BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday

Ubi Stelor Rebus

Alhamdulillah pagi ni akhirnya jadi jugok la rebus Ubi Stelor aka Keledek ni. Dah seminggu ubi duduk tersadai tak terbuat2. Beli ubi stelor ni masa naik Cameron minggu lepas. Ubinya runcing dan kecil tapi manisnya...Subhanallah...manis letingπŸ‘πŸ‘


Kalau naik Cameron, sila jangan lepaskan peluang beli ubi stelor yang super sedap ini..kalau nak beli yang dah siap rebus pun ada kat atas tu..tapi pilih peniaga melayu la eh😍

Cara rebus ubi stelor @ keledek:

  1. Masukkan ubi yang dibasuh bersih bersama air paras2 tenggelam ubi ke dalam periuk. 
  2. Rebus ubi sampai agak2 empuk. Jangan sampai lembik ubi, tak sedap nanti. Nak tau dah kira empuk belom, test cucuk dengan lidi/garfu. Bila..zappp...garfu dengan mudah masuk dalam ubi, hah dah empuk lah tu. 
  3. Terus buboh satu sudu kecil garam buku. Biarkan masak seketika sebelum ditutup api dapur. 
  4. Toskan ubi.
    Dah siap untuk dimakan ubi stelor rebus. Boleh dimakan samada sekali dengan kulit atau dicarik buang kulit ubi.πŸ˜€πŸ˜€

0 comments:

Menu A - Z