Alhamdulillah, semalam pukul 6.30 petang baru bergegas buat agar² Pandan lepas dapat kol keluarga besan nak datang beraya. Agar-agar tak kira apa pesen agar-agar samada yang kosong ke, yang boh santan ke, yang boh buah laici atau koktel ke...semua saya suka. Jadi bila teringat ada santan dan telor, hah buat agar-agar pandan je la...sedap saya suka, manis sedang-sedang dan tak muak. Nampak semalam opah Rin(rin@menantu) duk ulang ambik makan...alhamdulillah.
Meh kita tengok...
Resepi mudah Agar-Agar Pandan ni.
- Agar-agar sepeket 28g
- Air 6½ cawan
- Daun pandan 6 helai(mesin, dapatkan ½ cawan air pandan)
- Pati santan 1 cawan
- Gula 1 cawan( sila lebihkan jika suka manis2)
- Telor 2 biji (gredB)
- Secubit dua garam
Cara mudah membuatnya:
- Masak agar-agar bersama 7 cawan air hingga agar² larut.
- Masukkan gula. Bila dah masak sebati, tutup api dapur.
- Tapis agar² ke dalam periuk lain.
- Kepok² telor bersama santan, garam dan air daun pandan.
- Tapis kemudian tuangkan dalam periuk agar².
- Masakkan balik sambil dikacau² hingga mendidih, bila dah mendidih tutup api dapur.
- Tuangkan ke dalam loyang. Bahagikan biar dapat memenuhi dua loyang supaya agar-agar nanti takde la tinggi sangat, senang nak potong.
- Bila dah sejuk sikit dan permukaan agar² dah tak melekat di jari, sambung sejukkan dalam peti ais.
Uishhh...memang terbaik lah agar-agar Pandan ni. Sangat sesuai dihidangkan bagi merai'kan tetamu. Agar² Pandan semalam tu buat saing makan dengan Satay, Kuah Kacang. Nasi Impit dan Rendang. Semua homemade. Besan bawak buahtangan 4 batang lemang yang superb sedap, jazakallah. Terus anaknda tolong potong lemang sebatang buat menambah menu hidangan Raya. Kueh raya pon pakat2 menyelit sama menyerikan suasana. Alhamdulillah.
**nota:
Buat lagi second round Agar-agar Pandan. Tak boleh brek makan diaš
No comments:
Post a Comment