  • bawang merah 5 ulas -mayang
  • halia 1 inci - mayang nipis /cincang
  • garam 1 sudu kecik
  • asam limau 1 slice je
  • sedikit kunyit debu
  • 2 helai daun pandan - disimpul
  • kismis sebagai hiasan
    Caranya:
    1. Tumis rempah 4 sekawan, bahan yang dimayang sampai kegaringan.
    2. Masukkan air.
    3. Bila mendidih air masukkan beras, bubuh daun pandan, masukkan susu, kunyit debu, garam dan perah asam limau.
    4. Tudung periuk, biarkan masak sendiri.
    5. Bila nasi dah masak, bolehlah taburkan kismis. Tutup balik periuk biar kismis kembang sikit sebelum hidang nasi.
    ***jika guna rice cooker, tumiskan bahan atas dapur gas dulu, bila dah selesai perah asam limau, baru alihkan periuk ke rice cooker.

    *** saya pakai beras Jasmin(gambar Jalaluddin Hassan pakai kot kelabu). Jadi sesuai sukatan beras dengan kuantiti air. Kalau guna beras siam, kena tambah lagi air.

    Saturday

    Petai Jeruk

    Salam Aidil Fitri....

    Alhamdulillah, semoga sume bergumbira di hari raya.  Tentu banyak jemputan open house sepanjang Syawal ini kan.... Kami setakat ini belom dapat ke mana2 lagi lepas balik dari Kelantan tempohari. Hanya menerima kunjungan tetamu sedangkan kami sendiri tak ddan lagi nak pegi beraya walaupun ke rumah jiran sebelah...heheh

    Sajer nak citer, suka sebab time balik kelate hari tu, dapat banyak stok makanan dari sedara mara.  Buah rambutan dan dokong wat balik dekat seguni setiap satu. Yang paling hepi bila dapat buah salok fresh, lempok durian dan petai jeruk. Lempok tu siap saya hidang buat tetamu yang datang beraya...sume suka...alhamdulillah. 

    Petai jeruk pulak dah lama tak buat sendiri.  Masa rajin ke Cameron itu hari, selalu lah jugak buat bila dapat beli petai dari orang asli yang jual di tepi laluan samada masa nak naik/turun dari Cameron tuh.  

    Suka, suka, suka.... dapat satu balang penuh petai jeruk dari kak ani.... timo kasih bbanyok la kak ani deh....  :))


    Nak share cara saya buat petai jeruk:

    1. petai di potong tepi yang keras kiri kanan lalu di kerat2 biar jadi 3 bahagian *dari sepapan petai*
    2. rebus sampai warna kulit petai bertukar warna
    3. picit2 keluar biji2 petai dari kulitnya
    4. basuh bersih2 biji2 petai
    5. cari botol yang sesuai kemudian rendam petai dalam air masak yang telah sejuk
    6. boh garam buku dan asam keping.
    7. tutup botol

    Sekian...wassalam.


    Menu A - Z