BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Showing posts with label Bubur Jagung. Show all posts
Showing posts with label Bubur Jagung. Show all posts

Tuesday

Nise Kapong dan Bubur Jagung



Alhamdulillah dapat bekalan Nise Kapong aka Manisan Kampung baru-baru ini. Nise Kapong tu sebutan dalam pelat kelate. Ianya manisan buatan orang kampung dalam bentuk kerek(digelungkan). Tu sebab ada juga yang memanggil nise ni dengan nama Gula Kerek. Lebihkurang sama dengan Nise Siam(nise dari Thailand) tapi nise siam dibentuk dalam kerek yang lebih kecil(boleh tengok di SINI).

Dah lama stok nise kehabisan. Boleh je kalu saya nak beli Gula Melaka yang 'ketul-ketul' tu kat sini, tapi sebab tunggu nise kapong dari kelate, tu yang sanggup tak makan pengat walau hati duk teringat-ingat nak makan pengat.. hehe. Jadi bila kakak yang duk kelate bawak nise yang saya pesan hari tu, sukanya hati sebab dapat nise yang ori kali ni, nise kapong yang extra besar dan tebal.


Dapat nise terus buat Bubur Jagung yang mabeles... alhamdulillah... :)



Monday

Enaknya Bubur Jagung....

Salam Maal Hijrah...
...sama2 kita memohon rahmat dan keampunan Allah sempena bermulanya tahun baru Hijrah 1432 ini. Semoga malam ini kita sebagai hamba Allah akan terserlah menjadi lebih baik dari siang tadi, semoga hari esok pula akan lebih baik dari hari ini...aminnn....

Ini ada bubur jagung... satu mangkuk untuk awak, satu mangkuk untuk saya... bersyukur dengan nikmat menu minum petang yang begitu enak ini...alhamdulillah...


RESEPI BUBUR JAGUNG
Bahan2nya:
  • 4 tongkol jagung
  • nise siam 3 karet
  • gula setengah cawan *tambah/kurang ikut suka hati*
  • secubit dua garam
  • daun pandan 3 -4 helai
  • pati santan RM2 @ 1 1/2 cawan

Cara masak:
  1. hiris jagung nipis2 sampai tinggal pulur sahaja
  2. rebuslah jagung dengan air secukupnya sampai empuk *saya rebus pakai rice cooker*
  3. Bila air tinggal sedikit saja, pindahkan periuk ke gas-stove, masukkan nise karet, gula, garam dan daun pandan diikuti pula dengan santan selepas itu.
  4. Tambahlah lagi gula kalu kurang manis...

      Friday

      Bubur Jagung


      Ok lah kita beralih pada menu petang pulak. Kali ni buat bubur jagung.

      Macam biasalah kalu pegi pasar tu, macam-macam berkenan. Tengok ubi kayu berkenan, tengok keledek berkenan, tengok pisang tanduk terliur....ish pendekkata rasa sume nak angkut balik.

      Tapi yang latest pegi pasar hari tu, bawak shilah sekali... makanya shilah lah yang menaikkan semangat saya suh beli jagung tu....nampak gemuk2 jagung madu dekat lot gerai akak yang jual sayur2 kampung tuh. Saya pun apa lagi, terus tanya....


      "berapa satu plastik ni kak?"

      "2 inggit je...."

      "oklah saya ambik dua ya kak...."

      Makanya terhasillah Bubur Jagung sebagai menu minum petang kami dua tiga hari lepas.... sedap...cepat habis.... memang jadi faveret anak-beranak :)


      Resepi Bubur Jagung
      Bahan2nya:

      • jagung 6 btg
      • pati santan +- 2 cawan
      • manisan 4 keret *kalu rasa kurang manis tambahkan gula sesudu dua*
      • setengah sudu teh garam
      • daun pandan disimpul
      Cara membuatnya:
      1. Hiris nipis jagung 4 - 5 lapisan sehingga habis semua isi jagung. Kikiskan belen isi jagung yang masih tenggelam dalam pulor jagung.
      2. Rebus dalam air yang dalam sukatan 3 kali melebihi banyaknya jagung.
      3. Rebus sampai empuk atau sehingga air rebusan jagung tinggal sedikit sahaja.*saya rebus dalam rice-cooker besar selama sejam*
      4. Setelah empuk, alihkan periuk rice cooker ke gas stove. Masukkan manisan dan daun pandan.
      5. Setelah manisan hancur, masukkan santan. Tambahkan garam sebagai pelengkap rasa.

      Sekian..... wassalam


      Menu A - Z