BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday

Nasi Impit, Kuah Kacang dan Sambal Nasi Impit




Tiap kali raya, juadah Nasi Impit mesti sentiasa ada. Rasa saya kebanyakan rumah mesti tidak ketinggalan sediakan menu Nasi Impit sebagai salah-satu juadah raya di meja hidangan.

Sekarang ni senang, nasi impit segera mudah di dapati dalam dua tiga keluaran. Yang fofularnya sudah tentu lah jenama
Nona dan Adabi. Terpulang kepada citarasa masing2, malah ada juga yang rajin membuatnya sendiri samada dipek sendiri seperti nasi impit segera tadi atau pun beras di masak manual dengan air yang banyak kemudian dibungkus dengan daun pisang kemudian ditindih dengan benda berat...macam orang dulu2 buat nasi impit.

Amboi panjangnya intro... sebenarnya nak ceritalah yang saya juga tidak dapat tidak, kena buat jugak nasi impit beserta dengan kuah kacang siap dengan sambal kelapa sekali untuk dicicah dengan nasi impit ini.  Sambal kelapa selalunya istimewa diminta buat oleh suami. Jadi terhasil lah sekali lagi menu ini sebagai salah satu dari juadah raya kami.

Kalau di Kelantan*untuk menu harian sarapan pagi dan bukan di musim raya*, kami selalunya siap buat pulut pagi kalau buat nasi impit ni. Jadi bila tiba time nak makannya, gabungkan keempat2 bahan tersebut lalu diberi gelaran "Nasi Kapit Kawin".... huh macam2 gelaran makanan orang kelantan ni ... heheh....memang kreatif orang dulu2 yang kasi nama makanan tu sume...  :))

Mari kita tengok resepinya camne....


Resepi Nasi Impit
*saya dulu, kini dan selamanya guna nasi impit segera je, menyenangkan kehidupan*
Setelah dibasuh bersih, rebus nasi impit segera selama 1 - 2 jam dengan menggunakan rice cooker. Tambah air panas jika perlu dan tambah masa merebus.


Resepi Kuah Kacang Kelate
  • kacang tanah digoreng tanpa minyak, buang kulit dan tumbuk jangan terlalu hancur*jika buat banyak separuhnya saya mesin guna pengisar kering*
  • sedikit udang kering direndam untuk melembutkannya *
  • halia *
  • bawang merah *
  • bawang putih *
  • cili kering *
  • jintan manis digoreng tanpa minyak kemudian dimesin dengan pengisar kering
  • jintan putih (ulangi cara jintan manis)
  • serai tiga/empat batang diketuk
  • asam keping
  • sedikit belacan *
  • santan RM2
  • manisan
  • garam
**maaf tak dapat memberi kadar sukatan bahan2 dengan tepat, sebab saya selalunya main angar2 je bahan2nya chemmok-chemmok mana...

Cara membuatnya:
  1. Semua bahan bertanda * dimesin lalu ditumis.
  2. Masukkan serai yang diketuk.
  3. Bila dah masak elok bahan tumisan, masukkan jintan manis dan jintan putih yang dimesin beserta kacang, gaul2kan rata sebelum dimasukkan santan dan asam keping. Tambah garam dan manisan. Kadar garam jangan terlebih sebab kuah nasi impit lagi lama lagi terasa masinnya. Rasa manisnya mesti dua tiga kali ganda*baru ada umph* :)
  4. Sesekali kacau, masak sampai kuah jadi likat.

Resipi Sambal Nasi Impit

  • kelapa parut sebiji *digoreng tanpa minyak*
  • Ikan kembung 2 ekor dibakar/rebus kemudian diasingkan dari tulangnya
  • lada hitam 7 - 8 biji
  • bawang merah besar 1/2  labu
  • 2 - 3 hiris halia
  • 2 batang serai
  • manisan
  • garam
Cara membuatnya:
Kesemua bahan ditumbuk dan gaulkan sampai sebati. Sambalnya perlu rasa manis.


