BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday

Koleh Ubi Kayu

Assalamualaikum.
Baru lepas balik dari hantar anak bujang ke bus-stop tadi. Abang hari ni baru balik Mahallah sebab karang kelas kul 3. Jadi takde lah macam selalu, hari Ahad dah rushing nak balik sana. Lega hati masa lepaskan abang naik bas tadi, sebab dah siapkan heavy breakfast buat anak bujang saya tu, berupa nasi goreng beserta side-kick karipap dan donat. Alhamdulilllah, InsyaAllah kenyang anakku.... :)) Ok kita tengok menu minggu lepas. Buat Koleh Ubi Kayu yang sume pakat2 suka. Satu loyang tu boleh habis dalam satu hari jeh...hehe


Info yang mungkin berguna buat kengkawan: Masa duk pilih2 ubi, ada sorang akak tu tiba2 bagitau yang ubi yang sedang saya pilih tu jenis kuning. Yang kuning ni kalu direbus agak kurang empok la, jadi tak brape mabeles kalu nak makan cecah2 ngan kelapa gitu je. Yang eloknya ubi yang kulit dalam dia tu kaler merah. Bila dengar kata2 akak tu, keinginan nak terus pilih ubi tu hampir terbantut. Tapi pk-pk, tuan gerai maybe dah terperasan kot saya duk pilih2 ubi tu... jadi takkan nak letak balik. Jadi teruskan memilih dengan bantuan akak tadi yang sama2 tolong pilihkan untuk saya. Dah berkira2, takpe lah.. kansel lah nak makan ubi kayu rebus, kita wat kueh2 je pakai ubi kayu tu. Hasilnya alhamdulillah, papa dan shilah asyik duk ulang makan 'kolleh' sampai habis.... :) 

 RESEPI KOLEH UBI KAYU 
Bahan2nya:
  • 2 ketul ubi kayu sederhana besar
  • 3 cawan santan
  • 1 cawan gula
  • 2 karet nise siam
  • daun pandan 3 - 4 helai
  • secubit dua garam
Cara:
  1. Ubi kayu direbus dengan secubit dua garam biar betul2 empuk lalu ditumbuk lumat *saya masukkan dalam fp je, senang keje*
  2. Campurkan kesemua bahan dalam satu kuali besar. Kacau sampai seghing/agak kering *masa kacau koleh tu terkenang time kacau lempok dulu, dua tiga hari tak ilang lagi sakit bahu...hehe*
  3. Bila dah seghing molek, boleh lah dituang ke dalam loyang. Tunggu betul2 sejuk dan keras baru boleh dipotong-potong, makan.
*** lagi info pasal caner nak pilih ubi kayu yang cantik... sila klik di SINI

Sunday

Hasil dari ladang.....

 
Amboi... tajuk cam poyo sikit.... :)
Gimik je tu senar-nya, bukan dari ladang mana pun, dari laman Impiana Iman jeh... hehe

Semalam dalam nada yang agak menjerit sikit, mintak papa yang duk berkebun kat luar sana tolong petik cili....

Pastu rasa cam tak kena je jerit2 papa dari jauh tu, cepat2 pegi jengok ikut tingkap ruang tamu, tukar tone suara, cakap leklok mintak papa tolong ambik cili api dalam 20 bijik. Hulur tangan ambik ikut tingkap tu je. "Tenkiu pa..." 
Terus berpusing balik semula ke dapur pastu kluar ikut pintu dapur dua tiga langkah pegi tarik cili hijau pulak dalam 2 tangkai.
Orite, kombain kombain cili api, cili hijau, buah tomato, belacan bakar, garam, gula serta perahan lemon... maka siap sudaaa satu botol Sambal Belacan *ngam2 muat dalam botol nescafe yang paling kecik tu*. Tahan lah empat lima hari kalu makan hari2 cicah2 ulam.... :))

... cara2 nak buat sambal belacan dulu penah citer kat SINI...


... cerita pasal lemon ada kat SINI..


Saturday

Citer Minyak Masak

Nak kongsi citer pasal minyak masak...

Masa kecoh2 takde minyak masak kat pasaran hari tu, saya dengan bangganya jawab pertanyaan hsbd yang tanya pasal minyak masak,

"dah... kita ada lagi, yang beli hari tu tak luak2 lagi..."

Tup2 bila tiba nak goreng karipap dua tiga hari lepas, terkejut tengok botol minyak "Seri Murni" dah ringan seringan2nya... Hah sudah! Sume dah berangan nak makan karipap untuk time minum petang tu. Inti dah buat siap2 dah sebelum tu, 'sebelum tersedar dari mimpi tu' dah siap canai dan bentuk karipap dah, tunggu nak goreng je...


Ligat pk nak wat camner.... Terus teringat kak yam, kawan yang sering ding dong ding dong ngan saya bila ada pepe hal. Terus call kak Yam cuba2 tanya kalu ada stok lebih. Malangnya, Kak yam pulak kata baru je beli, tu pun nasib baik tinggal sebotol je yang 2kg terselit kat timbunan kotak2 minyak di pasaraya GU. Saya apalagi, terus post papa pegi cari sendiri kat GU, memang sah takde...kat kedai2 runcit berdekatan pun takde... habis, kosong sepenuhnya ruang tempat minyak masak.... Oh tidak..


