BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Showing posts with label Nasi Kaya Gerodok Ubi. Show all posts
Showing posts with label Nasi Kaya Gerodok Ubi. Show all posts

Friday

Nasi Kaya Gerodok Ubi....tunjuk-cara


Minggu lepas semangat membeli ubi bukan main menjadi2 lagi. Berapa trip beli ubi. Seingat saya dari minggu lepas membawa ke minggu ni, dah 3 kali saya pegi duk pilih ubi. Bukan setakat ubi kayu, bila berpaling tengok keledek yang gemok2 tu... cepat je tangan pilih keledek pula.

Bukan apa, saya selalu rasa senang hati kalu banyak benda2 macam ni kat rumah. Bila tiba time malas2 tu, senang.... buat kueh2 yang pakai ubi ni je.... kueh cek mek jadi, keria jadi, pengat ubi jadi, sira ubi dan goreng ubi pun jadi malah satu lagi yang tak jemu2 buat dari dulu kini dan selamanya iaitu...Nasi Kaya Gerodok Ubi....pun jadi!! hehehe *faveret suami dan anak2 tu.....tapi suami saya panggil kueh ni dengan gelaran 'Seri Kaya Ubi'*

Ada permintaan baru2 ini dari seorang sahabat via fon-call, mintak buat tunjuk cara camana nak buat gerodok ni. Beliau tak leh nak imagine nak buatnya camne, maklumlah tak biasa dengan kueh tu walaupun dengar dari cerita saya melalui posting tempohari, bunyi macam senang je... :)

Ok lah.... untuk sampaikan hajat beliau.... jom kita tengok langkah demi langkah lagumana tunjuk-cara nya.... :)


mula-mula cairkan manisan + air.....
masak sampai cair2 likat....
masukkan daun pandan yang disimpul...
masukkan pula bunga cengkih


pecahkan telor sebiji demi sebiji....
kombain together telor dengan keledek
yang dihiris nipis, kepok2 sedikit (pukul main2)....
tambahkan sedikit garam dalam bancuhan.


tuangkan bancuhan telor dan keledek dalam air manisan....
tutup periuk....
masak dengan menggunakan api yang sederhana pada mulanya....
selepas beberapa minit, masak guna api kecil....
di saat2 akhir nak masak, kena hati2 takut hangit


...dah siap pun..... :))


sendukkan sekali air manisan yang ada di dasar periuk
semasa menghidang....


Nasi kaya Gerodok Ubi



Ini le salah-satu kueh segera kami di bulan puasa. Yang bagi gelaran 'kueh segera' atau 'instant' tu sebab masa nak masaknya tak sampai 10 minit,... siap. Tambah lagi selalunya di bulan2 puasa, saya teramat le bizi dengan projek cookies. Tu yang buat kueh yang mana dan je. Gerodok ubi lah yang selalu diterjah buat bila mata mengerling ke jam dinding, dah dekat2 pukul 7.oo, sudah hampir waktu berbuka. Jadi hanya itu je yang sempat di waktu2 kritikal cam tu.... :)


Nasi kaya gerodok ubi ni memang sedap. Buat cam-cam mana pun InsyaAllah gerenti jadi punya...hehe... Kalau tak de bekalan ubi maka jadilah ia hanya gerodok telor je... pun tetap sedap. Jom tengok nak buatnya camane.....


Bahan-bahannya:

  • Ubi keledek/stelo 2 ketul sederhana besar dimayang halus
  • telor 4 biji
  • manisan 4 kerek/gula melaka seketul besar
  • air
  • daun pandan disimpul
  • bunga cengkih 8 - 10 kuntum
  • sedikit garam

Cara-caranya:
  1. Cairkan manisan dengan sedikit air. Masak sampai likat.
  2. Masukkan daun pandan dan bunga cengkih.
  3. Satukan telor yang dikepok², sedikit garam dan ubi yang telah siap dimayang. Tuang perlahan2 ke dalam periuk manisan.
  4. Tutup periuk dan masak dengan api yang perlahan sehingga agak2 kering air manisan.
  5. Siap untuk dihidangkan. Sedap dimakan samada masih panas atau yang sudah disejukkan di dalam petiais. Selamat mencuba....

Menu A - Z