Monday

Pulut Berinti


Sepanjang bulan puasa ni, sempat le dua kali kukus pulut berinti ni.... advantage nya kalau buat kueh tempatan yang satu ni, di samping sedap dimakan ia juga teramat le mengenyangkan...hehehe

Yang mula2 hari tu, buatnya pada minggu ke 2 Ramadhan. Dapat sikit je, cukup la untuk makan satu family je....lagi pun hari tu ada bakar kueh lain yang nak hantar ke surau berhampiran iaitu kueh Beke... jadi bukan main lagi.. ada 2 kueh yang mengenyangkan pulak malam tu... :)



Bila buat yang kali ke 2 ni, rendam beras pulut lebih sikit sebab nak buat sekali untuk bekalkan suami dan anak bujang pergi Iktikaf di masjid malam kelmarin. Niat tu untuk diaorang alas perut time rasa lapar di tengah-tengah malam tapi rupa2nya papa dan abang buat bersahur sekali....hehe

Alhamdulillah...



Resepi Pulut Berinti aka Pulut Beghiti
*up-date 25hb Oct, 9.45 mlm*

Bahan2nya:
  • 2 cawan beras pulut *rendam lebihkurang 3 jam*
  • 3/4(tiga suku) mug santan
  • 1 sudu kecil garam
  • daun pandan disimpul
  • daun pisang untuk membungkus pulut berinti

Bahan inti:
  • 1 biji kelapa parut puteh
  • 2 karet nise kampung/nise siam/gula melaka
  • 2 sudu besar gula
  • sedikit garam
  • daun pandan disimpul
  • sesudu teh tepung beras + sesudu/2 sudu besar air masak
  • 1 cawan air

Cara buatnya:
  1. Beras pulut yang direndam, ditoskan kemudian dikukus sehingga masak +- 20 minit.
  2. Keluarkan dan masukkan ke dalam besen/periuk, arung dengan santan yang dah dicampur garam, kukus lagi selama 15 minit.
  3. Cairkan manisan dan bersama air, sedikit garam dan daun pandan. Tambahkan gula jika kurang manis. Masak sampai agak likat baru dimasukkan kelapa parut. Masak biar serata.
  4. Bancuhkan tepung beras dengan air lalu dituangkan ke dalam inti yang sedang dimasak *untuk tujuan menjadikan inti agak kering dan kental agar tidak berterabur*
  5. Sudukan pulut ke atas daun pisang yang dah siap dilayur. Sudukan pula inti di atas pulut. Kemudian bungkuslah pulut macam nak bungkus nasi lemak gayanya... :)
  6. ....dah siap untuk dihidangkan..... :)

*** Kalau rendam sekejap je pulut(baru rendam time maghi teringat nak makan pulut berinti), makanya kena arung santan dua kali. Yang pertama arung dengan santan cair kemudian kukus. Kali kedua baru arung dengan santan pekat + garam. Kukus sekali lagi.


Sunday

Sira Labu


Sejak tak keluar dapur ni, tugas ke pasar beli lauk serah sepenuhnya kat suami untuk laksanakan. Main pesan2 je @ bagi senarai lauk yang nak kena beli @ sms papa kat pasar bila ada yang tiba2 teringat belum pesan.

Satu hari tu....


Ting!!


Teringat nak makan Sira Labu..... so takde main2 sms dah kat papa yang masa tu dah kat pasar. Terus
call suh beli labu.

"Labu Kuning tau pa, bukan labu yang orang buat sayur air tu...."
:)

Sira Labu ni memang sedap, mengalahkan sedapnya Sira Pisang atau Sira Ubi *bagi saya la...hehe*


Resipi Sira Labu

  • Setengah biji labu dikupas kulit, dibasuh dan direndam air kapur *saya rendam dari pagi, petang baru dimasak(fungsi air kapur untuk buat labu lebih kental dan cantik bila disira)*
  • Setelah dibasuh bersih, sejatkan.
  • Masak gula secawan + air + 2 helai daun pandan yang disimpul + tujuh lapan biji bunga cengkih + dua tiga titik pewarna kuning *untuk kasi ceria kaler*
  • Masukkan labu, taburkan sedikit lagi gula di atasnya.
  • Masak lah sampai air sira cair-cair likat.
  • Dah siap.....


*** Cari labu yang kulitnya kuning (labu tua)


Saturday

Jeruk Pauh





Ohh buat jeruk lagi....

Mulanya dapat khabar dari Asri dan Ani yang menyewa rumah kami di LB yang pokok pauh berbuah lebat sekarang ni...


"Datang la ambik kak!"


So kami pun sekali arung ngan antar kakak balik asrama hari Isnin Nuzul Quran hari tu, langsung terus ke LB.

