BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday

Nasi Kunyit Raikan Kejayaan Kakak


Alhamdulillah bersempena dengan kejayaan kakak mendapat result yang agak baik dalam SPM tempohari, saya buatlah sedikit pulut kuning dan gulai ayam tanda kesyukuran. Tiada kata2 yang dapat gambarkan rasa syukur sebenarnya, hanya sujud syukur ke hadrat Allah yang telah memberi kurnia...alhamdulillah syukur...timakasih Ya Allah....

Buat Pulut Kuning a.k.a Nasi Kunyit hanya sebanyak 2kg je. Bergulai pun hanya 2 ekor ayam je. Tapi alhamdulillah... berkat barangkali jadi cukup untuk buat makan time minum petang kami di samping dapat bagi2 pula pada 15 rumah jiran2 berdekatan. Abang dan kawannya Da'uh(kawan UIA yang datang ke rumah sejak Jumaat lalu) yang tolong pusing2 satu taman perumahan dengan skuter, bagi-bagikan.

Sebagai ibu, saya berdoa agar Allah mudahkan perjalanan anak2 dalam mengejar ilmu dan mencapai cita2... moga impian menjadi realiti.... aminn


***update 16/3/2010 9.40am
Tentunya ramai yang dah biasa buat pulut kuning ini. Saya letakkan juga resepi khusus buat anak2 yang baru2 nak try buat. Contoh paling dekat, anak2 saya sendiri, rasa2nya tak lepas lagi kalu nak suruh tolong buatkan untuk minum petang kami. Jadi moga resepi yang mama tulis ini dapat membantu...

RESIPI PULUT KUNING
(resepi untuk setengah kilo beras pulut...gandakan bahan2 jika lebih sukatan beras)

Bahan2nya:

  • beras pulut setengah kilo
  • sedikit kunyit hidup
  • pati santan suku cawan *campur air masak biar hasilnya jadi 1 mug atau kurang*
  • garam secukup rasa
  • sedikit gula
  • daun pandan
Cara:
  1. Basuh bersih beras pulut.
  2. Tumbuk kunyit hidup, campur sedikit air kemudian tapiskan untuk mendapatkan warna kuning yang cantik dan mengancam... :)
  3. Rendam beras pulut dengan air kunyit yang ditapis selama 2 - 3 jam *lagi lama lagi elok*
  4. Kemudian sejatkan beras.
  5. Sementara itu, panaskan kukusan dengan air sebanyak 3/4 penuh periuk kukusan.
  6. Kerat2 daun pandan, susun dalam periuk kukusan berlubang.
  7. Masukkan beras dan mula mengukus.
  8. Kukus selama 10 minit - 15 minit.
  9. Keluarkan kemudian arung dalam periuk yang besar pulut tadi bersama santan. Arung rata *sementara itu kecilkan api dapur pada tahap paling kecil*
  10. Bila selesai diarung, besarkan balik api dapur, masukkan balik pulut dalam periuk kukusan berlubang lalu kukuskan balik selama 15 minit. Tidak perlu dilapik lagi di bahagian dasar periuk kukusan sebab beras dah jadi pulut makanya dah tak jatuh dari lubang.
  11. Selepas 15 minit, dah boleh angkat dan tunggu sebentar sebelum dihidangkan.
**tip: pulut yang sudah dimasak jangan dibiarkan terdedah. Ia boleh menyebabkan pulut menjadi kering dan keras. Selepas masak, elok dialihkan masuk ke dalam periuk/bekas lain. Selepas dibiarkan seketika*tunggu sejuk sedikit* bolehlah ditutupkan periuk/bekas tersebut.


RESIPI GULAI AYAM
boleh lihat di SINI.....


Sekian, Wassalam


Menu A - Z