Terlintas kat Fairuz, juga salah sorang kawan yang kami saling hello hello bila ada pepe hal, contoh bila black-out ke, takde air kat sinki ke..dsb..

Tak sangka, respond dari Fairuz bukan seperti yang diduga. Alhamdulillah Fairuz kata, "Haa...ada stok dalam bilik stor, 5kg... nak tak?." Saya rasa cam nak melompat! :)) Heee..... alhamdulillah syukur... Shilah terus hidupkan skuter pi ambik minyak umah makcik Fairuz.

Dapat je minyak, terus saya goreng karipap pastu suruh Shilah naik skuter sekali lagi antar umah makcik Fairuz.... Tqvm Fairuz, budi mu dikenang, di saat saya sangat memerlukan bantuan, di saat kawan2 lain nak dapat 1kg minyak pun susah, nasib baik Fairuz ada membantu, dapat 5kg lagi... alhamdulillah rezeki... moga Allah sentiasa beri kemudahan dalam urusan Fairuz sehari-hari...aminnn

Sunday

Resepi Mudah Chicken Chop

Assalamualaikum.


Menu western food pulak kita kali ni ya... kira acara selingan le ni, menyelit dalam koleksi menu kelate... hehe

Teringin nak makan Chicken Chop semalam. Tu yang time pegi pasar siap2 gitau kak Nor kat gerai jual ayam nak ayam bahagian isi jeh, buang tulang.... Pekerja kak Nor dengan kadar segera terus uruskan permintaan saya tu... Heee... suka! Dah berkira2 konfem jadik Menu Chicken Chop untuk makan tengahari kami semalam..
hehe

Jom kita buat sendiri Chicken Chop. Nak makan kat kedai yang dah siap terhidang depan kita, paling murah pun RM12 sepinggan.... congak2 kalu kami berlima anak beranak makan, plus plus air lagi... huh dah brape... ishk
takleh jadi nih..


Resepi Chicken Chop versi fzi ni mudah-mudah je... takde masuk cam-cam perisa tambahan yang berbagai kat pasaran tu... hanya resepi mudah yang pakai bahan2 asas yang ada kat dapur kita-kita semua je.... Alhamdulillah satu menu yang sedap, sihat, berkhasiat lagiiii lah mengenyangkan.... :))


RESEPI CHICKEN CHOP
Bahan 1:
  • isi ayam (basuh bersih, tos sampai sejat air. Lumurkan dengan sedikit garam, perap seketika.
  • tepung gandum digaul dengan lada hitam yang ditumbuk
Cara: Celup dan balik2kan ayam dalam tepung lalu digoreng dalam minyak yang penuh.



Bahan 2: SOS
Tumbuk bawang puteh dan halia, tumiskan. Masukkan lada hitam yang ditumbuk diikuti dengan air masak. Kemudian tambahkan sos tomato serta sedikit kicap *fungsi kicap nak kasi kaler sos cantik... kasi gelap sikit* Campurkan sedikit tepung gandum supaya sos jadi likat. Perasakan dengan garam dan gula.


Bahan 3: Aksesori/hiasan:
  • kentang wedges - Goreng kentang kemudian gaulkan dengan sedikit margerin dan sos lada hitam
  • daun salad
  • buah tomato
  • sayur brocoli dicelur sekejap
  • carrot dll ikut kreativiti masing2...

Sekian, Wassalam.

Monday

Sugho Kelate

Alhamdulillah, sapaa hajat nok makke sugho... tapi bukke bubur asyura stail oghe luar hok seghupo bubur lambok bule poso tu... hok nok nyo Sugho Kelate hok kaler hitam. Beghajat nyo lamo doh... hari tu ada la saing ajok gi pakat kacha sugho...tapi bettele ado khijo tok leh la nok join... sapaa ko suk tok meghaso sugho...







Jadi hari ni, sapaa la hajat... nbour oghe kelate ado kacha sugho sekawoh semale..demo anok-beranok jah... jadi bulih tuppe ghaso la kito2 hok duk dekat ni... alhamdulillah.... Timokasih banyok deh kak Syarifah suami-isteri....
:))



Translate dari pelat kelate:
*bagi kengkawan yang tak brape faham dengan apa yang saya duk merepek kat atas tu...hehe...*


Alhamdulillah, sampai hajat nak makan sugho... tapi bukan bubur asyura yang style orang luar kelantan buat tu, yang macam bubur lambok di bulan puasa tu.... yang saya teringinnya ialah Asyura Kelantan yang berwarna hitam. Dah lama berhajat nak makan... Hari tu ada kawan yang ajak datang kacau sugho ramai2... tapi kebetulan waktu tu kami ada hal, maka tak dapat lah nak join sama.... Jadi dari sejak hari tu lagi tak dapat2 nak makan sugho....


Jadi hari ini, hajat kesampaian... ada neighbour orang kelantan sekeluarga yang kacau sugho sekawah semalam, jadi dapatlah jiran berdekatan tumpang merasa...alhamdulillah.... Tkasih banyak buat kak Syarifah suami-isteri...
:))

**UPDATE  resepi Sugho..di SINI

Menu A - Z