Asri tanpa berlengah terus tolong panjat pokok pauh yang dua pokok tu. Satu depan rumah, satu lagi juga depan rumah tapi seberang jalan.

"Ya Allah, jangan la Asri tersilap langkah...buatnya jatuh petang2 hari ni tak ke sabit kesalahan kitaorang nanti....", saya berdoa dalam hati sambil membaca ayat kursi masa Asri tengah petik buah pauh kat hujung2 julai *hujung ranting* tu....risau pulak... :O


Kami yang lain2 termasuk Ani duk dongak je tengok. Sesekali tunjuk kat Asri mana2 buah yang nampak besar.
"Yang tu Asri, yang ni Asri"....hehehe

So malam tu 'hepi mengupas' buah pauh le lepas balik terawih. Gotong royong tiga orang *saya, suami dan Shilah*
sampai pukul 12.30 malam. Selesai kupas semua "hepi menjeruk' le saya*sila klik di sini untuk nak lihat camana nak buat jeruk ni*.....

TQ Asri suami isteri yang baik hati
:)


Sunday

Lompat Tikam


Ohhh... semua di rumah nampak hepi bila dua hari lepas saya buat lompat tikam...

Idea nak buatnya timbul masa saya tengah drive nak pegi ambik kakak balik rumah. Sepanjang menyusuri jalan BS - Rasa, mata sesekali menoleh pada kolam ikan dan dusun buah-buahan sepanjang perjalanan.

Tetiba teringat satu n3 di blog seseorang *beliau bukan dalam dunia masakan...hehe * yang memaparkan citer pasal lompat tikam. Ohhh tak boleh jadi nih.... mesti gak buat... tak kira... pendek kata, papa balik ofis petang tu, janji Lompat Tikam dah tersedia di meja hidangan berbuka puasa...hehehe



Resipi Lompat Tikam *update 13/9/08*

  1. Pulut - Secawan setengah beras pulut direndam dalam air yang dititik sedikit pewarna merah (saya masukkan banyak titik... nak kasi kaler dia ngancam sikit) - Rendam 10 minit pun OK lepas tu toskan dan kemudiannya dikukus dengan sehelai daun pandan yang disimpul - kukus selama 10 minit - keluarkan dan arung dengan santan kemancar(santan cair) yang dibubuh garam - kukus lagi selama 10 - 15 minit
  2. Tepung Hijau - Sementara pulut di atas dapur, bancuh secawan tepung beras dengan 2 cawan santan cair dan setengah cawan pati pandan + secubit kapur makan + sedikit garam - masak atas api - bila sudah masak dan pekat tutup api, tuang dalam loyang *kukus pulak dalam 10 minit*
  3. Santan pekat - Bancuh sesudu besar tepung beras + dua cawan santan + sedikit garam + sehelai daun pandan yang di simpul - masak sampai cair-cair likat - tutup api dan sejukkan
  4. air manisan - Cairkan manisan/gula melaka ketul + air + sehelai daun pandan yang disimpul - masak sampai likat - tutup api dan sejukkan

Kueh Lopes








Buat kueh lopes ini ekceli untuk menu kueh berbuka di hari mula2 berpuasa. Saya buat banyak terus... 1kg pulut.... jadi dapat lah simpan dalam freezer untuk makan dua tiga kali. Senang, hanya kukus balik kemudian biarkan ia sejuk sampailah time nak makan waktu berbuka tu.

Kueh lopes ni antara kueh yang sering ada masa kami sesekali buat kenduri atau makan2. Dah la sedap dan tak jemu makan, buatnya pun senang dan tak ambik banyak masa kita kat dapur.

Bila dah direbus malam sebelum tibanya hari makan2 tu, tinggal tunggu potong je sekali arung keesokan nya dekat2
time tetamu nak datang.... Senang, takde lah saya terkejar2 nak layan buat kueh di saat2 tengah sibuk masak nasi dan lauk-pauk :)


Resepi Kueh Lopes
*up-date 25hb Oct, 9.25 mlm*

Bahan2nya:

  • Beras pulut setengah kilo *seeloknya direndam semalaman*
  • pati dari air perahan daun pandan
  • kelapa parut + garam
  • air manisan
  • daun pisang untuk membalut lopes
  • tali rafia untuk mengikat
Cara buatnya:
  1. Beras pulut yang direndam, ditoskan kemudian ditanak dengan air yang bercampur pati daun pandan.
  2. Tanak separuh masak sambil dikacau2 supaya tidak hangit.
  3. Bila sudah kering air dan pulut agak separuh kental, mulalah menggulungnya di dalam daun pisang yang dah siap dilayur sebelum itu.
  4. Ikat di kedua2 hujung daun pisang dengan tali rafia. Ikat lagi di bahagian tengah supaya tidak pecah semasa merebus.
  5. Bila siap semua, rebuslah ia selama 1 - 2 jam.
  6. Toskan dan biarkan sejuk sebelum dihidang. *saya selalunya buat lopes malam untuk hidangan hari esoknya*
Cara hidangan:
  1. Kueh lopes dipotong sederhana tebal kemudian disalutkan pula dengan kelapa parut yang dah siap2 dibubuh garam.
  2. Hidangkan dengan air manisan.

    Kueh Sagu

    Kueh ini memang sedap di makan leih2 lagi dalam cuaca panas menjelang pertengahan Ramadhan ini. Lebih sedap lagi sejam dua sebelum masuk waktu berbuka, letak dalam peti sejuk kejap... Jadi bila dijamah sewaktu berbuka puasa...uishh.... nyum nyum nyum...... hehe

    Anak-anak suka... balik terawih terus habiskan belen2 kuih sagu yang makan waktu berbuka tuh... Habis semua tak sempat simpan untuk makan sebagai pembasuh mulut waktu bersahur... :)


    Alhamdulillah dalam Ramadhan ini, dah sempat buat 2 kali... sekali buat kaler hijau kemudian beralih selera tukar kaler kuning pulak... :)


    Resepi Kueh Sagu
    *update 25hb Oct, 9.10 mlm*

    Bahan2:

    • biji sagu saiz kecil 1 cawan
    • gula tiga suku cawan
    • air 3 cawan
    • daun pandan 2 helai disimpul
    • beberapa titik pewarna hijau/merah/kuning
    • beberapa titik perisa Rose
    Cara buatnya:
    1. Panaskan air..... bila menggelegak masukkan sagu yang telah disiram air sekali lalu.
    2. Masakkan sehingga agak likat dan warna sagu hampir jernih *hingga kurang bilangan biji sagu yang masih berwarna putih*
    3. Masukkan daun pandan + gula..... kacau lagi biar sampai likat
    4. Masukkan pewarna dan perisa Rose
    5. Buang daun pandan....tuangkan ke dalam loyang yang dibilas terlebih dahulu *perlu dibilas supaya kueh senang dikeluarkan dari loyang, tidak melekat*
    6. Kukus kueh sagu selama 10 minit untuk hasil yang lebih memuaskan... :)


    Lepat Pisang


    Lepat pisang memang boleh di anggap kueh segera.... mudah dan cepat.... kerja nak buatnya lebih sikit je dari nak buat cekodok pisang...hehehe

    Lepat pisang lebih kurang sama kepekatan adunannya macam nak buat cekodok.... kalu nak lebih lembut, lembikkan sedikit je lagi dari adunan cekodok. Untuk lebih sedap elok jika dibubuh kelapa parut yang dicampur sedikit garam di tengah-tengahnya. Mula2 bubuh lapisan adunan pisang kemudian sudukan sesudu kelapa parut ditengah.


    Dah siap bungkus semua lepat pisang tu, bolehlah mula mengukus... sekejap je masaknya, dalam 15 minit dah boleh diangkat :)

    Jom melepat pisang! :D
     

    Update resepi yang agak accurate sukatan(campur nise) :


    • 1 cawan pisang yang sudah dilecek(9 biji pisang emas) 
    • 2 sudu besar gula pasir kasar
    • 1/3 keping nise(tak sampai separuh) - diricih halus
    • 1/2 cawan tepung gandum
    • 1 sudu besar tepung beras
    • 1/2 cawan kelapa parut + 1/4 sudu kecil garam

    Cara membuatnya:

    Panaskan periuk pengukus.

    Ricih halus nise/gula melaka.

    Satukan pisang yang dilecek dengan gula, nise, tepung gandum dan tepung beras.

    Tambahkan garam ke dalam kelapa parut.

    Bersihkan daun pisang dan layurkan di atas api.

    Potong daun pisang segiempat tepat, biar sama besar semua.

    Sudukan dalam 2 sudu adunan pisang. Letak kelapa yang sudah dicampurkan garam di atasnya.


    Lipat daun pisang dan kukus kueh dalam anggaran 15 minit.


    Alhamdulillah. 



    Pengat Butir Nako




    Menu kueh hari-hari bertukar sejak Ramadhan ini.... betapa saya macam duk pikir pasal nafsu makan jeh...heheh...

    Ini pengat butir nako yang memang fames kat negeri kelate.... bukan bulan poso je orang buat, tapi seingat saya pengat ini memang sentiasa tersedia di kebanyakan gerai2 yang jual makanan buat minum petang di sana.... :)


    Resepi Pengat Butir Nako
    *update 25hb Oct, 8.30 mlm*
    • secawan tepong pulut
    • sesudu besar tepong jagung
    • daun pandan *dimesin dengan sedikit air, kemudian ambil patinya*
    • santan
    • gula
    • secubit garam
    • setengah sudu teh halba
    • sedikit hirisan halus halia
    Cara buatnya:
    1. Campurkan tepong pulut dan tepong jagung bersama pati pandan.... jadikan doh hingga tak melekat di tangan - ambil doh sebesar guli lalu dibentukkan bulat kemudian leperkan hingga kelihatan seperti biji nangka (butir nako)
    2. Susunkan di dalam pinggan yang besar
    3. Bila dah siap semua, masukkan biji-biji nangka tersebut ke dalam periuk yang telah dididihkan airnya terlebih dahulu.
    4. Bila semua biji nangka timbul dipermukaan air dalam periuk, sendukkan dan masukkan ke dalam mangkuk yang berisi air
    5. Sementara itu masak santan + gula secukup rasa, bila menggelegak santan masukkan halba, hirisan halia dan sehelai daun pandan yang disimpul, sedikit garam kemudian diikuti biji2 nangka tadi....biarkan kuah sekali lagi menggelegak terus tutup api
    6. ...dah siap dan boleh lah dihidangkan... :)

    Thursday

    Akok Kelate dan Akok Kemboja



    "Wow! Banyaknya akok mama buat, macam nak meniaga pulak!"

    Anak2 dan suami sume macam kaget tengok banyaknya kueh akok *dua-dua jenis akok iaitu akok kelate dan akok kemboja* yang dah siap dibakar terhidang di meja tengah pagi-pagi lagi.

    Agaknya tak sangka la pulak saya nak buat banyak macam tu...
    hehe.... Sebenarnya yang buat banyak2 tu bukan apa, pertamanya sebab nak bekalkan dekat anak2 yang nak balik hostel hari tu *hari Isnin lalu* dan sebab kedua untuk simpan stok dalam freezer.

    Ada harinya saya takdan nak buat kueh untuk juadah berbuka. Dan buat 2 lauk tu pun dah kira ok... Pukul 6.30 @ 6.45 petang biasanya baru stat nak masak lauk dan letak nasi. Siap masukkan cookies dalam balang terakhir selalunya ngam2 sekitar jam 6.30 petang...


    ...tu la pasal.... hehe ..

    Jadi bila ada kueh2 yang
    ready-made macam ni senang, tiga empat jam sebelum berbuka saya dah siap2 keluarkan dari freezer... sedang elok lah dia ambik masa defrost kan diri naturally.... :)



    Resepi Akok Kelate

    Bahan2nya:

    • telor satu mangkuk arcopal
    • tepong setengah cawan
    • air manisan *1 cawan air + 2 ketul manisan sederhana besar*
    • santan pekat satu setengah cawan
    • setengah sudu teh garam
    • dua tiga helai daun pandan
    Cara buatnya:
    1. masak manisan + air + daun pandan sampai cair2 likat. Tutup api dan keluarkan daun pandan.
    2. Bila agak sejuk sedikit, campurkan dengan lain2 bahan *telor, tepong, santan dan garam* dalam mangkuk adunan dan putarkan sampai semua sebati. Tapis.
    3. Sementara itu dah siap2 panaskan acuan akok*saya guna acuan akok kemboja dan acuan kueh cara, acuan akok belum beli lagi...hehe*
    4. Lenserkan acuan dengan minyak masak *gunakan daun pandan untuk melenser*
    5. Bakarlah sehingga masak *sampai warna bahagian atas akok jadi perang gelap*
    6. Siap.... akok memang nampak kembong pada mulanya... lama2 baru berkedut cantik... hehe


    Resepi Akok Kemboja/Kueh Bombai

    Bahan2nya:

    • telor satu mangkuk arcopal
    • tepong setengah mangkok
    • gula satu mangkok
    • santan pekat satu mangkok
    • daun pandan di mesin *dapatkan pati pandan agak2 setengah mangkok*
    • setengah sudu teh garam
    • bijan sebagai hiasan atas akok *jika suka*
    Cara membakarnya sama dengan macam nak buat Akok Kelate.... :)

    Tuesday

    Ikan Terubuk Bakar Cicah Air Asam

    ikan dibakar kosong tanpa digaram-kunyit


    anak bujang membakar sambil handfon di tangan,
    tu yang ikan jadi terlebih hitam sikit... :))


    air asam yang terdiri dari air asam jawa,
    cili api, bawang merah, garam gula


    Salam Ramadhan
    I
    kan terubuk ni saya suka beli yang Terubuk air.... terasa isinya lebih sedap dan manis berbanding terubuk biasa yang diimpot dari luar tu.

    Semasa beli siap2 pesan kat pakcik gerai ikan tu mintak buang perut ngan tarik je ikan tu supaya tulang2nya semua ke tepi. Senang nak makan, takde duk sibuk nak sisihkan tulang dari berbagai penjuru tu. Sisik tak payah buang sebab beli ikan ni semata2 hanya nak buat ikan bakar je. Tak timbul idea menu lain selain dari Ikan Terubuk Bakar cicah dengan Air Asam... nyum nyum nyum...hehehe


    Kat rumah ni kalau anak bujang saya ada baru semua jadi rajin dan semangat nak panggang2 ni. Sebab abang memang kaki bakar...hehe... kalau bab2 membakar/BBQ ni memang boleh serah kat abang... InsyaAllah gerenti beres...:))


    LaLa Masak Lemak



    Semua kat rumah suka sangat dengan LaLa ni... tapi tak boleh selalu2 sangat buat sebab pikirkan papa diaorang tak boleh kerap sangat makan seafood ni.

    Kalau beli LaLa, hanya dua pilihan menu yang biasa saya buat. Kalau tak masak cara goreng bercili, buat cara masak lemak cili api je. Kali ini buat yang masak lemak cili api.
    Caranya pasti semua tau dan seakan2 sama je caranya lebihkurang.

    Macam saya cili api yang ditumbuk dengan kunyit hidup tu digaul dulu dengan LaLa di dalam kuali tanpa minyak. Bila dah melekat kaler kuning tu dekat LaLa baru dimasukkan serai, asam keping dan santan pekat setengah cawan. Balik2kan sampai masak sambil ditaruk sedikit garam *
    sedikit sahaja sebab seafood dah sedia masin* dan secubit gula *sebagai ganti aji-no-moto*.....

    Macam tu saja lah yang biasa saya buat....
    :)

    Sotong Masak Hitam


    Tiap kali duk saing pilih2 sotong dengan pembeli2 lain di pasar, sedar2 saya selalunya customer yang paling lama pilih. Sebabnya sibuk cari sotong yang ada telor.

    Tapi kena pilih gerai jugak la... takut terkena tuan gerai yang garang...marah pulak nanti duk angkat letak angkat letak sotong tu lama sangat....hehe

    Best sangat rasa kalau dapat yang bertelor ni banyak2. Boleh dibuat Sotong Masak Hitam. Kalau bukan musim sotong bertelor, takde lah buat menu ni... buat bila beli sotong yang ada telor je..heheh


    Resepinya:

    • Sotong bertelor *dibasuh bersih tapi jangan dibuang hitamnya*
    • bawang putih dua tiga ulas
    • 2 batang serai
    • garam
    • sedikit manisan
    Cara nak buatnya ialah:
    • dengan hanya merebus sotong sampai empuk.
    • Sebelum itu pecahkan biji hitam di kepala sotong untuk dapatkan warna dakwatnya.
    • Setelah empuk, masukkan bawang putih dan serai yang diketuk.
    • Tambahkan garam dan manisan.
    • Rebus lagi sampai likat sedikit kuahnya sebelum ditutup api dapur.
    • Siap untuk dihidangkan.

    Menu A - Z